Pernah dengar tentang kolostrum? Jika belum tahu, kolostrum adalah cecair yang dihasilkan oleh semua mamalia (termasuk manusia). Kolostrum hanya akan ada dalam masa beberapa hari pertama selepas melahirkan. Manfaat kolostrum susu ibu ini juga sangat banyak. Disebabkan itu ibu-ibu yang baru bersalin akan dinasihatkan untuk susukan bayi masing-masing terutama pada hari-hari awal kelahiran.
Untuk pengetahuan, kolostrum akan muncul sebelum susu ibu yang sebenarnya dan jumlahnya hanyalah sedikit saja berbanding dengan susu ibu yang berwarna putih biasa. Manfaat kolostrum susu ibu ini pada bayi sangat banyak dan disebabkan itu cecair kolostrum ini sangat ‘mahal’ harganya dan sangat rugi jika tidak di beri pada anak secara langsung.
Jika dibaca pada wikipedia, Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Untuk pengetahuan anda juga, kolostrum adalah ‘makanan’ yang paling baik untuk semua bayi yang baru lahir.
Dari segi manfaat kolostrum susu ibu ini pada bayi, ia dapat memberikan sistem pertahanan yang lebih baik untuk melawan penyakit yang ada di sekeliling bayi. Lagi-lagi bila bayi baru dilahirkan di mana bayi perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ditambah pula dengan pelbagai penyakit yang ada di persekitaran.
Tubuh seorang ibu mampu memberikan susu badan yang hebat manfaatnya. Ini termasuklah dengan kolostrum yang hanya akan dihasilkan oleh tubuh dalam masa beberapa hari selepas melahirkan anak. Namun sayangnya ada ibu yang membuang kolostrum ini dengan alasan ianya adalah susu yang telah rosak. Eh, jangan di buang tau! Rugi sangat-sangat.
Maka untuk membantu para ibu mengenali apakah kolostrum ini sebenarnya, di sini turut disertakan sekali antara ciri-ciri yang ada pada kolostrum sebagai rujukan. Antara ciri-ciri yang ada pada kolostrum ibu tersebut adalah :
Anda boleh lihat perbezaan antara susu badan dengan kolostrum ini dengan mata kasar. Walaupun kedua-duanya merupakan cecair yang keluar dari payudara si ibu namun kolostrum mempunyai tekstur yang lebih pekat berbanding susu ibu yang biasa.
Kolostrum tidak sama dengan warna susu matang. Susu lebih kepada warna putih sedangkan kolostrum lebih kepada warna kuning. Kerana itu kolostrum ini turut digelar sebagai cecair emas disebabkan oleh warna dan khasiatnya.
Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, kolostrum adalah susu awal terbaik yang sangat bagus untuk kuatkan sistem imuniti bayi kita. Rugi besar jika bayi tak dapat kolostrum ini dan jangan terkejut dengan rupanya yang seakan susu basi.
Beri susu badan secara terus pada anak mana nak timbul isu susu basi kan? Jangan risau dan beri saja susu secara terus dari badan pada bayi terutama di hari-hari teawal kelahiran.
Cecair kolostrum yang berwarna kuning ini bukan saja pekat malah berlemak dan bersifat rendah tinggi karbohidrat juga. Selain dari itu ia turut kaya dengan kandungan vitamin K dengan kandungan rendah yang lemak dan menyihatkan.
Sebagai ibu bapa yang baru pertama kali mendapat baby, tak dinafikan ia merupakan satu cabaran. Soalan tentang penyusuan susu ibu seperti berapa kerap kena menyusu bayi baru lahir dan bagaimana pula cara menyusukan bayi baru lahir ini sudah biasa sangat di dengar.
Menyusukan bayi boleh terus dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. Jangan bimbang kerana baby sudah ada naluri untuk menghisap yang telah Allah SWT kurniakan. Tugas si ibu yang baru melahirkan ini adalah untuk fokus kepada kepada cara menyusu badan yang betul untuk keselesaan bayi dan diri sendiri.
Langkah atau cara menyusukan bayi baru lahir dengan betul itu adalah :
Menyusu bayi boleh dilakukan sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi itu sendiri. Bayi juga memiliki usus perut yang masih kecil maka mereka perlu di beri susu dengan kerap. Waktu paling ideal adalah 2 jam sekali.
Menyusu bayi baru lahir tidaklah serumit yang disangka sebenarnya cuma ia memerlukan kesabaran dan praktik dengan merujuk kepada beberapa tips dan panduan menyusu dengan betul. Dengan adanya pengetahuan asas tentang cara untuk menyusukan bayi ini, pasti semuanya akan menjadi mudah dan menyeronokkan.