Setiap ibu bapa yang baru mendapat cahayamata pasti terfikir untuk mengadakan majlis aqiqah bagi menyambut kelahiran bayi tersebut. Pelaksanaan aqiqah untuk bayi yang baru lahir amat digalakkan dalam Islam. Ia merupakan manifestasi tanda syukur kepada Allah atas kelahiran anak.
Untuk itu, pengetahuan tentang aqiqah perlu diketahui sebelum aqiqah dijalankan. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui 9 perkara penting tentang majlis aqiqah.
Pelaksanaan aqiqah adalah sempurna sekiranya memenuhi syarat sah aqiqah berikut:
Kadar aqiqah bagi anak adalah berbeza mengikut jantina. Jika anak lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing manakala anak perempuan pula adalah seekor kambing.
Ini berpadanan dengan sabda Nabi SAW :
Yang membawa maksud: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”. – Riwayat Abu Daud (2842)
Selain kambing, terdapat pilihan lain untuk haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau, unta, kibas, biri-biri dan lain-lain. Jumhur ulamak berpendapat aqiqah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.
Bilangan bahagian pula juga mengikut haiwan. Lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sebanyak 7 bahagian yang bersamaan 7 ekor kambing.
Bagi haiwan lain, kadar mereka berbeza dan tidak sama juga mengikut umurnya:
Jenis Haiwan | Umur Minima |
1. Kibas | Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan |
2. Kambing biri-biri dan kambing | melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya |
3. Lembu dan kerbau | melebihi dua tahun |
4. Unta | melebihi lima tahun |
Haiwan aqiqah ini juga haruslah tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Walaupun aqiqah adalah sunat muakkad, namun terdapat kelonggaran untuk ibu bapa yang ingin melaksanakannya.
Ibu bapa yang tidak mampu membuat aqiqah anaknya ketika berusia 7 hari boleh menangguhkannya sehingga anak berusia 14 hari. Namun jika masih tidak mampu untuk melakukannya, ia masih boleh dilanjutkan sehingga anak berusia 21 hari.
Jika masih tidak berkemampuan juga, ibu bapa tersebut boleh melakukan aqiqah apabila anak sudah akil baligh. Selepas baligh, gugurlah tuntutan untuk membuat aqiqah daripada ayah dan berpindah kepada anak itu.
Ulama bersepakat mengatakan bahawa waktu melaksanakan aqiqah adalah afdhal pada hari ketujuh kelahiran anak tetapi ada juga berpendapat untuk melewatkan aqiqah.
Berikut adalah had waktu yang berbeza mengikut mazhab.
Umur Paling Lewat | Ulama |
Tepat hari ke-7 tidak boleh selepas atau sebelum | Imam Malik |
Pada hari 7, 14, 21 atau setiap 7 hari berikut sehingga anak mencapai usia baligh. Selepas baligh, tiada lagi aqiqah baginya | Mazhab Hanbali |
Hingga mencapai usia baligh. Selepas baligh, gugur tuntutan aqiqah dari ayahnya, namun ia boleh mengaqiqahkan dirinya sendiri. | Mazhab Syafie’ |
Terdapat beberapa perkara sunat yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan keluarga yang ingin melaksanakan aqiqah:
Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Aisyah r.a., “Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.”
Ini berpadanan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud ketika Fatimah binti Muhammad S.A.W mengadakan aqiqah anaknya, Rasulullah S.A.W bersabda, “Makan dan jamulah seleramu, tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya.”
Terdapat berbeza pendapat mengenai bayi yang meninggal dunia. Ada yang mengatakan gugur sunat amalan tersebut dengan kematian.
Ini juga termasuk di dalam konteks sekiranya bayi yang dikandung itu meninggal dalam kandungan. Sekiranya mampu, ibu bapa digalakkan membuat aqiqah untuk bayi tersebut.
Tidak disunatkan membuat aqiqah untuk anak yatim. Tuntutan aqiqah hanya ditujukan kepada pihak yang wajib memberikan nafkah sahaja iaitu ayah.
Jika ayah tidak mampu, tuntutan ini berpindah kepada datuknya. Orang lain tidak dituntut kecuali anak itu sendiri ingin membuat aqiqah setelah dewasa.
Terdapat persoalan tentang pengurusan sisa daging aqiqah. Ini kerana terdapat ramai keluarga yang menggunakan khidmat katering untuk menguruskan majlis aqiqah anak mereka.
Sebenarnya tiada dalil khusus atau ijtihad ulamak yang menetapkan demikian. Sisa aqiqah boleh dibuang seperti biasa seperti sisa makanan lain.
Menjadi kemestian bagi keluarga menyambut kelahiran anak untuk menjemput jiran tetangga termasuklah jiran yang bukan Islam.
Sebenarnya, memberikan sedikit masakan jamuan aqiqah kepada jiran yang bukan Muslim adalah dibolehkan dan pemberiannya dipanggil sebagai hadiah.
Ini menunjukkan imej yang baik sebagai orang Islam selain menjaga hubungan mesra sesama manusia yang berlainan agama selagi mereka tidak memerangi dan menyakiti kita.
Pendapat majoriti ulama mengatakan bahawa tidak boleh menjual mana-mana bahagian daripada haiwan sembelihan aqiqah. Selain itu, menjual sesuatu daripada haiwan aqiqah akan menyebabkan nilai sedekah yang ingin dicapai dalam ibadah aqiqah tersebut berkurangan.
Tetapi, terdapat pendapat daripada ulama mazhab Hambali mengatakan ia boleh dijual asalkan nilai tersebut dimanfaatkan oleh masyarakat awam. Namun adalah lebih baik niatkan sebagai sedekah.
Demikianlah maklumat dan beberapa perkara tentang majlis aqiqah yang perlu diketahui oleh ibu bapa yang ingin melakukan ibadah aqiqah. Diharapkan majlis aqiqah anda membawa keberkatan kepada anak anda.
Oh ya, bagi anda yang berhajat untuk membuat majlis aqiqah anak, bolehlah mencuba perkhidmatan Simply Aqiqah.
Simply Aqiqah membantu memudahkan urusan ibu dan bapa yang masih belum melaksanakan aqiqah anak mereka dengan menjalankan perkhidmatan aqiqah di Makkah.
Keistimewaan Simply Aqiqah:
Kalau berminat boleh terus ke laman web Simply Aqiqah untuk maklumat lanjut dan urusan penempahan (link).