Kerabu ikan bilis sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Makan berselera dengan kerabu ikan bilis yang pedas masam masin. Penyediaan kerabu ikan bilis amat mudah hanya memakan masa 5 minit sahaja.

Kerabu bilis menu wajib ada di atas meja, digandingkan dengan lauk goreng atau berkuah pun sesuai sangat. Jika anda ingin cuba buat kerabu bilis, sekaranglah masanya. Bahan-bahan pun senang didapat. Kami datangkan resepi kerabu bilis daripada Medina Suehaiyra yang berkongsi di laman Facebook.

Resepi Kerabu Bilis

kerabu bilis

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis digoreng, asingkan.
  • Limau 3 biji ambil air sahaja,
  • *Tomato sebiji,
  • *Bawang sebiji setengah,
  • *Daun limau purut,
  • *Kacang panjang,
  • *Timun,
  • *Cili vietnam/cili burung 6-10 biji,
  • *Serai sebatang.

Cara-cara :

  1. Semua bahan bertanda * diracik dan dimasukkan dalam mangkok.
  2. Masukkan air limau.
  3. Masukkan sos ikan 2 sudu, jika tidak ada sos ikan boleh ganti dengan sos tiram.
  4. Seterusnya masukkan gula 1 sudu, garam hujung sudu.
  5. Kemudian masuk secukup rasa.
  6. Gaul semua bahan hingga sekata.
  7. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis. Kalau masuk awal nanti ikan bilis jadi lemau.

Resepi Menarik Lain

Selain kerabu bilis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.