Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Apa Yang Perlu Dielakkan Oleh Ibu Mengandung? Mesti Ambil Tahu!

Seperti yang telah diketahui, otak bayi sudah mula terbentuk diawal usia 2minggu lagi di alam rahim. Pembentukkan otak ini akan terus berlangsung sehingga…

KehamilanDikemas kini 13 Disember 2018oleh Faz
Ibu mengandung sedang memegang ultrasound bayi

Ringkasan Ringkas

  • Otak bayi mula terbentuk seawal usia 2 minggu di alam rahim dan terus berkembang sehingga dilahirkan.
  • Ibu hamil perlu elakkan stres kerana hormon kortisol dan homocystein boleh membantutkan perkembangan otak bayi.
  • Elakkan pendedahan kepada racun rumput atau serangga, beralih kepada bahan organik dan mesra alam.
  • Jauhi toksin daripada bau petrol, cat, gam, pewangi dan bahan pencuci; gunakan bahan semulajadi.
  • Elakkan ubatan psikiatri tanpa nasihat doktor yang bertauliah kerana ia memberi kesan kepada otak bayi.

Seperti yang telah diketahui, otak bayi sudah mula terbentuk diawal usia 2minggu lagi di alam rahim. Pembentukkan otak ini akan terus berlangsung sehingga bayi ini menjengah alam dunia saat dilahirkan. Jadi, adalah penting untuk ibu-ibu hamil ambil tahu apakah benda atau perkara yang boleh memberi kesan buruk secara tidak langsung kepada bayi yang dikandung tersebut. Info menarik ini telah dikongsikan oleh Dr. Rizal Abu Bakar yang merupakan seorang pensyarah dan klinikal psikologi dari Unimas, Sarawak. Terdapat 4 perkara yang perlu dielakkan oleh para ibu hamil ialah:

1. Stres

Ibu hamil yang sering mengalami stres akan memberi kesan kepada otak bayi mereka. Hormon kortisol dan homocystein yang keluar ketika saat anda dalam keadaan stres akan membantutkan perkembangan otak bayi. Bukan sahaja semasa hamil, malah ketika ibu sedang menyusu juga jika terganggu emosi akan menjejaskan perasaan bayi yang sedang menyusu. Mereka akan turut stres, merasai kesedihan dan emosi negatif si ibu. Sentiasa cuba untuk berfikir perkara-perkara baik dan ketepikan perasaan negatif seperti prasangka buruk, dengki dan dendam. Tidak lupa juga untuk sentiasa basahkan lidah dan hati dengan zikir dan istighfar. Semoga ibu-ibu hamil sentiasa dalam keadaan tenang dan dirahmati Allah Taala.

Ibu mengandung yang sedang stres memegang perut

Imej via www.pulaumorotaikab.go.id

2. Racun Rumput/Serangga

Tidak kira saat mengandung atau pun tidak, setiap dari kita mesti sering terdedah kepada segala macam bahan beracun seperti racun rumput atau serangga. Walaupun, ia tidak berbahaya kepada orang dewasa yang menghidunya tetapi sebenarnya amat memberi kesan yang besar kepada bayi yang dalam kandungan. Ibu hamil wajib elakkan diri daripada terdedah kepad bahan-bahan beracun ini. Beralih kepada bahan yang organik dan mesra alam semulajadi demi kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Malah, kita juga boleh menjaga kesihatan seisi keluarga.

Botol semburan racun serangga

Imej via www.tamanhijau.com

3. Toksin

Toksin sebenarnya bukan sahaja bahaya kepada ibu hamil. Malah, berbahaya juga kepada sesiapa sahaja yang menghidunya. Dari mana kita sering terdedah dengan toksin ini? Dari bau petrol, cat, gam, marker pen atau kulat dari dinding. Bukan itu sahaja, cuba lihat sekeliling kita. Ada atau tidak pewangi, bahan peluntur, bahan cucian yang sering terdapat di rumah, pejabat atau di dalam kereta? Mesti ada bukan? Haa..bahan-bahan ini juga adalah toksin yang berbahaya kepada otak kita. Beralih kepada bauan atau bahan semulajadi kerana itu adalah yang lebih baik untuk kesihatan kita.

Sabun organik untuk ibu mengandung

Imej via www.id4u.my

4. Ubatan Psikiatri

Ubatan psikiatri yang diambil oleh ibu hamil akan memberi kesan kepada otak bayi. Sebelum mengambil sebarang ubatan, ibu-ibu dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang bertauliah jika anda disahkan telah hamil.

Pil ubatan psikiatri

Imej via www.sinarharian.com.my

Tidak dapat dinafikan lagi, perkembangan otak bayi sangat penting sejak di alam rahim lagi. Bertapa pentingnya ibu-ibu hamil untuk mengelakkan diri daripada segala perkara atau benda terutamanya bahan kimia supaya tidak mengganggu dalam proses perkembangan otak bayi mereka. Sumber: Dr Rizal Abu Bakar, Konvensyen NeuroParenting 2018.