Doa Nabi Yunus adalah di antara doa yang wajib kita hafal sebagai seorang manusia yang beragama islam. Ini kerana doa Nabi yunus adalah salah satu doa paling ampuh dan mustajab.

Mari kita lihat kelebihan doa Nabi Yunus serta kisah disebalik kejadian doa tersebut untuk bacaan anda. Semoga bermanfaat!

kelebihan doa nabi yunus

Sumber: Apkcure

Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan yu

Nama sebenar Nabi Yunus a.s ialah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Sebagai nabi, baginda berdakwah kepada kaumnya dan membimbing mereka ke jalan kebenaran namun tidak ada seorang pun yang beriman kepada Allah. Lalu baginda berasa marah dan pergi meninggalkan kaumnya yang degil itu. Baginda menaiki sebuah kapal untuk meninggalkan kaumnya. Semasa di tengah laut, kapal mereka dilanda badai lalu untuk mengelakkan kapal daripada karam, mereka mengundi untuk mencampakkan nama yang terpilih ke dalam laut. Setelah tiga kali undian dibuat, nama Nabi Yunus terpilih lalu baginda dicampakkan ke dalam laut.

Sebaik sahaja dicampakkan ke dalam laut, Nabi Yunus telah ditelan oleh seekor ikan yu lalu dibawa ke dasar lautan yang dalam dan gelap. Pada masa ini, terdapat tiga jenis kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus iaitu:
1. Kegelapan di dalam perut ikan
2. Kegelapan di dasar lautan
3. Kegelapan malam

Pada awalnya Nabi Yunus menyangkan bahawa baginda sudah mati namun apabila sedar bahawa baginda masih hidup, Nabi Yunus mula menangis dan bertasbih kepada Allah dengan menyebut:

” Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin”
Maksudnya: Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.

Sepanjang terpenjara di dalam perut ikan tersebut, baginda tetap bertasbih kepada Allah. Ikan yu itu berenang sangat jauh dan kemudian tertidur di dasar lautan. Sementara Nabi Yunus tetap bertasbih kepada Allah tanpa henti sambil menangis. Ikan-ikan, tumbuh-tumbuhan serta semua makhluk yang hidup di dasar laut dapat mendengar tasbih yang dibaca oleh Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan yang sedang tidur tadi lalu mereka berkumpul di sekitar ikan paus itu dan ikut bertasbih kepada Allah.

"
kelebihan doa nabi yunus

Sumber: Beritaharian

Ikan paus yang tidur tadi terjaga kerana mendengar bunyi riuh tasbih di sekelilingnya. Ikan yu tadi ikut bertasbih dan akhirnya barulah ia tersedar bahawa ia telah menelan seorang Nabi. Kemudian Allah menurunkan perintah kepada ikan itu agar membawa Nabi Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau. Nabi Yunus yang telah ditelan oleh seekor ikan yu akhirnya terselamat kerana baginda yang sedang diuji tak henti-henti bertasbih kepada Allah dengan penuh yakin dan ikhlas. Baginda percaya bahawa Allah akan menyelamatkan baginda yang sepatutnya sudah lama mati sebaik sahaja ditelan oleh ikan itu.

Kelebihan doa Nabi Yunus

Pastinya anda ingin mengetahui apakah kelebihan doa Nabi Yunus ini. Yang sebenarnya terdapat 1001 kelebihan yang ada pada doa nabi Yunus dan salah satu daripadanya ialah:

  • Diperkenankan doa dan permintaan.
    Jika kita mempunyai sesuatu hajat dan permintaan kepada Allah, ini adalah doa yang paling sesuai untuk kita baca, seperti sabda Rasulullah SAW maksudnya :
    “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
  • Dibebaskan dari bala dan kesusahan yang sedang menimpa diri.
    Jika kita sedang diuji dengan ujian dan kesusahan, salah satu daripada usaha yang boleh kita lakukan ialah dengan banyakkan membaca doa Nabi Yunus ini. Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
    “ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.: La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin. Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.
  • Mudah bersalin
    Bagi ibu-ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin atau sedang merasai sakit bersalin, sangat digalakkan untuk membaca doa ini bagi memudahkan proses bersalin agar anda bersalin dengan mudah dan kedua-dua ibu dan bayi selamat.
  • Dipermudahkan urusan.
    Jika kita merasakan bahawa hidup kita serba tak kena atau urusan kita tidak berjalan dengan lancar, kita disarankan untuk membaca doa Nabi Yunus sambil memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan dan urusan seharian kita berjalan dengan lancar. Sesiapa yang menjadikan doa Nabi Yunus sebagai amalan harian akan dipermudahkan urusannya.
  • Ditemukan penyelesaian untuk masalah yang sedang dihadapi.
    Jika terasa seolah-olah sudah menemui jalan buntu dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi, baca doa Nabi Yunus dengan penuh harapan sambil berdoa agar Allah berikan kita jalan penyelesaian. Percayalah bahawa Allah mampu menolong kita untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Sedangkan Nabi Yunus yang sedang berada dalam perut ikan yu boleh selamat inikan pula masalah kita.
  • Dipermudahkan untuk membuat keputusan.
    Dengan membaca doa Nabi Yunus, hati kita akan digerakkan untuk membuat keputusan yang terbaik. Oleh itu jika kita sedang berada di persimpangan dilema dalam membuat keputusan, amalkan membaca doa Nabi Yunus agar dapat membuat keputusan yang terbaik.
  • Dijauhi dari bala dan musibah.
    Doa ini jika diamalkan setiap hari akan menjauhkan kita dari bala dan musibah.

Itulah dia info tentang kelebihan doa nabi yunus yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang doa kena fitnah, doa dapat zuriat dan doa mudah dapat kerja.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.