Jom kita baca kisah tazkirah Ramadhan untuk jiwa ini. Ramadhan adalah bulan mulia dan penuh dengan rahmat. Setiap kebaikan dan amal ibadat yang kita lakukan akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Malahan Allah menjanjikan satu malam penuh rahmat yang cuma berlaku sekali dalam setahun iaitu malam Lailatul Qadar. Sesiapa yang beribadat pada malam Lailatul Qadar akan mendapat pahala seolah-olah beribadat selama 1000 tahun.

Di antara amal ibadat yang boleh kita lakukan sepanjang Ramadhan untuk mengumpul pahala ialah dengan membanyakkan:

  • Membaca Al-Quran
  • Melakukan solat sunat
  • Berqiamullail
  • Beriktikaf di masjid
  • Bersedekah
  • Berzikir
  • Berselawat
  • Bertasbih
  • Bertahmid

Jom hayati kisah tazkirah ramdhan di bawah ini.

Kisah wanita ahli neraka

Menurut catatan sejarah pada zaman Rasulullah terdapat seorang wanita yang sangat kuat beribadah, siang malam dia bersolat. Dia juga sering puasa sunat dan berjaga di tengah malam untuk berqiamullail. Pendek kata, semua yang mengenalinya tahu bahawa wanita itu adalah seorang yang sangat beriman dan menghabiskan hidupnya untuk beribadat kepada Allah. Pasa suatu hari wanita itu meninggal dunia.

Jenazah wanita itu diuruskan oleh para sahabat dan sambil menguruskan jenazah, para sahabat bersembang sesame sendiri, “Wanita ini bakal masuk syurga kerana amalan soleh yang telah dilakukannya di sepanjang riwayat hidupnya.” Lalu datang Rasulullah mengatakan: “Wanita ini adalah ahli neraka”.

Para sahabat yang mendengar berasa pelik dan bertanya kembali kepada Rasulullah: “Mengapa begitu wahai Rasulullah? Sedangkan wanita ini di waktu siangnya berpuasa dan di waktu malamnya rajin bangun malam bertahajjud”

Rasulullah menjawab: “Kerana wanita ini tidak menjaga lidahnya, suka mengadu domba, mengata dan mengumpat”

Kesimpulan daripada kisah ini ialah dosa yang sering kita lakukan setiap hari seperti mengumpat, menfitnah, mengadu domba dan sebagainya boleh menghapuskan segala pahala yang kita perolehi daripada ibadah yang kita lakukan. Adalah sangat rugi kalau kita kehilangan semua pahala kerana tidak menjaga mulut. Lagi sedih kalau kita termasuk dalam golongan ahli neraka akibat mulut kita yang jahat.

Kisah sahabat Nabi yang terlupa untuk membayar zakat fitrah

Salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Saidina Usman terlupa untuk membayar zakat fitrah hingga selesai solat Aidilfitri. Sebaik sahaja teringat, Saidina Usman segera pulang ke rumah dan mengambil seekor unta yang paling bagus miliknya untuk dijual. Duit hasil jualan unta tadi dia gunakan untuk memerdekakan seorang hamba yang merupakan seorang kanak-kanak.

Setelah selesai memerdekakan hamba itu, Saidina Usman menghadap Rasulullah saw dan berkata:

“Ya, Rasulullah, bahawasannya saya telah lupa membayar zakat fitrah, namun saya telah menjual seekor unta yang paling bagus dan saya gunakan untuk memerdekakan seorang budak. Apakah itu setara nilainya dengan zakat fitrah yang saya terlupa membayar itu?”

Di hadapan para sahabat, Rasulullah saw kemudian menjawab:

“Sangat merugikan bagi sesiapa pun yang tidak membayar zakat fitrah, kerana pahala zakat fitrah itu sangatlah tidak terhingga. Jangankan memerdekakan seorang budak, memerdekakan 100 orang budak pun tak akan dapat menyamai pahala zakat fitrah.”

Berdasarkan kisah ini, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa tanggung jawab membayar zakat fitrah datang dengan ganjaran yang sangat besar. Rugilah kalau kita gagal untuk menunaikan kewajipan tersebut.

Peperangan yang berlaku pada bulan Ramadhan

Sepanjang Ramadhan pastinya kita berasa penat dan lemah memandangkan kita kekurangan makan dan minum. Namun tahukah anda bahawa sesungguhnya Rasulullah dan para sahabat berperang semasa bulan Ramadhan? Di antara peperangan yang berlaku semasa Ramadhan ialah:

  1. Perang Badar

Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan 2 Hijrah. Ia merupakan sebuah peperangan yang membawa kemenangan kepada tentera islam di bawah pimpinan Rasulullah yang pada waktu itu berumur 55 tahun. Kemenangan berpihak kepada islam walau pun jumlah tentera islam dan perlatan yang dibawa jauh kurang daripada tentera lawan.

  1. Pembukaan Kota Makkah

Pada 10 Ramadhan 8 Hijrah Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu tentera dari kaum Ansar & Muhajirin menuju Mekah untuk membebaskan kota suci itu dari genggaman orang kafir. Peperangan ini dimenangi oleh tentera islam tanpa setitis pun darah mengalir ke bumi.

  1. Perang Khandak

Dinamakan sebagai Perang Khandak kerana Rasulullah serta sahabat menggali parit mengelilingi Kota Madinah sebagai perisai melawan tentera musuh. Setelah menggali sambil berpuasa di bawah panas terik matahari selama enam hari enam malam, siaplah parit sedalam 10 hasta serta panjangnya 15 ribu hasta mengelilingi Kota Madinah.

Hebat sungguh Nabi Muhammad dan para sahabat yang mampu berperang sambil berpuasa semasa bulan Ramadhan. Pendek kata, sepanjang bulan ramadhan yang mulia kita perlu rebut peluang dengan melakukan kebaikan dan mengelakkan diri daripada melakukan dosa dan perkara yang kurang baik agar kita tidak terlepas dari merebut hikmah ramadhan yang Cuma datang setahun sekali.

Di antara perkara yang dianjurkan untuk kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ialah dengan meluangkan masa untuk mendengar dan membaca tentang kisah-kisah tauladan yang boleh menjadi pedoman buat kita. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan kisah tazkirah Ramadhan yang pastinya memberikan kita tauladan supaya menjadi seorang muslim dan muslimah yang lebih baik.

tazkirah ramadhan
Sumber: Ulamasedunia

Itulah dia perkongsian tentang kisah tazkirah ramadhan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tazkirah pendek dan tanda kematian.

Beberapa artikel tentang Ramadhan:

Sumber: Facebook, Facebook

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.