Beginilah cara terbaik mengasihi haiwan.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Ada seorang lelaki yang sangat berasa haus. Lalu dia turun ke sebuah perigi dan minum daripada air perigi tersebut. Kemudian dia ternampak seekor anjing yang sedang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah yang lembab kerana turut kehausan.

Lelaki itu membayangkan kehausan yang dirasakan anjing itu sama seprti yang dirasakannya. Lalu dia memenuhkan kasutnya dengan airdan memberi anjing itu minum air tersebut. Maka Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.

Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, adakah kita akan dapat pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘berbuat baik terhadap setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala’.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Islam dan al-Quran mengajarkan bahawa binatang yang diciptakan oleh Allah SWT dapat dijadikan bahan renungan dan inspirasi bagi hamba-Nya yang beriman. Begitu juga dengan sikap penyayang yang bukan sahaja untuk sesama manusia tetapi terhadap makhluk Allah yang lain.

Al-Quran turut mengajarkan bahawa binatang adalah makhluk Allah yang berhak mendapatkan layanan baik dan selayaknya dari manusia.

Penciptaan haiwan oleh Allah SWT yang melengkapi kehidupa para manusia di bumi. Antaranya sebagai keseimbangan ekologi dan ekosistem alam semulajadi.

“Makhluk selain manusia di dunia dijadikan Allah SWT bukannya sia-sia atau sekadar penghias alam tetapi Allah SWT menyediakannya untuk manfaat kehidupan manusia juga.”

(al-Jasiyah: 4)

Demikian terdapat beberapa cara dalam melayani haiawan-haiwan dengan sebaiknya;

1. Tidak Menzalimi Haiwan

Islam sangat melarang perbuatan menzalimi sesiapaun, termasuklah terhadap haiwan.

Suatu hari Rasulullah SAW melihat sarang lebah yang terbakar hangus.  Baginda bertanya “Siapakah yang membakar sarang lebah ini?” Maka sekumpulan orang di situ menjawab, “Kami yang membakar sarang lebah itu wahai Rasulullah.”

Berubah wajah Baginda, lalu terus menegur perbuatan mereka;

“Kamu tidak boleh menyeksakan dengan api kecuali Tuhan yang menciptakan api itu.”

Islam tidak sesekali  mengajar umatnya melakukan kezaliman walaupun kepada haiwan kecil walaupun seekor semut.

2. Memelihara Binatang Sebaiknya

Terdapat haiwan yang liar yang tidak dibela, dan ada yang diternak atau dipelihara seperti kucing dan sebagainya. Jika haiwan tersebut dibela, maka belalah sebaik mungkin bukan dengan niat untuk menganiaya atau culas akan kebajikannya.

Pastikan haiwan peliharaan itu cukup makanannya, dijaga kebersihannya dan lain-lain. Jangan sehingga mengabaikannya. Jika tak mampu untuk memelihara biarkan ia bebas.

Jadilah seperti sahabat Rasulullah SAW yang gemar memelihara kucing dan gemar membawa kucing bersama-samanya, sehingga Rasulullah menggelarkannya dengan nama  ‘Abu Hurairah’ yang bermaksud ‘Bapa Kucing’.

3. Tidak Menyakiti Haiwan

Haram jika menyakiti haiwan dan pelakunya akan mendapat dosa. Walaupun haiwan kebanyakan tidak melakukan kesakitan kepada manusia, namun ada manusia yang bertindak menyakiti haiwan, mendera serta membunuh haiwan dengan cara yang tidak berperikemanusiaan.

Baginda Rasulullah SAW juga pernah membincangkan berkenaan azab Allah SWT terhadap golongan yang zalim dan kejam terhadap haiwan.

Islam sangat melarang keras perbuatan menyakiti atau menyiksa haiwan dan tidak ada tolak ansur  terhadapnya. Termasuklah binatang-bintang yang boleh dimakan.

4. Mengasihani Haiwan

Kasihanilah haiwan dengan penuh perasaan kasih dan sayang. Rasulullah SAW pernah menegah seseorang yang meletakkan bebanan yang terlampau banyak ke atas unta tunggangannya.

Perbuatan yang memperlakukan haiwan peliharaan sewenang-wenangnya juga sangat ditegah oleh Islam.

5. Melindungi Haiwan

Lindungi haiwan yang lemah dan yang memerlukan bantuan, seperti cedera, terbiar  dan lain-lain. Kecuali binatang yang diharamkan atau haiwan yang membawa risiko seprti anjing dan sebagainya. Jika perlu membantu pun, pastikan elak dari terkena najis dan jilatannya.

6. Menyokong Usaha Pemeliharaan Dan Pemuliharaan

Seharusnya setiap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan disokong dengan niat belas kasihan dan ihsan terhadap binatang yang juag makhluk Allah.

Selain dermakan wang dan makanan, boleh juga salurkan bantuan dengan tenaga dan usaha membenteras pemburuan haram contohnya. Sayangi haiwan dengan memulih haiwan yang kian pupus,  yang sakit, cedera dan sebagainya.

Penutup: Haiwan Juga Mahkluk Allah Yang Perlu Dilayani Dengan Baik

Islam adalah agama yang menyeru untuk menyayangi sesama makhluk. Jadi sudah menjadi kewajipan untuk berbuat ihsan kepada makhluk yang hidup, sama ada manusia mahupun haiwan kerana Allah SWT.

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang berbuat baik dan ihsan kepada semua mahkluk. Walaupun hanya binatang, lakukanlah jariah kerana ada diganjarkan dengan pahala, selain memperoleh keampunan dari Allah SWT atas kebaikan yang dilakukan.

Bacaan Lain:

Rujukan:

  1. Prof Madya Dr Arif Fahmi Md Yusof,  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  2. Berita Harian
  3. Harakahdaily

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.