Tika ini, lambakkan makanan yang diproses mempunyai pelbagai bahan tiruan telah menjadi pilihan utama masyarakat kita terutamanya yang kesuntukkan masa dalam menyediakan sajian harian.

  • MSG Tiruan
  • Pewarna Tiruan
  • Perasa Tiruan
  • Gula Putih
  • Pengawet

Adakah anda tahu bahan-bahan di atas boleh memudaratkan kesihatan kita? Cuba kita baca label setiap makanan segera dan yang diproses. Memang terlalu banyak kandungan yang boleh membahayakan kesihatan.

Namun, kita masih ada alternatif untuk beralih kepada makanan yang lebih sihat yang dihasilkan daripada ramuan semulajadi.

Jika anda mencari makanan yang sihat dan penyediaannya pantas, harus memilih produk masakan yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan di bawah kerana produk mereka dijamin SIHAT dan BEBAS daripada kandungan yang memudaratkan.

1. Oven Nini

Pengasasnya Puan Ainini Zainal telah menghasilkan premix rempah ratus yang sangat memudahkan tugasan di dapur. Kenapa memudahkah? Hanya perlu sediakan bahan basah seperti ikan, ayam dan daging dan beberapa bahan lain. Tumiskan bahan yang diperlukan dan masak sehingga pecah minyak dan pekat. Siap!

Mudahkan? Ya, memang sangat memudahkan kerja dapur dengan menggunakan Premix Rempah Masakan Mudah Adun dari Oven Nini. Mudah, sihat dan yang pasti bebas dari kandungan yang memudaratkan.

Premix Oven Nini hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti sahaja seperti:

  • Tepung bebas gandum
  • Garam Himalaya
  • Gula Organik
  • Rempah-ratus bebas pengawet

Antara senarai premix untuk sajian seisi keluarga:

  • Fried Chicken Original
  • Nugget, Sausage, Meatball, Burger
  • Masak Merah
  • Kicap Manis
  • Nasi Minyak Ala Briyani
  • Sup Ayam
  • Ramen Seasoning
  • GF Plain Flour
  • Mac & Cheese Sauce

Apa yang lebih menarik lagi, Oven Nini juga menyediakan premix yang sesuai untuk bayi dari 10 bulan hingga 2 tahun. Wah!senang sangat ibu-ibu yang ada anak kecil untuk menyediakan makanan sihat untuk si manja.

Antara premix yang dijual dan sesuai untuk bayi ialah:

  • Fried Chicken Original
  • Nugget, Sausage, Meatball, Burger
  • Sup Ayam

Banyak sungguh premix yang dikeluarkan oleh Oven Nini. Tambahan lagi kandungannya bebas dari bahan-bahan yang memudaratkan.

Hebat sungguh usahawan ini dalam mencipta resepi dan adunan rempah yang bukan sahaja sihat malah sangat memudahkan masyarakat dalam mencari alternatif makanan sihat.

Semoga setiap usaha Puan Ainini Zainal dalam memberi yang terbaik dalam setiap yang dihasilkan mendapat redha Allah swt. Ameen!

Imej via Oven nini

2. Dapur Ezzah

Dapur Ezzah telah mengeluarkan produk makanan homemade yang hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi  dan bebas kandungan yang memudaratkan.

Beliau mengambil inisiatif ini supaya dapat membantu ibu-ibu yang kesuntukkan masa dalam menyediakan makanan sihat untuk keluarga.

Antara produk makanan homemade yang dihasilkan ialah:

  • Homemade chicken nugget

Menggunakan ayam bebas suntikan hormon, garam bukit, dan rempah. Tiada msg, perasa dan pengawet tambahan.

  • Homemade Sardines Tomatoes

Menggunakan ikan segar, tomato segar, garam bukit dan gula organik. Tiada msg dan pengawet tambahan.

  • Cold Pressed Juice

Jus buah-buahan asli perahan sejuk tanpa campuran air dan gula.

Sekarang tidak perlu gusar lagi dengan makanan berproses di luar sana kerana anda boleh dapatkan makanan sihat dengan mudah dari Dapur Ezzah!

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:

FB: Dapur Ezzah

Imej via Dapur Ezzah

3. Siti Noor Zhar Sadiman

Produk makanan yang dihasilkan beliau adalah dari sumber sourdough (doh masam) dan bebas gluten untuk pilihan ibu bapa kini.

  • Roti sourdough

Pembuatan roti dari sourdough dan biskut bebas gluten menggunakan bahan-bahan terpilih seperti tepung roti tanpa peluntur, susu segar, minyak zaitun, pure unsalted butter, gula tebu mentah organik, gula molasses, garam himalaya, telur ayam tanpa antibiotik atau dengan sillenium.

