Setiap ibu bapa akan melalui fasa di mana anak-anak akan mula memberontak, marah dan merajuk ketika marah. Selalu kanak-kanak yang mula menunjukkan fasa ini di awal usia 2 tahun. Mereka sudah mula pandai berjalan, memanjat, berlari dan bercakap.
Pada mulanya, kita akan rasa gembira kerana anak kita sudah pandai berjalan dan bercakap. Tetapi, apabila anak mula mengamuk kerana inginkan sesuatu waktu itu kita akan rasa keliru tidak tahu mahu buat apa. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan ketika itu. Jika tidak, ada yang mula naik tangan.
Sebenarnya, ada cara untuk kita tangani masalah anak apabila mereka mula mengamuk dan cara memujuknya. Bagaimana?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai langkah mudah untuk didik anak kawal marah. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.
Ibu bapa perlu tahu 4 asas ini terlebih dahulu :
1. Semua kekerasan dan kekasaran yang ditunjukkan oleh anak setiap kali dia mengamuk, contohnya pukul, terajang, penampo, cakar, gigit, dan sebagainya BUKAN bermaksud kita dah gagal mendidik mereka. Ia adalah fasa normal bagi anak yang sedang belajar mengenali emosi diri.
So parents jangan cepat sangat rasa down dengan keadaan ini. Sebaliknya latih diri untuk “chill je” setiap kali anak mengamuk.
Orang sekeliling pandang sambil geleng2 kepala pun — CHILL JE.
Pandang je balik kat orang tu sambil kenyit2 mata. Biar orang tu trauma semalaman mengenangkan wajah “chill” kita.
2. Anak umur 4 tahun ke bawah yang mengamuk dan agresif, BUKAN sebab dia biadap atau kurang ajar.
Mereka sebenarnya nak beritahu “sesuatu”, tapi disebabkan oleh language & communication skills mereka belum berkembang sepenuhnya, maka dengan mengamuk sahaja lah cara untuk mereka luahkan.
Kids below 4 belum ada enough words / vocabs untuk describe apa yang dirasai. Dan diorang tak tahu macam mana nak jelaskan apa yang mereka nak. So cuba bayangkan. Kesian tau anak2 kita dalam fasa ni.
3. Ingat ni– anak akan mengamuk bila dia tak dapat apa yang dia nak– tak kisah lah benda tu lojik (contohnya, nak makan, nak susu, nak tidur) atau benda tak lojik (contohnya nak mainan yang kawan pegang, nak main pisau, nak terjun dalam kolam ikan, etc).
Dan amukan anak2 lebih cenderung berlaku bila mereka dalam keadaan lapar, penat, mengantuk, atau rimas. So always be ready, dan always expect the unexpected.
4. INGAT, JANGAN PUKUL ATAU TENGKING ANAK YANG TENGAH MENGAMUK. TAPI PELUK.
Marah, pukul, atau jerit pada anak yang sedang mengamuk akan mengeruhkan lagi keadaan. Ia seolah-olah sengaja mengajar anak urus emosi dengan kekasaran, kekerasan dan kemarahan.
Sepatutnya waktu anak mengamuk ni lah waktu yang paling sesuai untuk ibu bapa tunjukkan contoh sikap “cool” pada anak2, dan tunjukkan cara yang betul untuk urus emosi dengan berfikir dan berkomunikasi dengan baik.
Apa yang ibu bapa SEPATUTNYA BUAT bila anak mengamuk? Berikut adalah 4 langkah mudah untuk stopkan anak mengamuk, dan ajar mereka kemahiran mengawal emosi.
Masa anak mengamuk, memukul, menggigit, menerajang, mencakar, baling barang, mereka menggunakan senjata seperti tangan, kaki, gigi, kuku dan sebagainya.
So tugas ibu bapa adalah memastikan “senjata2” itu “dilumpuhkan” dengan segera. Kalau anak memukul, cepat2 tahan tangannya supaya dia tak dapat teruskan memukul. Kalau anak terajang, tahan kakinya supaya dia stop terajang.
