Laptop terbaik bawah RM 2000 pasti dicari oleh golongan pelajar khususnya. Laptop atau komputer riba kini menjadi alat terpenting bagi pelajar sebagai medium pembelajaran.
Tak ketinggalan juga pasti ramai pekerja pejabat terutamanya turut mencari laptop dengan harga yang murah dan berpatutan bersesuaian dengan bajet yang mereka ada.
Jangan risau, kini terdapat banyak jenama terkenal yang mengeluarkan laptop dengan harga bawah RM 2000 namun kualitinya tetap tip top!
Kami telah senaraikan beberapa pilihan laptop terbaik yang mampu milik dan mungkin akan jadi pilihan anda. Jom survey laptop yang bertepatan dengan citarasa anda!
RAM: 4GB LPDDR4 RAM
Skrin: 11.6” HD
Grafik: Intel® UHD Grafics 600
Storage: 32GB Storage eMMC
Processor: Intel® Celeron® N4020
Bagi anda yang bekerja atau sedang menyambung pelajaran, mungkin anda boleh membeli laptop ini untuk kegunaan seharian. Penggunaan bateri jenama ini mampu bertahan dengan lama.
Bukan itu sahaja, malah spesifikasi dan reka bentuknya tahan lasak. Jika laptop ini terjatuh, terkena goresan atau tumpahan air, laptop ini masih boleh digunakan seperti biasa.
Laptop ini juga boleh dilipat dan mempunyai dua kamera. Tak cukup dengan itu, ia dilengkapi sistem operasi Chrome Os.
RAM: 4GB DDR4 RAM
Skrin: 14” HD
Grafik: Intel® UHD Grafics
Storage: 256GB PCle SSD
Processor: Intel® Celeron® N4020
Lenovo Ideapad 3 merupakan salah satu laptop terbaik bawah RM 2000. Mempunyai rekabentuk yang minimal, sangat sesuai untuk pelajar dan juga pekerja kerana harga yang mampu milik.
Dengan 4GB RAM dan storage 256GB SSD, pasti laptop ini akan berfungsi dengan lancar. Pakej pembelian termasuk Lenovo Backpack dan waranti selama 1 tahun.
RAM: 4GB LPDDR4-2400 MHz RAM
Skrin: 11.6” HD IPS Touch
Grafik: Intel UHD Graphics 600
Storage: HDD 32 GB eMMC
Processor: Intel® Celeron® N4020
Laptop ini dikeluarkan pada Julai 2021 yang direka khas buat pelajar sekolah mahupun mahasiswa. Menariknya laptop ini boleh dilipat menjadi tablet. Jadi sesuai untuk anda membawa kemana-mana sahaja. Jika anda mahu, anda boleh menambah storage dengan kad micro SD. Menarik bukan?
RAM: 4GB DDR4 RAM (Tambahan RAM disediakan)
Skrin: TFT LCD 14″ FHD 1920 x 1080 pixel
Grafik: Intel® UHD Grafics 600
Storage: 256GB PCIe NVMe SSD
Processor: Intel Pentium Silver N6000
Laptop terbaik bawah RM 2000 seterusnya adalah Acer Aspire 3 A314-35-P9D3. Dengan 4GB DDR4 RAM, anda juga boleh membeli tambahan RAM samaada 4GB, 8GB, 12GB atau 20GB RAM.
Anda pasti puas untuk membuat sebarang tugasan kerana laptop ini mempunyai skrin 14 inci full HD bersama 1920 x 1080 pixel. Nak buat kerja pun mesti tak pening kerana skrin yang jelas dan terang.
RAM: 8GB DDR4 2400MHZ
Skrin: 15.6” HD
Grafik: Integrated Graphic
Storage: 256GB M.2 PCle NVMe
Processor: AMD Athlon Silver 3050U Processor
Laptop keluaran Dell pasti berkualiti kerana jenamanya tidak asing lagi di serata dunia kerana sering mengeluarkan laptop terbaik. Jika anda inginkan RAM yang lebih, anda boleh dapatkan 16GB DDR4 RAM dengan harga bawah RM 2000.
