Jagung atau nama saintifiknya Zea mays mempunyai pelbagai khasiat seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi. Kandungan lain yang terdapat di dalam jagung manis adalah protein, karbohidrat, kalsium, kalium, sodium dan beberapa jenis elektrolit lainnya. Kesemua khasiat ini sangat berguna dan bermanfaat untuk tubuh badan kita.
Apakah khasiat jagung?
Menurut kajian yang dilakukan di Cornell University, jagung merupakan sumber yang kaya antioksidan. Manfaat antioksidan sememangnya terbukti mengurangkan risiko kanser di dalam tubuh dengan cara melawan radikal bebas penyebab kanser.
Justeru, jagung yang mengandungi antioksidan ini sememangnya baik untuk badan. Jagung juga dikatakan memiliki antioksidan yang mampu mencegah terjadinya proses penuaan dengan cepat.
Tepung jagung boleh mencegah ruam lampin. Kalau bayi anda terkena ruam lampin, jangan lupa untuk gunakan tepung jagung.
Mineral penting untuk tubuh badan seperti fosforus, magnesium, mangan, seng, zat besi dan tembaga juga didapati terkandung di dalam jagung. Fosforus sangat penting untuk mengatur pertumbuhan, kesihatan tulang dan fungsi ginjal. Ginjal yang sihat akan menjamin kesihatan semua organ tubuh.
Ini kerana ginjal merupakan organ untuk menyaring darah yang akan disalurkan ke seluruh tubuh. Dengan ginjal yang sihat, proses penyaringan dapat bekerja dengan baik sehingga darah hasil penyaringan menjadi baik untuk disalurkan ke seluruh tubuh. Jagung juga mengandungi mineral seperti selenium yang sukar ditemui dalam bahan makanan lain.
Jagung memiliki kandungan serat yang cukup tinggi. Justeru, ia dapat membantu mencegah sembelit atau buasir. Serat yang tinggi akan membantu pembuangan air besar dengan lancar.
Menurut kajian, minyak jagung telah terbukti memiliki kesan anti-aterogenik pada tingkat kolesterol sehingga mampu mengurangi risiko berbagai penyakit kardiovaskular atau jantung. Minyak jagung adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan jantung selain membantu menstabilkan degupan jantung supaya ia sentiasa normal.
Kesihatan darah sangat penting dan ia dipengaruhi banyak perkara. Bukan sahaja kekurangan zat besi, namun kekurangan vitamin, folat dan mineral juga dapat menjadi penyebab terjadinya anemia. Bagi mencegah anemia, anda disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin B12 dan juga folat yang dapat membantu zat besi untuk membentuk sel darah merah yang baru. Vitamin B12, zat besi dan folat juga terkandung di dalam jagung.
Kolestrol jahat di dalam tubuh akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti strok, jantung serta penyumbatan pembuluh darah. Namun ada juga kolesterol baik atau disebut juga HDL yang terdapat di dalam jagung. Ia dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang terkandung di dalam tubuh.
Vitamin B yang terdapat dalam jagung pula boleh meningkatkan daya ingatan dan mencegah terjadinya penyakit alzheimer.
Jagung kaya dengan pelbagai vitamin. Warna kuning pada jagung merupakan sumber yang kaya beta karoten, untuk membentuk vitamin A dalam tubuh dan sangat penting untuk memelihara mata, kulit serta lendir membran.
Selain manfaat vitamin A dan vitamin B, vitamin C yang terkandung di dalam jagung juga memiliki manfaatnya. Vitamin C dibantu dengan protein yang juga terkandung di dalam jagung dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sehingga tidak mudah terdedah kepada sakit.
Jagung mampu mengawal diabetes. Pengambilan biji jagung dapat membantu mengawal insulin dalam darah dan efektif terhadap hipertensi kerana adanya phytochemical fenolik di dalam jagung. Fitokimia dapat mengatur penyerapan dan pelepasan insulin dalam tubuh yang dapat mengurangkan kemungkinan pesakit untuk membantu mempertahankan gaya hidup yang lebih normal.
Kandungan folat yang terdapat dalam jagung dapat membantu wanita yang mengalami masalah pada kesuburan. Folat membantu meningkatkan kesuburan wanita yang berusaha untuk merancang kehamilan.
Kandungan folat dalam jagung juga dapat membantu menjaga kesihatan bayi sejak dalam kandungan lagi. Nutrisi dalam jagung dapat membantu mencegah terjadinya kecacatan pada bayi. Kandungan vitamin B terutamanya dalam jagung manis dapat membantu dan mempengaruhi kesihatan sistem saraf dan juga tulang belakang bayi.
Selain bayi, ibu hamil juga memerlukan banyak nutrisi. Kesihatan mereka juga sentiasa dalam perhatian. Ibu hamil perlu mendapatkan mineral yang cukup untuk kesihatan tulang dan ginjal mereka.
Gula dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Kandungan gula yang tinggi dalam darah berpunca daripada pengambilan makanan bergula yang berlebihan. Justeru, gula dalam darah boleh dikawal dengan mengambil buah dan sayur sayuran termasuklah jagung.
Seperti jantung, strok juga berpunca daripada kolestrol jahat yang berlebihan di dalam tubuh yang menyebabkan berlakunya penyumbatan aliran darah ke otak. Justeru dengan pengambilan jagung, kolestrol jahat penyebab penyumbatan dapat dihindari, sehingga aliran darah dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya mencegah terjadinya strok.
Jagung merupakan makanan yang kaya dengan sumber kalori. Kandungan kalori jagung adalah 342 kalori per 100 gram. Ia merupakan salah satu jenis sereal yang tinggi.
Itulah dia 15 khasiat jagung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat minyak ikan, khasiat peria, dan khasiat ulam.