Kalau masa anak mengamuk tu ada orang lain, cepat2 bawa anak ke tempat lain. Yes, masa anak tengah meronta menjerit berguling2 tu, terus angkat dia dan bawa pergi. Contohnya, pergi sudut mana2 ke, pergi masuk kereta ke, pergi bilik lain ke, somewhere private and quiet.
Bila kita cepat2 asingkan anak macam ni, ada 3 perkara baik yang akan berlaku:
Satu, anak dapat “keluar” immediately dari situasi yang menyebabkan dia mengamuk tu.
Dua, ibu bapa dapat intimately deal dengan anak tanpa dilihat oleh orang lain.
Tiga, maruah anak akan terjaga. Even mereka masih budak2, anak2 pun ada rasa malu bila berdepan dengan situasi tegang depan orang lain.
Apabila kita dah bawa anak ke tempat yang senyap dan takde orang, pegang dia kuat2, lihat tepat ke dalam mata nya, dan cakap “Mama tahu awak sedih/takut/geram/marah/kecewa”, dan terus peluk anak kuat2.
Beri “nama” untuk emosi yang mungkin sedang dirasa oleh anak.
No matter how you’re feeling, marah ke, malu ke, hangin ke, rasa nak pulas telinga anak ke, PELUK JE.
Remember– THIS IS A PERFECT TIME TO ACT LIKE A GOOD PARENT. Show your child how cool you are in dealing with your own anger.
Bila dah reda sikit, jangan tunggu terlalu lama untuk bercakap dan bantu dia rationalise semula.
Ada 5 cara alternatif yang kita boleh ajarkan pada anak2 supaya mereka tak gunakan violence ketika mengamuk.
Ajar anak beberapa perkataan to describe feelings. Contohnya sedih, takut, risau, rimas, penat, marah, kecewa, bengang, geram, panas, sejuk, dan sebagainya.
So that lepas ni, bila anak rasa apa2, mereka akan mampu luahkan melalui perkataan instead of mengamuk tak tentu pasal sebab tak tahu macam mana nak describe.
Ajar anak untuk “blah je” atau “pergi dari situ” setiap kali mereka rasa tak puas hati dengan seseorang. Kalau anak marah dengan kita, ofkos kita akan terasa hati kalau anak tetiba blah camtu je. Tapi ingat, ia jauh lebih baik dari anak memukul/menggigit kita. Kan?
Buat satu corner khas untuk anak pergi setiap kali dia rasa macam nak pukul orang. Haikal punya quiet corner dulu adalah sebuah khemah kecik yang penuh dengan stuffed toys, bantal dan selimut.
Setiap kali Haikal masuk situ, tahu lah saya bahawa dia tengah bengang dengan seseorang. Tapi bila dia keluar dari situ, saya akan cepat2 slow talk dan peluk dia lama-lama.
Yang ni paling bagus. Setiap kali nampak anak macam nak mengamuk, cepat-cepat cakap “Hembus api nagaaa!!!” Terus mereka akan tarik nafas dalam, dan hembus sekuat boleh guna mulut sambil bayangkan api keluar dari mulut. Mereka akan rasa lebih lega selepas itu.
Kod rahsia sangat membantu especially bila anak tak boleh kawal emosi. Secret code yang mudah diguna ialah ayat ni “Mama, peluk adik sekarang please!” . Ajarkan ayat ini kepada mereka agar setiap kali mereka rasa marah, mereka akan pergi kepada kita minta pelukan daripada mengamuk.
*Ikuti langkah-langkah ini dan insyaallah anak-anak kita dapat mengawal rasa perasaan marah. Selain itu, kita juga dapat belajar untuk mengawal rasa marah kepada anak-anak. Siapa lagi kalau bukan ibu bapa yang perlu mengajar anak-anak mereka tentang kehidupan. Setiap perlakuan kita akan dilihat oleh anak-anak kita. Maka, kita perlu menunjukkan sifat yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.