Buah kulim atau nama saintifiknya Scorodocarpus borneensis (Baill.) Becc adalah sejenis buah yang dikenali sebagai Bawang hutan. Hal ini disebabkan bentuk dan rupanya yang seakan-akan sebiji bawang, telur, atau pear dengan diameter antara 3.5 cm. Mungkin tidak ramai yang tahu, khasiat buah kulim mempunyai pelbagai kebaikannya untuk kesihatan.

Buah kulim berasal dari pokok kulim yang boleh tumbuh sehingga 40 meter dan ditemukan di beberapa negara Asia seperti Thailand, Malaysia, dan Indonesia. Dari kajian yang dilakukan oleh Jabatan Agrikultur dan Sains Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak menyatakan bahawa kandungan di dalamnya adalah seperti:

  • Kalium: 918.8mg
  • Kalsium: 241.41mg
  • Fosforus: 343.86mg
  • Magnesium: 91.1mg
  • Ferum: 2.67mg
  • Zink: 1.41mg
Image via [root of science]

Merawat demam panas

Khasiat buah kulim boleh diguna pakai untuk merawat demam panas. Inilah yang kebanyakkannya dilalukan oleh perubatan cara tradisional orang zaman dahulu.

Caranya, dengan meminum air rebusan akar pokok buah kulim bagi menurunkan suhu badan seseorang.

Image via [Nebraska Medicine]

Bersifat antioksida

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, antioksida merupakan bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan kesan dari radikal bebas. Selain itu, antioksida juga menjadi barisan pertahanan terhadap risiko dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

Seiringnya waktu, usia kita yang bertambah akan menyebabkan penghasilan antioksida juga berkurang. Wajar sekiranya kita mendapatkan sumber antioksida dari makanan lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

 Bahan antioksida yang dimaksudkan ini termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E.

Kajian yang dijalankan menemukan kesemua ekstrak metanolik pada buah kulim mempunyai sifat antioksida. Bahkan aktiviti antioksida turut ditemukan paling tinggi pada bahagian daun, kulit batang, dan buah kulim sendiri.

Merawat masalah ketidakhadaman

Image via [Hello Doktor]

Ketidakhadaman adalah salah satu dari masalah rasa tidak selesa di bahagian abdomen yang terjadi selepas makan atau minum. Kembung perut juga menjadi salah satu dari simptom yang menjurus kepada masalah ketidakhadaman.

Secara tradisionalnya, buah kulim sering digunakan untuk merawat ketidakhadaman dan ketidakselesaan.

Bersifat antimikrob

Image via [Harakah Daily]

Tidak hanya khasiat buah kulim bersifat antioksida, malah ada beberapa bahagian lain padanya yang bersifat antimikrob.

Ekstrak metanolnya juga turut ditemui memainkan peranan yang penting di dalam mencegah aktiviti bakteria MRSA. Dalam masa yang sama, ia berkemampuan untuk menyekat perkembangan Salmonella typhi dan Candida albicans.

Mengelakkan kembung perut pada bayi

Ini mungkin ramai tidak tahu bahawa buah kulim boleh mengelak dari masalah kembung perut pada bayi. Kembung perut bayi biasa berlaku disebabkan masalah angin dalam perut.

Secara purata seorang bayi akan mengeluarkan angin antara 13 hingga 21 kali setiap hari. Gas atau berangin perkara normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan

Penemuan yang menyatakan bahawa buah kulim boleh mengelak kembung perut bayi ini sebenarnya telah dilakukan sendiri oleh pengkaji di Indonesia.

Caranya dengan membaluti perut bayi dengah buah kulim yang digiling dan dicampurkan dengan air.

Menjadi penambah rasa pada masakan

Buah kulim ini juga dikenali dengan nama Bawang Hutan kerana bau isinya seperti bau bawang putih malah baunya lebih menyengat daripada bau bawang putih.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika ada sesetengah dari kita yang mengantikan penggunaan bawang putih dalam masakan dengan biji buah kulim.

Boleh dijadikan ulam-ulaman

Image via [harian metro]

Ulam-ulaman sangat sinonim dengan kesihatan awet muda berpanjang bagi wanita. Di Malaysia, lebih daripada 120 jenis tumbuhan boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, termasuklah yang tumbuh melata, pokok renek sehingga ke pokok besar.

Cara makannya boleh secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain.

Bersifat anti vektor

Vektor adalah agen yang memindahkan atau membawa mana-mana patogen berjangkit ke dalam organisma hidup yang lain. 

Menurut kajian, pokok kulim mempunyai kandungan sulfur yang tinggi untuk mencegah aktiviti vektor khususnya kepada nyamuk malaria.

Mencegah pembiakan kulat

Di samping itu, kandungan methylthiomethyl disulfie I dan methylthiomethyl disulfie II pada buah ini sangat berpotensi untuk mencegah pembiakkan kulat.

Mengurangkan tekanan

Komponen buah kulim memberi alternatif secara semula jadi untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik. Ia bertindak memberi kesan terhadap sistem peredaran darah dalam badan.

Malah ia juga memberikan kelegaan bagi sesiapa yang ada masalah tekanan. Apa yang boleh kita lakukan adalah minum air rebusan buah kulim untuk membantu  melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan tekanan.

Semoga perkongsian mengenai khasiat buah kulim ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk mendapatkan alternatif perubatan yang bersifat tradisional dan semula jadi.

Selain dari artikel berkenaan dengan khasiat buah kulim, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan khasiat tumbuh-tumbuhan seperti:

Rujukan:

  1. Khasiat Buah Kulim. Agro Malaysia
  2. 10 Khasiat Buah Kulim Yang Perlu Anda Tahu. Root of Science
  3. Selain Dari Merawati Masalah Buah Pinggang, Ini 7 Lagi Manfaat Air Rebusan Buah Kulim Yang Anda Perlu Tahu! Daily Makan

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.