Siapa teringin makan roti sedap ala Korea? Kesan banyak layan drama Korea, jadi teringin merasa garlic cheese bread Korea ini. Roti sedap ini cukup terkenal akhir-akhir ini terutamanya dalam kalangan pecinta roti.
Korean garlic cheese bread bukan roti biasa-biasa. Cara penyediaannya yang unik membuat orang ramai terpancing untuk mencubanya. Tidak hanya tampilan bahkan rasanya pula amat menarik di lidah.
Bun roti yang dibuat sendiri menaikkan markah kesedapan roti. Tambahan pula pes garlic yang dibalutkan kepada roti menambahkan keenakan citarasa roti yang berintikan cheese krim.
Kami tahu anda mesti inginkan resepi luar biasa sedap yang mampu membawa anda menerokai suasana di Korea. Resepi tidak kalah sedap diberikan oleh Wawa Nazami di laman Facebook untuk anda cubakan.
Selain korean garlic cheese bread, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.