Jika anda ingin menyertai kelas atau perjumpaan online, membuat tugasan, mengedit dan sebagainya, pasti memuaskan anda.
RAM: 4GB DDR4 RAM
Skrin: 14” FHD IPS
Grafik: Intel UHD Graphics 600
Storage: 64GB Storage + 256GB SSD
Processor: Intel® Celeron® Processor N4120
Reka bentuk yang eksklusif namun harga memang berbaloi dan pastinya harga bawah RM 2000. Dengan skrin 14 inci Full HD dan resolusi 1920 x 1080, sudah pasti anda mudah untuk melakukan apa jua tugasan kerana skrinnya yang jelas dan terang.
Laptop ini senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai berat 1.43 kg sahaja. Ketebalan laptop pula adalah 13.5 mm, memang sangat mudah untuk dipegang.
Bukan itu sahaja, laptop JOI Book 155 Pro turut dilengkapi Windows 10 Pro. Anda juga boleh menambah MS Office 365 dan sudah pasti harganya masih bawah RM 2000. Jika anda seorang mahasiswa atau pekerja, laptop ini sangat sesuai untuk anda.
RAM: 8GB RAM
Skrin: 14.1” IPS screen
Grafik: Intel UHD Graphics 600 GPU
Storage: 256GB SSD
Processor: Intel Gemini Lake N4100
Nak laptop ala-ala Macbook dengan harga bawah RM 2000? Teclast F7 pasti jadi pilihan anda. Reka bentuk yang eksklusif, berat laptop ini adalah 1.5kg dengan ketebalan 7 mm sahaja. Nipis dan mudah dipegang.
Dengan 38Wh, bateri mampu bertahan selama 8 jam. Selain itu, paparan skrin adalah 14.1 inci IPS yang membolehkan pengguna melihat dari sudut tontonan yang lebih baik dan kualiti imej yang mengagumkan.
Sudah pasti anda selesa untuk menonton video, melayarai internet atau membuat assignment. Dengan laptop ini juga anda boleh menyambungkannya pada HDMI.
RAM: 4GB DDR4-2400 SDRAM
Skrin: 15.6” FHD
Grafik: AMD Radeon™ Graphics
Storage: 256GB SSD
Processor: AMD Athlon Silver 3050U 2,3GHz
Laptop keluaran HP dengan model 15s-eq1017AU juga merupakan laptop terbaik bawah RM 2000 yang sesuai untuk pekerja dan juga pelajar. Sesuai untuk anda membuat kerja harian atau sebarang tugasan.
Terdapat dua pilihan warna yang anda boleh pilih iaitu pale gold atau natural silver. Setiap pembelian anda akan mendapat waranti selama 1 tahun. Tengok feedback, ramai yang berpuas hati beli dengan seller ini.
RAM: 6GB / 8GB / 12GB/ 16GB DDR4
Skrin: 14.1” FHD
Grafik: Intel® Ultra HD Grafics Card
Storage: 64GB / 128GB / 256GB / 512GB / 1TB SSD
Processor: Intel® Celeron® N5095
Laptop keluaran DERE dengan model V14S antara laptop yang paling ringan dengan berat 1.32KG. Ringan, mudah dipegang dan dibawa kemana-mana.
Dengan 14.1 inci dan resolusi 1920 x 1080 pasti membuatkan anda selesa untuk membuat kerja atau assignment kerana paparan gambar atau video yang jelas dan terang. Bateri juga boleh bertahan dengan lama.
Terdapat 3 pilihan warna iaitu merah jambu, kelabu dan hijau. Setiap pembelian anda akan mendapat banyak hadiah percuma seperti tetikus, kamera USB, USB hub dan sebagainya.
Pasti ada laptop terbaik bawah RM 2000 yang menjadi tumpuan anda. Jangan risau, kami telah mencadangkan penjual yang boleh dipercayai di Shopee. Mereka merupakan pengedar sah dan ada juga penjual secara terus dari laman Shopee jenama tersebut.
Tunggu apa lagi? Jom beli sekarang sementara harga masih berbaloi buat anda yang mencari laptop bajet tetapi kualiti tip top!
Kami juga ada menulis artikel lain seperti:
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pandangan penulis.