Air barli memang antara minuman yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia. Malah kebanyakan kedai atau restoran di luar sana kini banyak menyediakan menu air barli atas permintaan yang mengalakkan. Bukan sahaja kerana rasanya yang unik, khasiat air barli sangat lengkap untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

Apa itu barli?

Barli adalah sejenis bijirin yang didapatkan daripada pokok padi-padian. Nama lain bagi barli adalah padi belanda atau juga dikenali secara saintifik sebagai Hordeum vulgare.

Yang selalu kita jumpa di pasaran itu namanya beras barli. Ia berasal dari beras yang telah dibuang kulit luar (sekam) dan bahagian brannya. Khasiatnya air barli memang sangat banyak. Air barli sendiri sedap diminum dalam keadaan sejuk mahupun panas.

Barli lebih berkhasiat daripada nasi?

Bila sebut pasal barli, kita pastinya tidak melupakan topik untuk menguji sama ada barli mendatangkan manfaat yang lebih besar kepada manusia berbanding nasi. Perbandingan yang paling dekat dengan barli adalah beras perang.

Barli dan beras perang, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jika anda sedang mengelak dari gluten, beras perang adalah pilihan yang tepat kerana barli mempunyai gluten.

Dari segi folik asid, dan vitamin E, ia banyak ditemukan dalam beras perang. Namun barli sangat tinggi fiber dan kalsium untuk tubuh badan kita.

1. Kaya dengan pelbagai nutrisi

Khasiat air barli bermula dari kepelbagaian nutrisi yang ada padanya. Setiap 100gram bijiran barli yang telah dimasak, berikut adalah kandungan nutrisi yang terkandung:

  • Kalori: 123kcal
  • Karbohidrat: 28.2g
  • Protein: 2.3g
  • Lemak: 0.4g
  • Vitamin A: 7IU
  • Vitamin C: 0mg
  • Vitamin K: 0.8mcg
  • Thiamin: 0.1mg
  • Riboflavin: 0.1mg
  • Vitamin B6: 0.1mg
  • Folate: 16mcg
  • Vitamin B12: 0mcg
  • Kalsium: 11mg
  • Zat Besi: 1.3mg
  • Magnesium: 22mg
  • Fosforus: 54mg
  • Kalium: 93mg
  • Natrium: 3mg
  • Zink: 0.8mg
  • Mangan: 0.3mg
  • Selenium: 8.6mcg

Dari konteks kadar kalori pula, setiap 100gram barli adalah bersamaan dengan 123kcl. Di mana kadar ini sangat tinggi oleh kerana kandungan karbohidratnya yang baik.

2. Mengurangkan rasa lapar dan bantu menurunkan berat badan

Minum barli mudah rasa kenyang? Memang betullah kenyataan itu. Hal ini kerana, kandungan serat dalam air barli yang tidak ditapis boleh membantu penghadaman dan menjadikannya lebih teratur.

Kesannya, kita akan berasa kenyang lebih lama berbanding biasa. Sudahlah kalori yang sedikit, karbohidrat sebagai pembekal tenaganya pula tinggi. Memang patut pun perut kita terasa cepat kenyang dan badan cepat bertenaga.

3. Membantu pencernaan

The Mayo Clinic sendiri mencadangkan barli dalam diet pemakanan kerana ia adalah sumber fiber yang boleh larut. Barli mempunyai jumlah serat yang sangat tinggi bagus untuk pencernaan.

Badan kita justeru memang sangat memerlukan serat untuk proses penghadaman bagi memindahkan makanan melalui perut dan keluar dari usus. Menariknya, setiap kali kita minum air barli yang tidak ditapis, ia akan menambah komponen penghidratan kepada kepekatan serat yang tinggi.

4. Mengelakkan dari masalah batu karang

Khasiat air barli yang ramai orang tidak tahu adalah ia membantu dalam memberi keseimbangan pH dalam tubuh badan kita dengan menjadikan ia alkali.

Justeri, air barli bukan sahaja boleh menghancurkan batu karang malah menghentikan terus pembentukan batu karang.

5. Rendah kolesterol

Khasiat air barli selanjutnya adalah menjadi solusi untuk merendahkan tahap kolestrol. Bahan kimia dalam barli iaitu tocols didapati dapat menekan kolesterol LDL dan menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular yang lebih baik secara keseluruhan.

6. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Menurut kajian, sumber antioksidan dalam air barli dapat menghilang radikal bebas, yang boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang dirasai jantung kita daripada terdedah kepada toksin.

7. Melindungi dari diabetes

Air barli telah diuji kebolehannya dalam menngawal gula dalam darah. Minuman air barli tanpa manisan tambahan akan membuatkan gula dalam darah kita turun secara mendadak.

Bukan itu sahaja, malah air barli membantu dalam mengurangkan kesan teruk diabetes.

8. Merawat kanser kolon

Kanser kolon atau kanser usus adalah kanser yang menyerang bahagian kolon, usus dan rektum (bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh).

Ia secara umumnya bermula dari polip, iaitu bonjol kecil pada permukaan dalam usus yang kebanyakannya tidak berbahaya. Namun apabila terus dibiarkan berpotensi untuk membesar dan menjadi kanser.

Fiber dalam air barli dikatakan mampu untuk melindungi kolon dengan membuang toksin yang tidak disingkirkan semasa penghadaman biasa. Di luar serat yang terkandung di dalamnya, barli juga mempunyai asid ferulik yang sebenarnya boleh menghalang tumor daripada membesar.

9. Merendahkan tekanan darah

Bagi yang menghidap darah tinggi, tekanan darah memang menjadi perkara utama yang buat kepala runsing. Kadang kita jadi keliru dengan diet pemakanan sendiri untuk pastikan tekanan darah sentiasa dalam keadaan normal dan baik.

Jangan risau, kajian mengatakan air barli mempunyai kandungan serat larut seperti beta-glucan untuk menurunkan tekanan darah menjadi normal. 

Serat larut ini berfungsi dalam menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik. Justeru, pengambilan air barli dapat membantu dalam menangani masalah darah tinggi.

10. Menguatkan sistem imun badan

Khasiat air barli bukan sahaja pada kandungan vitamin dan mineral yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan.

Malah fungsi prebiotik pada setiap bijiran barli sangat berupaya dalam menguatkan sistem imun bagi seseorang sehingga membolehkan ia melawan penyakit dengan mudah.

Resepi air bali viral untuk kesihatan wanita

Berikut adalah resepi air barli yang mudah untuk dibuat sendiri di rumah.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan barli
  • 7 gelas air
  • 1 batang kayu manis ceylon
  • Lemon
  • Madu (kalau nak manis)

Cara-caranya:

  1. Rebuskan barli bersama kayu manis ceylon dengan air selama 30 hingga 45 minit sehingga barli tersebut kembang.
  2. Kemudian, setelah kembang tutupkan api.
  3. Sebelum minum boleh perahkan sedikit lemon dengan masukkan sekali sedikit madu.
  4. Air barli sedia untuk dihidangkan.

Jika air barli tidak habis diminum, boleh simpankannya dalam peti ais. Bagi mengelakkan barli terlalu kembang, anda boleh asingkan baji barli dengan air rebusan tersebut. Sebelum minum, jangan lupa panaskan dahulu agar lebih sedap!

Selain dari khasiat air barli ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain seperti:

Rujukan:

  1. 9 Impressive Health Benefits of Barley. Healthline
  2. Health Benefits of Barley Water. Healthline
  3. 7 Khasiat Air Bali Yang Disokonvg Kajian (+Resepi Air Bali). Jiwa Sihat

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.