Roti sourdough juga tidak menggunakan yis komersial di pasaran tetapi menggunakan yis yang dibiak sendiri dipanggil sourdough starter (kandungan tepung gandum tanpa pemutih dan air mineral).

  • Biskut bebas gluten

Menggunakan tepung-tepung yang tanpa gluten seperti tepung beras, tepung ubi, tepung jagung tanpa GMO dan tepung pulut.

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi mereka:

FB: Siti Noor Zhar Sadiman

Imej via facebook

4. Akmar’s Kitchen

Teringin makan kek yang mengiurkan di luar sana? Teringin makan biskut yang lazat yang dijual di pasaran? Jangan sedih. Puan Akmar menjual pelbagai kek dan biskut tanpa pengawet dan pewarna yang pasti SEDAP!

Beliau mengeluarkan produk bebas gluten untuk yang alah pada gluten dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Antara produk makanan yang dihasilkan ialah:

  • Japanese Cotton Cheese Cake
  • Chocolate Cake
  • Cheesy Walnut Carrot Cake
  • Bangkit Cheese
  • Cocoa Cookies

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:

FB: Nurul Akmar

Imej via facebook

5. Ask-Me Homemade

Puan Norasmidar merupakan pengasas kepada Ask-Me Homemade. Beliau merupakan surirumah sepenuh masa yang sangat komited dalam menghasilkan produk yang berasaskan sourdough ini.

Bermula dengan membuat kek, biskut yang bebas gluten dan seterusnya roti sourdough buat keluarga dan rakan-rakan sahaja. Kini, beliau turut mengambil tempahan untuk penduduk di sekitar Kluang dan Johor Bahru.

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:

FB: Norasmidar Syarial

Imej via facebook

6. Ummu Arif

Idea untuk menghasilkan produk yang bebas gluten ini adalah kerana pengalaman mempunyai anak yang menghidapi atopic ekzema. Masalah yang dihadapi bila anak tidak boleh mengambil makanan yang berunsurkan gandum. Jika tersalah makan, pasti ekzema anak semakin teruk.

Bermulalah perjalanan beliau dalam mencari alternatif makanan tanpa gandum sebagai keperluan untuk amalan diet bebas gluten. Maka, terhasillah beberapa jenis biskut bebas gluten yang bukan sahaja sesuai untuk penghidap ekzema malah  boleh dimakan oleh semua golongan.

Antara kelebihan biskut yang dihasilkan oleh Ummu Arif:

  • Tidak menggunakan tepung gandum
  • Tiada bahan pengawet tiruan
  • Tiada bahan pewarna tiruan
  • Tiada gula putih

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:

FB: Ummu Arif

Imej via facebook

7. Adlie’s Cocoa Mix

Menghasilkan campuran minuman cokelat yang sangat sedap dan pastinya sihat dan tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan.

Minuman adlie’s cocoa mix tidak menggunakan gula putih, krimer dan maltodextrine dalam penghasilannya.

Hanya menggunakan serbuk koko, gula organic (organic raw cane sugar) dan gula merah (jaggery).

Didatangkan khas dengan 3 perasa yang berbeza iaitu:

  • Plain
  • Chili
  • Masala

Jika anda pengemar minuman cokelat, wajib cuba adlie’s cocoa mix ini. Pasti tidak menyesal!

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:

FB: Adlie’s Cocoa Mix

Imej via facebook

8. Probiotic Food by Kak Nung

Saya kagum dengan usaha wanita ini dalam menghasilkan sendiri minuman probiotik. Beliau bereksperimen dan mendapati sebenarnya kita boleh menghasilkan jeruk tanpa cuka (lebih mesra perut dan kaya probiotik).

Kaedah jeruk tanpa cuka atau kaedah fermentasi lakto adalah merujuk pada kaedah penapaian secara semulajadi oleh kumpulan bakteria asid laktik. Bakteria ini biasanya ada pada bahan mentah dan kita hanya perlu medium yang sesuai untuk mengalakkan pertumbuhannya, yang mana dalam hal probiotik medium yang sesuai hanyalah air garam sahaja pada nisbah tertentu.

Dengan kaedah fermentasi lakto, kita dapat menghasilkan jeruk betik muda, jambu batu, mangga muda, kedondong ataupun jeruk sayur dan cili jeruk.

Selain itu, beliau juga menghasilkan kimchi sendiri. Olahan dibuat dengan menggunakan budu dan cencalok sebagai pengganti sos ikan. Bagi versi vegan pula menggunakan serbuk kombu sebagai pengganti budu atau cencalok.

Sos cili probiotik pula dihasilkan dengan memproses cili dan bahan mentah lain. Kemudian, ditambah probiotic starter culture. Starter culture untuk sos cili biasanya adalah jus daripada jeruk tanpa cuka.

