Sipa kata kayu manis kurang khasiatnya. Nah, kami ceritakan lebih jelas tentang khasiat kayu manis patut anda tahu.

Jom baca!

Pengenalan

Selama beribu tahun lamanya, kayu manis digunakan di merata dunia. Ia didapati sudah wujud sejak 4000 tahun dahulu di Mesir kuno dan kekal menjadi rempah ratus yang bernilai tinggi. Justeru, namanya sudah sebati dengan budaya manusia.

Begitu juga dengan masyarakat di Malaysia. Selalunya ia digunakan sebagai bahan dalam masakan. Ia juga terkenal dalam dunia perubatan sebagai herba nombor satu di dunia yang tinggi antioksidan.

Imej via Bidadari

Kandungan Kimia Kayu Manis

Bau, warna, dan rasanya diperolehi daripada kulit kayu pokok kayu manis atau Cinnamomum zeylanicum. Ia mengandungi sebatian yang baik untuk kesihatan termasuk sinamaldehid iaitu minyak berwarna kuning, asid sinamik iaitu asid monoklinik yang tidak berwarna dan terdapat di balsam, serta sinamat.

Penyelidik merumuskan bahawa manfaat kesihatan di dalam kayu manis diperolehi dari kulit kayunya, minyak pati, serbuk kayu manis, flavonoid, dan antioksidan.

Keistimewaan Kulit Kayu Manis Secara Perubatan

Bahan-bahan antioksidan di dalam kayu manis ialah polifenol, asid fenolik, dan flavonoid. Ia sama dengan yang ditemui di dalam makanan berkhasiat lain seperti beri dan dark chocolate.

Bahan-bahan tersebut menjadikan kayu manis rempah terbaik di dunia yang membawa ciri antioksidan, antiradang, antidiabetes, antimikrob, penggalak imun, dan pelindung daripada penyakit jantung dan kanser.

Khasiat Perubatan Kulit Kayu Manis

1. Rendah kalori dan mengawal gula dalam darah

Satu sudu makan kayu manis yang dikisar mengandungi 19 kalori, 4gram serat, 68% mangan, kalsium, zat besi, dan vitamin K.

Dilaporkan, setengah sudu teh serbuk kayu manis sehari sudah boleh memberikan kesan positif pada tahap kandungan gula dalam darah, penghadaman, imun dan banyak lagi.

Menerusi kemampuan sebagai antidiabetes pula, kayu manis membantu menurunkan tahap kandungan gula dalam darah dan memperbaiki sensitiviti terhadap insulin hormon yang penting bagi memastikan keseimbangan tahap gula dalam darah.

Menurut kajian, ekstrak kayu manis memberi kesan positif kepada pesakit diabetes jenis ke 2 yang memasukkannya ke dalam diet atau rawatan mereka.

Menggunakan kayu manis dalam makanan dapat mengurangkan penggunaan gula dalam makanan anda. Kesan antidiabetes yang dimilikinya menghalang gula dilepaskan ke dalam aliran darah. Keinginan untuk makan dapat diuruskan. Begitu juga dengan berat badan.

2. Melambatkan penuaan dan mencegah keradangan

Imej via Bidadari

Kandungan antioksidan di dalam kayu manis dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas dan memperlahankan proses penuaan. Anti-radangnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, penurunan fungsi otak dan banyak lagi.

Penyelidik menemui lebih 7 jenis sebatian flavonoid di dalam kayu manis yang amat berkesan melawan keradangan berbahaya di dalam badan. Ia melegakan otot yang sakit, tindakbalas alergi, dan kesakitan yang berpunca daripada simptom penuaan.

3. Antibakteria, anti acne

Ciri-ciri antibiotik dan antimikrob kayu manis melindungi kulit daripada kerengsaan, ruam, dan jangkitan pada kulit. Ekstrak kayu manis atau pati kayu manis turut melawan bakteria yang berada di dalam mulut yang menyebabkan masalah bau nafas, kerosakan gigi, kaviti dan jangkitan di dalam mulut.

