Diam tidak diam tinggal lagi beberapa hari shaja lagi kita bakal memasuki bulan Ramadhan. Sudah tiba masanya untuk kita buat checklist Ramadhan. Bulan Ramadhan sememangya ternanti-nati oleh seluruh umat islam di seluruh dunia.

Bulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk anda mendekatkan diri dengan Allah SWT dan perbanyakkan amal kebaikkan. Namun begitu, adakah anda sudah betul-betul bersedia untuk melangkah ke bulan Ramadhan??

checklist ramadhan

image via : Grid Id

Checklist Yang Perlu Dilakukan Sebagai Persediaan Di Bulan Ramadhan

Sebelum menyambuat bulan Ramadhan anda perlulah melakukan persediaan. Ada beberapa persediaan yang perlu anda lakukan sebelum anda melangkah ke bulan ramadhan.

Ia bertujuan untuk memastikan supaya diri kita bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ada beberapa checklist yang boleh anda lakukan. Antaranya:

Checklist Ramadhan #1 – Menjaga Kesihatan Diri

Bulan puasa merupakan waktu untuk kita mengumpul pahala dan segala amalan baik.  Pada waktu inilah peluang untuk anda melakukan ibadah wajib dan juga perbanyakkan ibadah sunat. Justeru itu, kita perlulah menjaga kesihatan diri supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukan itu sahaja, apabila kesihatan kita baik, kita dapat berpuasa dengan penuh pada tahun.

Checklist Ramadhan #2 – Semak Semula Hukum Hakam Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramdahan hanya datang setahun sekali. Disebabkan itu, kadang-kala kita menjadi lupa mengenai segala hukum hakam di bulan Ramadhan. Justeru itu, sebelum anda hendak menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, apa kata anda semak dahulu segala hukum hakam di bulan Ramadhan.

Dengan menyemak segala semula hukum hakam di bulan Ramadhan, ia dapat membuatkan anda mengingat kembali perkara yang wajib dan perkara yang dilarang dilakukan di bulan Ramadhan. Ia sekali gus dapat mengelakkan dari anda melakukan ibadah dengan sia-sia dan dapat mengelakkan dari puasa anda terbatal.

Checklist Ramadhan #3 – Melatih Diri Supaya Bangun Malam

Pada waktu malam di bulan Ramadhan orang berpusu-pusu bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah sunat. Tetapi untuk bangun pada waktu malam merupakan cabaran buat kita semua lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah bangun pada lewat untuk mengejarkan ibadah.

Jadi, mulai dari sekarang anda perlu melatih diri anda untuk bangun tengah malam bagi mengerjakan ibadah. Jadikan jam penggera sebagai bantuan untuk anda bangun malam dengan mudah.

checklist ramadhan

image via : Tzkrh

Checklist Ramadhan#4 – Mula Melakukan Ibadah Sunat

Walaupun bulan Ramadhan bakal menjelma beberapa hari lagi, tetapi tidak salah untuk kita mula melakukan ibadat sunat seperti bangun di tengah malam dan melakukan solat sunat.

Ia adalah sebagai latihan awal supaya kita dapat membeiasakan diri apabila bangun tengah malam di bulan ramadhan nanti. Bukan itu sahaja, kita juga dapat memperbaiki cara bacaan dan juga pergerakkan ketika solat sunat.

Checklist Ramadhan#5 – Tanam Azam Untuk Banyakkan Ibadah

Bulan Ramadhan inilah waktu untuk anda melakukan bermacam perkara sunat dan waktu untuk anda memenuhi dengan segala perakara yang boleh mendatangkan pahala. Justeru itu, mulai dari sekarang ana perlulah menanam azam supaya tahun ini anda dapat mpenuhi bulan Ramadhan dengan amal ibadat. Bukan itu sahaja, tanamkan juga azam yang anda akan menggunakan bulan Ramadhan tahun ini untuk memperbaiki diri anda.

Checklist Ramadhan#6 – Bersihkan Hati Dan Mula Menjaga Lidah

Mulai dari sekarang anda perlulah mula membersihkan hati serta lidah dari mengata atau mengumpat. Mulai dari sekarang latih mulut anda untuk lebih banyak berdiam diri dan basahkan bibir anda dengan melazimi ayat-ayat zikir. Jadikan ia sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan nanti.

Setidaknya, sepanjang bulan Ramadhan nanti lidah anda sentiasa di basahi dengnan kalimah zikir yang akan memberikan anda pahala.

Checklist Ramadhan#7 – Berdoa Supaya Berjaya Puasa Penuh

Kita tidak dapat jangka apa yang akan berlaku pada diri kita. Terutama sekali ketika bulan Ramdhan, kadang-kala ada yang tidak dapat menghabiskan puasa di bulan Ramadhan di sebabkan jatuh sakit. Justeru itu, anda perlulah berdoa dan memohon dari Allah supaya anda di berikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Antara Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan

Tadi awa sudah sebutkan 7 checklist Ramadhan. Bila sudah melakukan ke semua yang ada di dalam checklist sudah pasti anda tidak sabar-sabar untuk menghadapi bulan Ramdhan.

Begitu juga dengan umat islam yang lain. Ramai antara mereka tidak sabar-sabar untuk melakukan amalan-amalan sunat yang boleh memberikan pahala buat mereka.

Antara amalan tersebut ialah:

  • Bangun di tengah malam dan melakukan solat sunat
  • Melakuakan Qiamullail
  • perbanyakkan bersedekah
  • Menyegearakan berbuka
  • Beri makan orang berbuka
  • Bertadarus Al-Quran
  • Melewatkan bershaur
  • Solat terawih

Jadikan Bulan Ramadhan Ini Sebagai Permulaan Untuk Kita Mengubah Diri Ke Arah Yang Lebih Baik

Mungkin sambutan bulan Ramadhan pada tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini kita menyambut bulan Ramadhan dalam perintah kawalan pergerakkan. Namun, ia bukanlah satu halangan untuk anda mengejar pahala dengan melakukan amalan-amalan sunat.

Bukan itu sahaja, ini juga merupakan peluang untuk anda bersama keluarga anda untuk melakukan amal ibadah.Dalam pada masa yang sama marilah kita sama-sama menghidupkan Ramadhan pada tahun ini dengan amal ibadah supaya Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya, inshaAllah.

Baca juga tips ajar anak baca alquran dan nusyuz seorang isteri

Sumber:

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.