Apakah kebaikan saffron kepada kesihatan diri khususnya untuk ibu mengandung di luar sana?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan kebaikan yang boleh anda dapatkan dari kandungan saffron itu sendiri.
Safron adalah sejenis rempah yang sangat eksklusif dan biasanya digunakan dalam masakan Timur Tengah. Mengikut kajian sejarah, safron telah mula dijumpai semasa Zaman Gangsa Yunani lagi.
Bunga ini juga bersifat triploid, iaitu ia tidak tumbuh secara liar dan tidak dapat membiak dengan sendirinya. Ia hanya berbunga setahun sekali dan hanya beberapa negara yang mempunyai cuaca yang sesuai untuk menanam pokok bunga ini seperti Iran, Maghribi, Sepanyol dan Greece.
Saffron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai ‘King Of Spices’.
Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Namun demikian, saffron juga baik untuk ibu mengandung. Jom lihat khasiat saffron untuk ibu mengandung.
Setiap dua sudu besar saffron mengandungi:
Ia kaya dengan mineral yang bagus untuk metabolisme tenaga, fungsi sistem imun dan saraf serta pembekuan darah yang betul.
Selain itu ia juga membekalkan sedikit vitamin C yang penting sebagai agen antioksidan untuk melakukan fungsinya dalam sistem imun dan sintesis kolagen.
Berikut adalah 13 kebaikan saffron yang boleh ibu hamil dapatkan dan sekaligus bagus diamalkan semasa dalam fasa kehamilan ini.
Kebaikan saffron untuk ibu mengandung dapat membantu menyembuhkan demam kuning pada bayi yang baru dilahirkan. Saffron boleh mengubati masalah darah merah yang mudah pecah pada bayi yang mempunyai demam kuning.
Tamsilnya, saffron mengandungi vitamin c, iron, dan magnesium. Oleh itu, khasiat yang terdapat dalam saffron ini dapat memulihkan darah merah yang berada dalam badan bayi supaya bayi yang baru dilahirkan tidak mengalami demam kuning yang berpanjangan.
Saffron mempunyai khasiat yang tersendiri dalam pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, kebaikan saffron dapat mengawal ibu mengandung dari mengalami stress yang mengakibatkan masalah pada pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
Mengikut kajian semenjak zaman Rasulullah SAW serta para-para sahabat lagi, herba ini telah digunakan untuk pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal anak-anak.
Oleh itu, saffron amat bagus dalam mengembangkan lagi minda dan memulihkan fizikal bayi dan kanak-kanak supaya dapat berfikir dengan baik dan bergiat aktif selalu.
Kebaikan saffron untuk ibu mengandung juga adalah membantu melancarkan pencernaan. Ibu mengandung sentiasa mengalami gangguan pencernaan dan saffron inilah pengubatnya.
Jika ibu mengandung minum susu bercampur saffron, maka masalah pencernaan seperti sembelit dapat diatasi dengan baik.
Mengikut kajian, ahli nutrisi sekaligus ilmuwan British Nutrition Foundation Dr Áine O’Connor, mengesyorkan bahawa wanita mengandung hanya boleh makan 5-6 kali sehari, tetapi untuk sebahagian kecil sahaja untuk mencegah masalah gastrik.
Saffron juga dapat mengurangkan tekanan darah. Semasa kehamilan, tekanan darah ibu mengandung selalunya tidak konsisten.
Justeru dengan mencampurkan saffron pada makanan dapat merehatkan otot ibu mengandung sebagai stimulan rahim.
Mengikut kajian, tekanan darah tidak terkawal pada ibu mengandung boleh mengakibatkan terkena sawan atau bacaan gula terlalu rendah sehingga pengsan tidak sedarkan diri.
Kesan-kesan ini sebenarnya boleh menjejaskan anak dalam kandungan, tetapi dengan kebaikan saffron yang diambil juga tekanan darah akan menjadi stabil.