Kayu manis digunakan sebagai perisa semulajadi dalam gula-gula getah kerana kemampuannya menyegarkan mulut.

Kayu manis juga sering digunakan bersama-sama dengan madu untuk mendapatkan kulit yang sihat.

4. Mencegah penyakit kardiovaskular

Kayu manis mengurangkan risiko-risiko kepada penyakit jantung seperti kolesterol tinggi, trigliserid tinggi, dan tekanan darah tinggi.

Sebatian di dalam kayu manis membantu mengurangkan jumlah kolesterol. Kolesterol ‘jahat’ dibuang dan kolesterol ‘baik’ dikekalkan.

Oleh kerana kayu manis mengurangkan tekanan darah tinggi, maka ia juga membantu mengurangkan masalah jantung atau strok.

5. Melancarkan peredaran darah

Kajian menunjukkan bahawa kayu manis merupakan penggumpal darah yang baik dan menghalang pendarahan dengan membantu tubuh membentuk darah beku.

Kayu manis meningkatkan pusingan darah dan meningkatkan kemampuan tisu tubuh untuk memulihkan dirinya selepas mengalami kerosakan. Ini termasuk kemampuan tisu jantung untuk bangkit menentang serangan jantung, sakit jantung dan strok.

Kajian tahun 2016 yang diterbitkan di jurnal Ceylon Medical Journal melaporkan penemuan sampel responden yang mengambil teh diisi serbuk kayu manis 100 gram/300 ml selama 10 hari berturut-turut merekodkan bacaan tekanan oksidatif plasma darah yang menurun.

Berbanding pengambilan teh kosong tanpa serbuk kayu manis, kajian ini melaporkan kelebihan kesihatannya untuk mengawal kualiti darah dan plasma darah khususnya.

6. Meningkatkan fungsi otak

Imej via Bidadari

Kayu manis melindungi penurunan kognitif dan fungsi otak. Ini diperoleh menerusi antioksidannya yang melindungi otak daripada penyakit neurologi seperti Parkinson dan Alzhemeir.

Kayu manis meindungi fungsi kognitif dan kesihatan otak dengan mengaktifkan protin pelindung neuro yang melindungi sel otak dari mutasi dan kerosakan. Ia kemudiannya mengurangkan kesan negatif tekanan oksidatif dengan menghentikan sel daripada merosakkan diri sendiri.

7. Antikanser

Kayu manis mempunyai sebatian sinemaldehid yang mampu menyekat tumbesaran tumor kanser dan melindungi DNA daripada kerosakan. Pada masa yang sama, ia juga menggalakkan sel kanser untuk memusnahkan dirinya sendiri.

Kayu manis sedang dikaji sebagai ejen anti kanser semulajadi kerana kekuatan antioksidannya. Oleh itu, jika anda merasakan diri anda berisiko menghidapi kanser, kayu manis boleh menjadi makanan tambahan anda.

Sebagai agen antimikrob, antibiotik, antikulat dan antivirus semulajadi, kayu manis melindungi diri kita daripada pelbagai penyakit. Kemampuan imunnya ditemui dalam pati minyak kayu manis.

Rujukan

  1. Draxe
  2. Healthline
  3. Bandara, T., Uluwaduge, I., & Jansz, E. R. (2012). Bioactivity of cinnamon with special emphasis on diabetes mellitus: a review. International journal of food sciences and nutrition63(3), 380-386.
  4. Gruenwald, J., Freder, J., & Armbruester, N. (2010). Cinnamon and health. Critical reviews in food science and nutrition50(9), 822-834.
  5. Ranasinghe, P., & Galappaththy, P. (2016). Health benefits of Ceylon cinnamon (Cinnamomum zeylanicum): a summary of the current evidence. Ceylon Medical Journal61(1).
  6. Singletary, K. (2008). Cinnamon: overview of health benefits. Nutrition Today43(6), 263-266.

 

Imej via Bidadari

Artikel Menarik Lain

Selain khasiat kayu manis, kami juga menulis artikel khasiat yang lain. Jangan lupa untuk baca. Oh ya, jangan lupa utuk share dan like artikel kami ya.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.