Beliau juga telah menerbitkan buku “Buat Sendiri Probiotik Itu Mudah”. Buku ini ditulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya, dan langkah-langkah menghasilkan probiotik ada diterangkan dengan terperinci dalam buku ini.

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:

FB: Nordini Hasnor

Imej via facebook

9. Dapur Halia

Dapur Halia diasaskan oleh Puan Alia Ismail. Beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.

Apa yang menariknya, makanan yang disediakan tidak menggunakan garam putih, gula putih, serbuk perasa serta ajinomoto.

Bermula dari rumah, Puan Alia dan suami memang menggunakan garam bukit dan gula merah atau perang dalam masakan keluarga mereka.

Jadi, apabila menjalankan perniagaan yang berasaskan makanan ini, secara tak langsung turut meneruskan amalan ini. Usaha Puan Alia dalam memastikan juadah yang dihasilkan itu tidak memudaratkan pelanggan memang patut dipuji. Terbaik!

Antara menu yang disediakan ialah:

  • Mihun Goreng
  • Mee Goreng
  • Kuey Tiow Goreng
  • Nasi Goreng Utara
  • Lontong + nasi himpit + kuah kacang
  • Nasi Lemak
  • Pulut Kuning + Rendang Ayam
  • Pulut Kuning + Rendang daging
  • Nasi Daging + Air asam kerisik
  • Nasi tomato + ayam masak merah
  • Nasi ayam
  • Nasi goreng + Ayam goreng
  • Nasi hujan panas + Ayam masak madu
  • Nasi Lemak Ayam goreng rempah
  • Nasi putih + Sayur + Ayam
  • Nasi Putih + Ulam(sambal belacan) + Ayam
  • Nasi Putih + Ulam(sambal belacan) + Cencaru/Kembung Bakar + Air Asam
  • Nasi Putih + Sayur + Daging
  • Lasagna
  • Shepherd pie(chicken/beef)
  • Spaghetti bolognese
  • Spaghetti olio
  • Betagor (tauhu begedil)

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:

FB: Alia Ismail

Imej via facebook

10. Mariam Muhammad

Jika anda terjah laman facebook Puan Mariam, anda pasti rambang mata melihat koleksi produk makanan sihat yang dijual. Sangat banyak!

Jom kita lihat antara produk yang ada:

  • Nise asli
  • Agros coffee
  • Kayu sarsi
  • Salicgoat
  • Adlie’s cocoa mix
  • Kurma mariami
  • Kurma ajwa
  • Organic pevoo al-ard
  • Coconut cooking oil
  • PHS (pati habbatussauda) Exclusive
  • Keropok keping tanpa MSG
  • Magic Potion Ayam Bakar
  • Organic raw cane sugar
  • Kerepek pisang sira
  • Natural baobab powder
  • Organic English tea shop super berries
  • Organic English tea shop rooibos tea
  • Biskut gluten free

Banyakkan? Apalagi jom cuci mata di facebook Puan Mariam. 😊

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:

FB: Mariam Muhammad

Imej via facebook

11. Norhafizah Madzlan (Kak Pija)

Siapa yang tidak pernah tinggal sos cili atau sos tomato untuk mencicah? Tidak kira apa pun, keropok lekor, cekodok, kentang goreng dan lain-lain. Memang sedapkan bila makanan seperti ini dimakan dengan sos.

Namun, berapa ramai pula yang dah lama tidak menyentuh sos-sos yang dijual dipasaran kerana sedar akan kandungannya? Ya, pasti ramai! Jangan risau, segala kekhuatiran itu boleh dihilangkan dengan adanya produk sos yang dihasilkan oleh Kak Pija.

Dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan segar dan semulajadi. Tiada sebarang pengawet. Hanya menggunakan cuka buah, air limau, garam bukit dan jaggery sebagai ejen pengawet.

Selain itu, Puan Hafizah juga turut menghasilkan homemade yogurt yang diproses sendiri olehnya dan suami. Susu segar diperah sendiri di ladang mereka demi memastikan keaslian dan kesegarannya. Memang terbaik!.

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi mereka:

FB: Norhafizah Madzlan

Imej via facebook

Sebenarnya, ramai lagi usahawan yang gigih dalam menghasilkan produk makanan sihat terutamanya berasaskan sourdough dan bebas gluten ini. Anda boleh ikuti mereka di laman facebook masing-masing:

Jom kita berubah untuk memilih makanan yang lebih sihat untuk diri dan keluarga. Dalam Islam juga menekankan konsep halalan toyyiban Bukan setakat perlu mencari yang halal tetapi makanan yang baik.

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.