Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak terutamanya dari segi makanan. Hal ini kerana kanak-kanak pada masa kini lebih gemar makan makanan yang tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan kepada kesihatan mereka pada masa akan datang. Contohnya, keropok, gula-gula, minuman berkarbonat dan lain-lain.
Mari kita hadam perkongsian daripada Dr Taufiq Razif tentang makanan yang dapat membantu prestasi otak anak-anak.
5 Makanan Untuk Meningkatkan Prestasi Otak:
1 – Salmon.
2 – Telur.
3 – Oat.
4 – Sayur sayuran yang bervariasi.
5 – Susu dan Yogurt.
*Ibu bapa hendaklah mengambil berat akan cara pemakanan anak-anak sejak dari kecil lagi agar apabila meningkat dewasa nanti mereka akan mempunyai tubuh badan yang sihat dan terhindar daripada segala penyakit.
Diharapkan dengan perkongsian ini, akan dapat membantu ibu bapa di luar sana dalam menjaga pemakanan anak-anak mereka. Semoga ibu bapa terus bertabah dalam melayani kerenah pemakanan anak-anak.
Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.