Tahukah anda akan khasiat buah markisa untuk tubuh kita? Jika belum tahu mari kita kenali apa itu pokok markisa dan khasiatnya untuk manusia. Untuk pengetahuan, Buah Markisa in English disebut sebagai Passion Fruit. Buah markisa ini juga turut dikenali sebagai buah susu. Pokok buah markisa ini pula adalah dari jenis yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Tanaman markisa mampu berbuah terus-menerus tanpa bermusim.
Daun pokok markisa berbentuk bulat membujur dan rata di tepi. Pokok markisa ini boleh menjadi lebat dan sering ditanam juga sebagai pokok perhiasan yang boleh di makan buahnya. Markisa boleh berbuah lebat dengan penjagaan dan pembajaannya betul.
Antara kebaikan buah markisa Malaysia sehingga digilai ramai adalah disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi. Apabila serat tinggi maka kuranglah rasa lapar. Dek sebab itu ramai pengamal diet suka akan buah markisa ini.Buah markisa sememangnya cukup digemari kerana rasanya yang sedap. Apa yang lebih mengejutkan buah markisa ini turut dapat memberi banyak manfaat untuk ibu hamil.
Inilah dia senarai 10 khasiat buah markisa untuk tubuh termasuk juga buat ibu hamil. Jika terasa hendak makan buah markisa saat hamil nanti boleh minta suami carikan. Tambahan pula, rasa buah markisa yang manis manis masam ini dapat membantu ibu yang mengandung untuk menghilangkan rasa mual pada saat sedang mengalami morning sickness.
Bagi yang sedang berdiet atau mungkin sedang mencari makanan yang sesuai untuk anda diet, buah Markisa boleh membantu. Ini kerana, buah markisa mempunyai kalori yang sangat rendah.
Jumlah kalori untuk buah markisa ini hanyalah sekitar 97 kalori yang bersamaan dengan 100 gram. Kandungan seratnya yang tinggi juga dapat memberikan rasa kenyang dan ini sememangnya sesuai dengan kehendak mereka yang ingin berdiet bagi menurunkan berat badan kepada bentuk yang lebih ideal.
Buah Markisa juga mampu mengelakkan diri kita dari terkena penyakit kanser. Ini kerana, buah markisa mempunyai kandungan polifenol, antioksidan, dan karotenoid yang mengandungi anti-karsinogenik. Semua kandungan dapat membantu halang pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan, terutama kanser paru-paru dan kanser mulut.
Buah markisa juga dikatakan mampu untuk menguatkan daya penglihatan kita. Mungkin kerana buah markisa ini mengandungi vitamin A yang bagus untuk meningkatkan kualiti penglihatan mata. Vitamin A juga boleh membantu dalam menghindari diri dari terkena jangkitan penyakit pada mata.
Jika tadi kandungan vitamin A, kini kandungan vitamin C pula. Banyak vitamin yang ada pada buah markisa ini. Malah vitamin C ini juga dikatakan agak bagus untuk mengurangkan penyakit asma. Nampaknya perlu diamalkan makan buah markisa ini di dalam diet seharian untuk mendapatkan vitamin A dan vitamin C yang ada pada buah markisa ini.
Menurut pembacaan, buah markisa ini bukan sahaja mempunyai khasiat pada bahagian buahnya malah pada bahagian bijinya juga. Untuk khasiat pada bahagian biji buah markisa ini, dikatakan yang ia dapat menghalang diri kita dari terkena penyakit kronik seperti sakit jantung atau kencing manis. Kalau nak tahu, bahagian biji buah markisa ini sebenarnya kaya dengan serat tidak larut yang mampu menghalang diri kita dari terkena penyakit terutama penyakit kronik.
Khasiat buah markisa yang seterusnya ialah membantu mereka yang mengalami penyakit insomnia. Bagi anda yang mengalami penyakit sukar tidur atau dalam erti kata lain menghidapi penyakit insomnia, apa kata anda mengamalkan meminum jus buah markisa.
Ini kerana, pengambilan segelas jus buah markisa sebelum tidur boleh membuatkan jiwa menjadi lebih tenang dan seterusnya dapat membantu anda tidur dengan mudah. Buah markisa juga mampu membuatkan diri kita berasa lebih relaks dan memudahkan anda untuk mendapatkan kualiti tidur yang nyenyak.
Biji buah Markisa juga sebenarnya mampu melembabkan kulit wajah kita. Minyak yang terdapat dalam biji buah Markisa dapat memperbaiki kulit muka serta dapat menghilangkan kulit muka yang kering. Bukan itu sahaja, Vitamin A dan juga Vitamin C yang terdapat dalam biji buah Markisa bertindak sebagai antioksidan yang berfungsi untuk menghilangkan garis halus dan juga kedutan pada wajah. Dengan terdapatnya kebaikkan seperti ini ia dapat menjadikan wajah kita kelihatan seperti awek muda.
Selain dari senarai di atas, buah markisa ini juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Ini semua disebabkan oleh kandungan magnesium yang terdapat dalam buah markisa itu sendiri. Buah markisa juga dikatakan mampu untuk meningkatkan kekuatan tulang dan memperbaiki tulang yang rapuh. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah yang mengalami penyakit osteoporosis.
Serat yang tinggi di dalam buah makisa juga bagus untuk membantu dalam melancarkan pencernaan usus dan membersihkan usus kita. Ia salah satu cara yang amat bagus untuk memastikan usus kita dalam keadaaan yang sentiasa sihat dan dapat mengelakkan usus kita ini dari menjadi kotor hingga boleh mendatangkan penyakit.
Salah satu cara untuk mendapat tubuh badan yang sihat adalah dengan meningkatkan sistem imunisasi badan kita. Berita baik yang teramat sangat buat mereka yang mengamalkan buah Markisa ini sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan sistem imunisasi.
Cara untuk makan buah markisa ini senang saja. Pertama, buah markisa sedap untuk terus dijamah begitu saja. Kedua, buah markisa juga boleh dibuat sebagai jus. Isi buah markisa juga boleh dijadikan sebagai penambah rasa dengan dalam minuman bersama bahan yang lain.
Tidak hanya itu, buah markisa juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut dan kek. Yang pasti buah markisa ini sedap dan terpulanglah bagaimana untuk menikmatinya mengikut kreaviti dan citarasa masing-masing.
Jemput baca artikel menarik ini juga kelebihan mandi air panas berbanding air sejuk, cara jaga miss V untuk kekal harum dan punca penyakit pelupa di usia muda serta tips untuk atasinya.