Daging ialah makanan padat nutrisi. Ia tak rosakkan buah pinggang bagi orang yang sihat walaupun makan tiap-tiap hari. Makan ikut keperluan dan jangan berlebihan.

Tiada dalil naqli mahupun saintifik menafikan kesempurnan ciptaan Tuhan ini. Malah kerisauan makan daging sebab kolesterol juga tidak saintifik kerana kolesterol dalam makanan tiada bukti merosakkan kesihatan mengikut garis panduan pemakanan USDA 2015.

Ada beberapa golongan perlu berwaspada pada daging:

1) Mereka yang alah: Perlu makan tapi daging segar dalam kuantiti sikit.

2) Mereka yang ada gout: Boleh makan bila badan dah sihat.

3) Masalah buah pinggang: Makan ikut syor doktor/pakar diet.

4) Leaky gut: Ini mungkin sebabnya pesakit autoimun keradangan jika byk ambil daging, sup tulang ataupun kolagen. Pulihkan dulu usus. Tips di bawah amat berguna untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan insha Allah.

 

Penyedian Daging

Daging lembu Imej via Bhakti2

1) Daging terbaik sudah semestinya organik dan jenis bebas (free range).

Lemaknya boleh dimakan tanpa was-was. Jika tiada kemewahan sedemikian, kurangkan makan bahagian lemak tempat biasa terkumpulnya bahan kimia dan bahan pengganggu hormon (xenoestrogen).

2) Pilih daging segar seperti daging korban

Masak dengan sempurna. Daging segar dan masak sempurna amat penting bagi yang sensitif atau alah daging.

3) Masak menggunakan minyak yang lebih sihat seperti minyak kelapa atau sawit. Elakkan masak menggunakan minyak tak tepu yang senang rosak dan membebaskan toksik aldehyde apabila dipanaskan seperti minyak matahari dan minyak jagung.

4) Sesetengah kuali non stick jika dipanaskan lama terutamanya membebaskan bahan toksik PFOAs DAN PFAs yang berkumpul dalam badan. Pilih kuali lebih selamat seperti seramik atau kuali stainless steel.

5) Elakkan masak pada suhu terlalu tinggi. Membakar terlalu lama menghasilkan PAH dan HCA yang dikaitkan dengan beberapa jenis kanser. Tapi jangan risau..kuantitinya tidak lah begitu banyak..sekali sekala xpe cuma jgn amalkan selalu.

 

Waktu Makan

1) Ambil buah dahulu sebelum makan untuk meningkatkan asid perut dan enzim yang membantu pencernaan daging. Makan dengan air asam, belacan juga membantu.

Kecuali jika anda ada alahan, migrain, gastritis atau refluks, skip cara langkah ini.

2) Kunyah banyak kali sebelum telan dengan perlahan-lahan menjadikan makanan lebih mudah dihadam dan enzim pencernaan lebih bersedia.. Langkah kritikal ini sering dipandang remeh namun kesannya besar kepada kesihatan.

3) Jangan ambil daging dengan susu. Susu mempunyai protein casein yang sukar dicerna. Beban bertingkat-tingkat tu. Perut/usus senang rosak dan penyerapan zat akan berkurang.

4) Bagi yang nak tambah darah merah (haemoglobin), makan lah dengan vitamin C atau buah sitrus meningkatkan penyerapan zat besi yang tinggi dalam daging ini.

Oh terlupa pula, bagi yang zat besi terlebih seperti hemosiderosis atau thalassemia beta selalu buat transfusi darah, perlu waspada juga pengambilan daging kerana risau overload zat besi.

5) Elakkan minum air lepas makan daging kecuali tercekiklah. Cair asid perut dan enzim pencernaan nanti.

6) Elakkan bersenam berat atau tidur sejurus selepas makan daging. Beri masa sejam hingga 3jam untuk pencernaan protein. Qailulah takpelah kejap je tidur.

Baik, begitulah sedikit sebanyak tips makan daging semoga bermanfaat. Perkongsian ini hanyalah sebagai pengetahuan am dan bukan nasihat perubatan ya. Bertanyalah doktor dan pakar diet anda untuk maklumat lanjut.

Penulis: Dr Hafiz Sulaiman

Merupakan seorang doktor perubatan yang juga dikenali sebagai pejuang kesihatan. Rajin berkongsikan tentang info yang menarik tentang kesihatan di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.