Tahukah anda bahawa produk tenusu kegemaran ramai ini mempunyai hari perayaannya yang tersendiri? Ya – Hari Keju Sedunia jatuh pada 4 Jun, dan Cartoon Network menjemput semua peminatnya untuk turut serta dalam keseronokan bersama Tom and Jerry – dengan tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga sebagai sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu percutian.

Adunkan ia pada waktu pagi dan hasil tangan anda akan sedia untuk dijadikan sajian pencuci mulut enak yang menyeronokkan dan enak untuk Hari Raya, sambutan ulang tahun kelahiran dan banyak lagi acara istimewa. Selain resipi bertema keju, anda juga boleh memuat turun pek stiker WhatsApp hari Keju Tom and Jerry (Tom and Jerry’s Cheese Day WhatsApp) di https://tomandjerry.cartoonnetworkasia.com. Cartoon Network juga menyediakan video masak bersama untuk membantu mengasah bakat kulinari anda.

Apalah maknanya Tom and Jerry tanpa keju? Selama lebih daripada 80 tahun, keju telah menjadi matlamat utama Tom yang tidak pernah berjaya dalam rutin memburu tikus. Hirisan keju yang terjuntai dari tali, yang diletak di dalam perangkap tikus, benar-benar menjadi kryptonite Jerry. Bagaimanapun, di sebalik keyakinan Tom yang satu hari nanti dia akan berjaya, catatan rekod kegagalan Tom untuk menangkap musuh dalam selimutnya itu memang mengagumkan. Kasihan Tom!

Jadikan ia sebagai cabaran percutian musim panas di rumah anda, bersama dengan lebih daripada 150 aktiviti yang tersedia di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network di www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever. Terokai juga seksyen Gymsville with Tom and Jerry untuk merangsang jantung anda berdegup kencang dengan video set senaman rahsia Tom supaya anda kekal cergas dan aktif, serta membantu membakar kalori dari kek keju yang enak itu!

Lengkapkan pengalaman Tom and Jerry anda dengan pelbagai rancangan istimewa di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD). Dari 31 Mei hingga 4 Jun, jangan ketinggalan mengikuti episod baharu Tom and Jerry Show pada jam 11.30 pagi, dengan tayangan filem istimewa Tom and Jerry: Willy Wonka and the Chocolate Factory pada 4 Jun, jam 12.30 tengah hari. Untuk lebih aksi kucing-dan-tikus, bolehlah menstrim tayangan di HBO GO untuk menonton Tom and Jerry pada bila-bila masa, di mana sahaja!

Akhir sekali, tiada peminat sejati yang akan melepaskan peluang untuk menambah barangan Cartoon Network terbaharu dalam koleksi mereka. Berikut adalah antara pilihan terkini yang ada di Malaysia:

Penulis: Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.