Make-A-Wish Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang melakukan kerja amal untuk memenuhi impian kanak-kanak berumur 3 hingga 18 tahun, yang mempunyai penyakit kritikal.

Kali ini, pertubuhan amal ini telah bekerjasama dengan Sunway Malls & Theme Parks untuk memenuhi hajat yang ke-1000, bertemakan Pearl Of Hope: A Royal Celebration yang diadakan di Sunway Lagoon. Hajat yang ke-1000 ini merupakan hajat seorang kanak-kanak berumur 9 tahun iaitu Ayra Medina Fizrullah. Anak comel yang menghidap kanser Neuroblastoma tahap empat mempunyai hajat untuk menjadi puteri duyung.

Sehubungan dengan itu, Make-A-Wish Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai dan menyaksikan peristiwa yang amat bermakna bagi semua pihak yang terlibat dalam misi Pearl of Hope: A Royal Celebration.

CEO Make-A-Wish Malaysia, Irene Tan berkata misi mereka adalah untuk sentiasa memberikan harapan baru, kekuatan dan semangat baru bukan sahaja untuk kanak-kanak malah keluarga, dapat mereka lakukan menerusi impian mereka.

Tambah beliau, misi ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dari penderma, rakan kongsi dan komuniti. Mereka turut berterima kasih kepada pihak Sunway Malls & Theme Parks dalam merealisasikan hajat terkini serta berharap rakyat Malaysia yang menyertai misi ini dapat berkongsi keriangan, harapan dan kekuatan bersama anak yang terlibat dan keluarga menerusi sambutan Pearl Of Hope; A Royal Celebration.

Dalam pada itu, rakan kerjasama Make-A-Wish Malaysia yang merupakan CEO Sunway Malls & Theme Parks iaitu HC Chan mengatakan komitmen mereka  untuk mencipta kenangan  bermakna bersama Make-A-Wish Malaysia bertepatan dengan misi pertubuhan ini untuk membawa harapan baru, kekuatan dan sokongan untuk kanak-kanak dan keluarga. Mereka amat berbangga menjadi sebahagian daripada sambutan ini dan berharap Ayra serta pengunjung yang lain dapat menikmati pengalaman yang penuh bermakna ini.

A Pearl of Hope: A Royal Celebration diadakan pada 19 Mei 2024 (Ahad) dari 9.30 pagi hingga 12 tengah hari. Sambutan ini mengikut tema yang diinginkan oleh Ayra Medina iaitu Puteri Duyung.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Make-A-Wish Malaysia, layari laman berikut:

Website: Make-A-Wish-Malaysia

Facebook: Make-A-Wish Malaysia

Instagram: Make-A-Wish Malaysia

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.