Jika kita lihat di negara luar yang mempunyai musim sejuk seperti negara Korea, Jepun, Australia dan lain-lain lagi, mereka selalu minum minuman dan makan makanan yang panas untuk memanaskan badan mereka. Cuaca sejuk menyebabkan suhu badan menurun dan mengakibatkan kita kesejukan sehingga menggigil.

Oleh itu, kita perlu memakai pakaian yang tebal dan tinggal di dalam rumah yang nyaman. Di negara kita pula berbeza dengan negara mereka. Di asia tenggera tiada cuaca sejuk, hanya ada musim panas sahaja. Tetapi kita masih ada cuaca sejuk iaitu apabila hujan mula turun.

Ketika itu, suhu akan mula turun dan mengakibatkan cuaca menjadi sejuk. Di negara kita tidak banyak yang menjual pakaian sejuk kerana kita tiada musim sejuk. Namun, kita boleh naikkan suhu badan dengan minum air kopi panas dan teh halia.

Apakah manfaat minum air kopi dan teh halia?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai air kopi dan teh halia bagus diminum ketika cuaca sejuk. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suri Roowi. Beliau merupakan pakar pemakanan yang juga bekas saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Suri.

Kebaikan teh halia dan air kopi

air kopi dan teh halia
Image via drsuriroowi

AIR TEH HALIA

  • boleh bantu tingkatkan suhu badan dengan kehadiran bahan seperti gingerol dan shogaol

KOPI

  • Kopi mengandungi kafein.
  • Kafein bertindak sebagai perangsang dengan memberi kesan kepada sistem saraf
  • Apabila diambil dalam dos sederhana, kafein dapat membantu seseorang berasa lebih segar.
  • Kafein dapat membantu tingkatkan kadar denyutan jantung, suhu badan, aliran darah dan tingkatkan pengeluaran air kencing (diuretik).
  • Elakkan dari merebus biji kopi kerana ia akan mengeluarkan bahan kahveol dan cafestol dan ia akan perangkap kolesterol

*Negara asia tenggera mungkin tiada musim sejuk tetapi apabila tiba musim hujan, cuaca akan menjadi sejuk kerana suhu menurun. Bagi mengelakkan terkena penyakit demam, selsema, batuk dan lain-lain lagi, minumlah air teh halia dan kopi panas. Ia boleh meningkatkan suhu badan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang,

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Boleh baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.