Kita banyak menggunakan badan kita untuk melakukan aktiviti harian seperti bersenam, mengemas rumah, kerja-kerja pejabat dan berkebun. Semakin banyak aktiviti yang kita lakukan semakin banyak tenaga yang digunakan. Apabila badan terasa letih dan tidak bermaya, kita memerlukan rehat secukupnya seperti tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
Selain rehat yang mencukupi, pemakanan kita juga perlu dijaga dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan kurangkan makanan segera yang mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. Seterusnya, kita juga perlu minum air mineral atau kosong dengan secukupnya. Air kosong ini penting untuk menstabilkan cecair dalam badan. Badan kita terdiri daripada sekitar 60% air. Fungsi cecair dalam tubuh badan adalah ia meliputi pencernaan, penyerapan, peredaran darah, penciptaan air liur, pengangkutan nutrien, dan mengekalkan suhu badan pada tahap normal.
Jika kita deman, suhu badan kita akan naik dan doktor selalu berpesan agar banyakkan minum air kosong untuk menurunkan suhu badan. Selain itu, kita selalu rasa penat mengantuk dan menguap oleh kerana badan kita kekurangan air. Air membantu untuk menyegarkan tubuh badan kita. Apakah akibat jika kita tidak minum air kosong secukupnya?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 kesan negatif apabila kekurangan air kosong. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Jadi kita disarankan minum air 2 liter atau 8 gelas sehari. Bila badan kurang air maka tercetuslah pelbagai implikasi. Antaranya :
1. Badan cepat letih
2. Dahaga
3. Ketegangan otot
4. Mengantuk
5. Air kencing sedikit dan pekat
6. Sakit kepala/migrain
7. Kulit menjadi kurang kenyal
8. Sembelit
9. Masalah buah pinggang
*Jika anda ada ciri-ciri seperti di atas, anda perlu ubah cara pemakanan. Banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman air manis yang mengandungi gula yang tinggi. Air kosong amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia membantu badan kita untuk kekal cergas dan bertenaga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.