Pengemar hiasan rumah berasaskan kayu pasti tidak boleh ketinggalan untuk menyerikan kediaman menggunakan lampu gantung kayu.

Selain menghiasi ruang rumah dan memperlihatkan kecantikan semula jadi kayu itu sendiri, ia juga mampu menerangi ruangan rumah dengan memberikan suasana elegan ketika melayan tetamu yang datang berkunjung.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa jenis lampu gantung kayu untuk hiasan di kediaman anda.

1. Bright beads

Bright beads terdiri daripada enam loket gantung rendah dengan pelbagai reka bentuk. 

Ia dinamakan Aztec, Abacus, Art, Allenta, Afrika dan Alice dan masing-masing boleh digayakan sebagai loket jatuh tunggal atau dalam kelompok seakan-akan sebuah candelier. 

Jika ia terlalu panjang untuk bilik anda atau jika anda ingin meletakkannya di sudut, anda boleh menggantungnya dari cangkuk di siling.

2. Claudo

Claudo ialah lampu loket kayu dengan reka bentuk yang ringkas dan geometri yang sangat elegan. 

Ia mempunyai luaran walnut berwarna gelap dan ia direka sebagai kepingan tunggal atau kelompok yang serupa.

Ukuran kepingan ini pada kebiasaannya adalah dalam aggaran 5” kali 5” dengan ketinggian 7.25”.

3. Sunset

Diilhamkan oleh matahari, lebih tepat pada saat ia terbenam dan perlahan-lahan hilang di kaki langit.

Cahaya loket Sunset menangkap keajaiban pengalaman ini dan menterjemahkannya ke dalam reka bentuk yang ringkas, moden dan serba boleh.

Ia membawa nuansa lengkap yang boleh melengkapkan pelbagai ruang yang berbeza, daripada ruang tamu, bilik tidur, dan ruang peribadi yang lain.

4. Tree lights

Kayu sebagai bahan yang sangat berkait rapat dengan alam semula jadi, ia berasal dari pokok dan ia berkongsi daya tarikan dan keunikan tersendiri.

The Tree Lights misalnya ialah koleksi yang meraikan sifat-sifat ini. Lampu loket dibuat dengan tangan, setiap satu daripada batang tunggal atau bic yang tergantung secara semula jadi. 

Ini menjadikan setiap loket unik dan reka bentuknya berkait rapat dengan umur setiap pokok. Loket datang dalam tiga bentuk seperti botol, tong dan mentol.

5. Laszlo tompa

Ini ialah lampu bunga yang direka oleh Laszlo Tompa . Ia diperbuat daripada kayu dan mempunyai bentuk rumit yang direka untuk menyerupai bunga yang sedang mekar. 

Bentuk lampu ini mempunyai gabungan versi kompleks dan bentuk geometri mudah seperti heksagon atau piramid. 

Tudung lampu kayu ceri pepejal menghalakan cahaya ke bawah dan memberikan titik fokus yang sangat artistik untuk ruang.

6. Hidro light

Pereka bentuk yang sama juga mencipta lampu hidro . Rekaan kali ini diilhamkan oleh makhluk laut dalam seperti medusas, polip dan lain-lain. 

Bentuk makhluk laut yang menarik telah diterjemahkan ke dalam reka bentuk lampu loket bergaya yang diperbuat daripada kayu padu. 

Dari segi ciri unik makhluk laut yang diilhamkan ini pula, ia mampu menyesuaikan diri untuk memancarkan cahaya.

Lampu ini turut sama menirunya dengan menawarkan cahaya buatan kepada kita apabila diperlukan.

7. Oak lamps

Ini adalah lampu loket Oak . Seperti namanya, ia diperbuat daripada kayu oak dan mempunyai bentuk yang sangat cantik. 

Lampu ini mempunyai badan ringkas dengan lubang di bahagian atas dan kord gantung hitam. Ia tersedia dalam satu saiz dan tiga kemasan berbeza. 

Setiap bahagian mempunyai rupa unik yang ditakrifkan oleh butiran kayu. Siri ini direka oleh Ross Gardam.

8. Hat lamps

Bila anda tengok lampu hat, pasti anda tahu dari mana reka bentuk lampu ini diinspirasikan. Namun sebenarnya, lampu hat tidak diilhamkan oleh topi semata-mata.

Sebaliknya ia direka oleh acuan lama yang pernah digunakan untuk memodelkan topi. Acuan ini diperbuat daripada kayu dengan bentuk rumit tetapi cantik. 

Lampu yang terhasil daripada projek ini berkongsi ciri yang sama. Ini adalah koleksi yang direka oleh Norm Architects.

9. Laurus

Laurus adalah lampu loket yang cantik dengan reka bentuk yang ringkas dan maskulin serta garisan yang bersih dan ringkas. 

Ia mempunyai tudung lampu arca yang diperbuat daripada walnut berwarna gelap dan ciri yang kuat yang membolehkan ia menonjol dan menjadi tumpuan walaupun dimensinya dikurangkan. 

Anda boleh gunakannya sebagai loket aksen atau campurkan dengan yang lain untuk membentuk gugusan di ruang kediaman anda.

10. Scots light

Bentuk organik Scots Light yang mengingatkan kita kepada pokok pain ini direka bentuk oleh Tom Raffield.

Pemilihan rekaan unik lampu scots dihasilkan dari kayu venir dan membentuk pinecone.

Lapisan kayu ini disambungkan dengan bingkai birch dan ia dibengkokkan wap daripada kayu venir oak atau walnut.

Selain dari panduan memilih lampu gantung kayu ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hiasan rumah seperti:

Sumber:

  1. The Many Forms And Faces Of A Wood Pendant Light. Homedit
  2.  Simple and Sculptural Wooden Pendant Lights. Decoist

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.