Zaman dulu ketika zaman penjajahan, ubi kayu rebus dianggap makanan mewah yang tidak ramai orang mampu untuk makan. Orang terdahulu terpaksa merebus ubi kayu dengan menggunakan dapur kayu api berbanding dapur gas yang kita gunakan hari ini. Tanpa kita sedar, banyak sebenarnya khasiat ubi kayu rebus kepada kesihatan diri.

Artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda khasiat ubi kayu rebus untuk anda jadikan panduan pemakanan yang sihat.

Hidangan ubi kayu rebus kenangan zaman penjajahan

Makanan ubi kayu rebus adalah sejenis makanan tradisional yang telah lama dijadikan sajian dalam masyarakat tempatan. Tanaman ubi atau nama saintifiknya, Manihot esculenta Crantz adalah sejenis tanaman umbisi yang mudah ditanam dan dijaga.

Negara barat memanggilnya sebagai  “cassava” atau “tapioca”. Di Malaysia tanaman ubi kayu biasanya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan.

Sedangkan di kawasan pendalaman di Malaysia seperti perkampungan orang asli di Semenanjung dan pribumi di Sarawak dan Sabah, penanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit sebagai bekalan makanan yang penting.

Hari ini ubi kayu bukan sahaja dijadikan satu sajian sahaja malah variasi resepi yang ada seperti ubi pedas, ubi bakar, unkep ubi, ubi gula merah, ubi goreng cicah sambal kicap, ubi rebus cicah sambal tumis, dan banyak lagi.

Komponen nutrisi ubi kayu

Bagi setiap 100gram ubi kayu, berikut adalah komposisi nutrien yang ada di dalamnya:

  • Kalori: 162kcal
  • Karbohidrat: 38.2g
  • Serat: 0.5g
  • Protein: 0.8g
  • Lemak: 0.2g
  • Kalsium: 39mg
  • Zat Besi: 1mg
  • Natrium: 2mg
  • Kalium: 209mg
  • Fosforus: 65mg
  • Vitamin C: 35.9mg

Setiap 100gram ubi kayu akan membekalkan 162 kcl tenaga kepada tubuh badan kita. Hal ini semua kerana dipengaruhi oleh kadar kandungan karbohidratnya yang tinggi sekitar 38.2 g.

1. Pemberi tenaga dengan pantas

Orang terdahulu tidak menjadikan nasi sebagai makanan ruji setiap hari tidak seperti kita. Mereka hanya mempunyai ubi kayu untuk dijadikan santapan sehari-hari.

Dari perspektif luaran tampak ubi kayu biasa sahaja malah mungkin jauh hendak dibandingkan dengan nasi. Tetapi hakikatnya ubi kayu tinggi karbohidrat dan penyumbang tenaga yang pantas kepada tubuh badan.

2. Melancarkan sistem pencernaan

Ubi kayu kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem pencernaan lebih lancar dan berfungsi dengan baik. Serat tidak larut membantu dalam meningkatkan sistem pencernaan kita dengan menyerap semua racun yang disimpan dalam usus.

Dalam masa yang sama ia juga dapat mengurangkan keradangan dalam saluran penghadaman perut.

3. Membantu mencegah anemia

Anemia adalah adalah masalah kekurangan sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Faktor yang sering berlaku sehingga menyebabkan kita terkena anemia adalah kerana kekurangan zat besi.

Khasiat ubi kayu rebus dikatakan mampu mencegah penyakit ini. Hal ini kerana, ia diperkaya dengan kandungan zat besi yang tinggi bagi pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah.

Justeri, apabila kandungan zat besi dalam badan mencukupi,  penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan zat besi dapat dicegah.

4. Menurunkan berat badan

Ramai orang yang hendak kurus lalu bersenam tetapi masih tidak dapat bentuk badan yan dimahukan. Mengapa?

Diet pemakanan harian juga sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam menurunkan berat badan. Ubi kayu yang kaya dengan serat makanan adalah pilihan yang tepat jika anda tidak sabar untuk menurunkan berat badan.

Ia boleh membuatkan kita berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Jadi tidak adalah kita makan snek-snek ringan atau makanan yang tidak berkhasiat untuk mengurangkan rasa lapar setiap hari.

5. Menyembuhkan migrain

Kehadiran vitamin B2 dan riboflavin dalam ubi kayu berguna dalam menyembuhkan sakit kepala dan migrain. Tambahan lagi, ia justeru dapat mengurangkan serangan migrain yang berterusan.

6. Bantu merawat cirit-birit

Sifat ubi kayu yang antioksidan dapat membantu mengatasi masalah cirit-birit. Ia bertindak untuk menyingkirkan bakteria yang menjadi penyebab masalah perut dan mengurangkan gejala cirit-birit.

7. Meningkatkan kualiti penglihatan

Apa kena mengena ubi kayu dan penglihatan seseorang? Kehadiran vitamin A dan mineral dalam ubi kayu secara tidak langsung meningkatkan penglihatan kita dan menghalang dari buta atau masalah penglihatan yang lain.

Semoga dengan perkongsian mengenai khasiat ubi kayu rebus ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk kekal sihat setiap hari.

Selain dari khasiat ubi kayu rebus ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain seperti:

Rujukan:

  1. 6 Benefits of Consuming Cassava. Quesava
  2. 26 Amazing Benefits of Cassava For Skin, Hair, and Health. Stylecarze
  3. What to Know About Cassava: Nutrition and Toxicity. Medical News Today

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.