Saffron ini amat berkesan kepada ibu mengandung dalam mengawal masalah morning sickness. Aroma saffron dapat menjadi aromaterapi apabila mengalami sakit yang kerap ketika mengandung ini.
Sebagai contoh, ibu mengandung mengalami mual, pening dan tidak sedap badan. Saffron yang mempunyai aroma tersendiri ini dapat membantu supaya mereka yang memakannya atau membuatnya sebagai minuman tidak berasa mual dan muntah.
Tahukah anda, kebaikan Saffron juga berkhasiat untuk mencegah anemia? Sifat zat besi dalam saffron membuatkan sel-sel darah merah pada ibu mengandung bertambah.
Memakan saffron dapat meningkatkan hemoglobin. Justeru, saffron ini bukan juga berkesan kepada ibu mengandung yang mengalami anemia begitu juga pada sesiapa sahaja yang mengalami penyakit anemia juga boleh memakan saffron ini.
Saffron membantu untuk tidur lebih berkualiti. Ini kerana ia bekerja sebagai ubat penenang kepada wanita yang mengandung kerana mereka sering mengalami penyakit sukar tidur seperti insomnia.
Kebaikan saffron untuk ibu mengandung terbukti berkesan untuk memberi kualiti tidur yang terbaik. Pastikan anda minum segelas susu saffron sebelum tidur supaya tidur lebih lena dan berkualiti.
Saffron dapat menghilangkan alergi untuk ibu mengandung. Ibu mengandung akan menghadapi serangan alergi seperti gatal-gatal, ruam kulit, batuk dan sebagainya.
Sekiranya ini terjadi kepada anda, cuba sapukan saffron merata pada tempat yang terkena alergik itu untuk kembali reda.
Selain itu, kebaikan saffron untuk ibu mengandung yang selanjutnya adalah membalas rangsangan pada bayi. Jika ibu ingin merasakan pergerakan aktif dalam kandungan, pastikan ibu mengandung minum saffron secara rutin.
Namun, disarankan tidak minum secara berlebihan. Saffron dapat membuatkan bayi bergiat aktif semula dan sentiasa kekal sihat selalu.
Selain itu, kebaikan saffron untuk ibu mengandung adalah ia dapat mencegah rasa sakit di bahagian belakang pada ibu mengandung.
Ia dapat mengatasi rasa tidak selesa pada bahagian sendi, punggung dan perut. Malah, Saffron menjadi pengubat dalam semua penyakit sendi.
Saffron menjadikan kulit bayi yang berada dalam kandungan menjadi cerah, lembut dan sihat. Oleh kerana ia kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin, ia amat berkhasiat kepada bayi dan ibu.
Bagi para ibu yang ingin meningkatkan pengeluaran susu badan, pengambilan saffron amat digalakkan.
Ini kerana saffron dapat meningkatkan hormon bagi membanyakkan susu badan ibu mengandung.
Saffron ini dapat mengurangkan keletihan pada ibu mengandung. Hal ini kerana, saffron mengurangkan anemia dan hemoglobin di dalam sel darah merah yang berkuang yang menyebabkan ibu mengandung cepat letih.
Selain itu, ibu mengandung juga berasa letih berpunca dari cara pemakanan yang tidak sihat, tekanan hidup atau stress, kegemukan atau obesiti, pekerjaan yang memenatkan dan insomnia.
Pengambilan saffron dapat mengurangkan keletihan supaya badan akan menjadi lebih cergas berbanding hari-hari biasa.
Kesimpulannya, saffron adalah herba kuno yang sangat mahal harganya dan sangat bernilai manfaatnya kepada kesihatan manusia.
Bahkan tidak pelik jika sebahagian kecil kajian menunjukkan pengambilan saffron sebenarnya lebih banyak khasiatnya dari seseorang yang hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Selain dari kebaikan saffron ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan khasiat tumbuh-tumbuhan seperti:
Sumber: