Jom baca khasiat kurma untuk kesihatan yang terlalu banyaknya.Lebih-lebih lagi khasiat kurma untuk ibu mengandung. Power betul!
Buah kurma adalah dari pokok kurma iaitu sejenis pokok palma dalam genus Phoenix. Kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu tahun.
Pohon ini dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman silam dari zaman Mesopotamia ke zaman Mesir Purba seawal tahun 4000 SM. Malah terdapat bukti arkaeologi tentang penanaman kurma di Arabia timur pada tahun 6000 SM.
Kurma masak dalam empat peringkat iaitu kimri (matang), khalal (saiz-penuh, rangup), rutab (masak, lembut), dan tamar (masak, kering matahari). Namun, di Malaysia kita biasanya menikmati kurma jenis tamar, iaitu kurma yang telah kering.
Kurma mempunyai isi yang lembut, mudah cerna dan gula ringkas seperti fruktosa dan dextrose. Malah ia juga turut memberi tenaga segera kepada pemakannya. Itulah sebabnya buah kurma sering menjadi amalan sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan.
Selain kerana sunnah Rasulullah saw, umat Islam mengamalkan buah kurma sewaktu bersahur dan berbuka puasa sebagai pemberi tenaga setelah lapar berpuasa.
Menurut kajian bersama penyelidik dari Amerika Syarikat dan Mesir pada tahun 2020, kurma mengandungi 70% karbohidrat memberikan 157 kalori tenaga bagi kurma segar dan 300 kalori bagi kurma kering.
Menariknya, kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Hal ini menyebabkan kadar serapan gula yang perlahan dan terkawal oleh badan untuk jangka masa yang panjang lalu menerangkan hikmah pengambilan kurma untuk bertahan di bulan puasa.
Ini pula khasiat kurma untuk perut kita.
Buah kurma kaya dengan serat makanan sekitar 8 gram bagi setiap 100 gram hidangan, yang menghalang penyerapan kolesterol jahat (LDL).
Kajian penyelidik di Amerika Syarikat pada tahun 2008 yang diterbitkan dalam jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition mendapati bahawa kurma mengandungi 73% serat makanan yang membantu sistem penghadaman yang lebih baik.
Di samping itu, ia juga berfungsi seperti julap lembut yang melancarkan pembuangan najis kerana kandungan seratnya. Selain itu, ia juga membantu melindungi dinding usus daripada bahan kimia penyebab kanser yang terdapat di dalam kolon.
Kurma juga mengandungi antioksidan flavonoid polifenol yang dikenali sebagai tanin. Tanin mempunyai ciri-ciri anti jangkitan, anti radang, dan anti pendarahan (mencegah risiko pendarahan kecil).
Kurma juga mengandungi vitamin A (149 IU atau 5% daripada RDA setiap 100 g). Vitamin A mempunyai sifat antioksidan dan bagus untuk mata. Di samping itu, ia juga diperlukan untuk mengekalkan mukosa dan kulit yang sihat.
Pengambilan buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin A juga dapat mencegah risiko kanser paru-paru dan rongga mulut.Ini merupakan khasiat buah kurma untuk kecantikkan.
Selain itu, kurman mengandungi lebih 23 asid amino yang tidak dijumpai dalam buah-buahan lain yang popular seperti oren, anggur, epal dan pic.
Asid amino ini membantu pembentukan protein untuk kegunaan tubuh yang lebih sihat.
Kurma juga mengandungi flavonoid seperti beta karoten, lutein, dan zeaxanthin. Antioksidan ini mempunyai keupayaan untuk melindungi sel-sel dan struktur lain dalam tubuh daripada kesan berbahaya radikal bebas.
Tambahan pula, sekumpulan penyelidik dari Nigeria pada tahun 2014, menjumpai beberapa lagi sebatian antioksidan yang baik untuk kesihatan kita, antaranya anthocyanin, fenolik, sterol, karotenoid dan procyanidins.
Kurma adalah sumber zat besi yang sangat baik. Ia mengandungi 0.90 mg / 100 g buah (kira-kira 11% daripada RDA – Recommended Dietary Allowances).
Zat besi merupakan komponen hemoglobin di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen dalam darah. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia (kurang sel darah merah).
Kurma adalah sumber potassium yang baik. 100 gram kurma mengandungi 696 mg atau 16% daripada RDA. Potassium merupakan komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.
Oleh itu, potassium dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung koronari.
Buah kurma juga kaya dengan mineral seperti kalsium, mangan, zat besi, dan magnesium. Kalsium sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Selain itu, ia juga diperlukan oleh badan untuk penguncupan otot, pembekuan darah, dan pengaliran denyutan saraf.
Badan manusia menggunakan mangan sebagai faktor utama untuk enzim antioksidan. Zat besi pula diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah. Magnesium pula penting untuk pertumbuhan tulang.
Buah kurma juga mengandungi kumpulan vitamin B-kompleks serta vitamin K. Antara vitamin B yang terkandung di dalam buah kurma adalah pyridoxine (vitamin B-6), niacin, asid pantothenic, dan riboflavin.
Vitamin ini bertindak membantu tubuh untuk metabolisme karbohidrat, protein, dan lemak. Vitamin K pula fungsi utamanya adalah membantu proses pembekuan darah dan menghentikan pendarahan.
Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma:
Kebaikan buah kurma turut disebut dalam al-Quran dan hadith. Oleh sebab itu, para saintis mengambil peluang untuk mengkaji kehebatan buah kurma.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia pula menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.
Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Kurma bukan dinikmati begitu sahaja sama ada secara segar atau kering. Ia sering dijadikan sebagai pencuci mulut. Resepi buah kurma juga telah dipelbagaikan untuk memenuhi selera dan komersial seperti kurma coklat, jus kurma, susu segar perisa kurma dan banyak lagi.
Bosan makan kurma begitu sahaja? Apa kata anda cuba tiga resepi kurma di bawah untuk menambahkan selera lagi.
Smootie Kurma bukan sahaja sesuai dijadikan menu pencuci mulut, tetapi juga sesuai dibuat menu untuk bersahur ketika berpuasa.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Cucur kurma sesuai dijadikan menu minum petang.
Bahan-Bahan:
Cara-cara:
Puding kurma sesuai dijadikan menu pencuci mulut.
Bahan-bahan:
Buah kurma sangat kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia mengandungi tinggi tenaga, rendah kalori, tinggi karbohidrat, tiada kolesterol dan lemak trans.
Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, tetapi juga dapat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan. Selain berkhasita, ia juga sedap dimakan. Boleh dijadikan snek, pencuci mulut mahupun menu minum petang.
Selain khasiat kurma, kami juga menulis khasiat sumber lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.
Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.