Selain perlu berhati-hati dengan peralatan tajam dan periuk panas, sebenarnya dapur gas kaca yang kita gunakan di dapur juga boleh mengundang bahaya kepada seisi rumah.

Hampir setiap hari kita mendengar tentang kes-kes yang melibatkan dapur gas kaca yang secara tiba-tiba meletup atau pecah. Bagaimanakah kejadian seperti ini boleh berlaku dan bagaimana pula untuk membendungnya?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai keburukan dapur gas kaca yang perlu anda tahu bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga di rumah.

Keburukan dapur gas kaca

Keburukan dapur gas kaca

Walaupun dapur gas kaca ini adalah salah satu dari teknologi terkini tetapi tidak dinafikan ianya juga mempunyai keburukan yang tertentu.

Berikut ini adalah antara keburukan dapur gas kaca yang perlu anda tahu.

1. Bukan kos efektif

Harga dapur gas kaca agak mahal jika hendak dibandingkan dengan dapur elektrik asas atau dapur keluli tahan karat yang lain.

2. Perlukan penjagaan khusus

Salah satu keburukan dapur gas kaca yang merumitkan adalah ia memerlukan penjagaan khas yang tertentu.

Dapur ini tidak boleh dibersihkan menggunakan pembersih biasa kerana ia berisiko menyebabkan calar. Sebaiknya ia dibersihkan dahulu menggunakan krim pembersih khas.

3. Mudah pecah

Oleh kerana dapur gas ini diperbuat daripada kaca, maka ia mudah pecah apabila tidak dikendalikan dengan betul dan berhati-hati.

Biasanya, dapur ini boleh retak apabila berlaku perbezaan suhu atau ada objek berat yang terjatuh atasnya.

4. Tidak mudah panas

Memandangkan periuk atau kuali tidak akan bersentuhan dengan penunu api, ia akan mengurangkan kemampuannya untuk memerangkap haba bagi tujuan memasak.

Akibatnya, sesetengah sajian mungkin mengambil masa yang lebih lama daripada biasa. Kita mungkin terpaksa mengubah kaedah memasak untuk beberapa resipi untuk mencapai hasil yang diingini.

5. Memerlukan peralatan memasak yang beralas rata

Tidak seperti dapur gas biasa di mana masakan boleh dimasak dalam mana-mana jenis peralatan memasak seperti periuk atau kuali. Bagi dapur gas kaca sebaliknya, ia memerlukan jenis periuk atau kuali yang mempunyai alas yang rata.

Elakkan dari menggunakan permukaan periuk atau kuali yang bulat kerana ini akan mengurangkan lagi kawasan sentuhan dengan haba.

6. Memerlukan peralatan memasak dengan saiz yang sesuai

Keburukan dapur gas kaca

Faktor saiz sesuatu peralatan memasak bukanlah satu perkara yang besar sebenarnya.

Namun sangat disarankan agar kuali atau periuk yang digunakan untuk memasak di dapur gas kaca ini sebesar kawasan penunu yang dipanaskan.

Hal ini bagi memastikan pemindahan haba dapat dilakukan secara maksimum meliputi seluruh peralatan memasak yang kita gunakan.

7. Kotoran yang sukar untuk dibersihkan

Untuk menghilangkan kesan degil, anda mungkin perlu menggosak kawasan yang kotor itu berulang kali.

Noda kotoran mungkin menjadi tidak kelihatan, tetapi sukar untuk memulihkan sepenuhnya kawasan pembakar.

Sekiranya makanan telah dibakar lebih lama daripada masa yang diingini, potensi untuk kotoran hitam hilang amatlah mustahil.

Tips elak dapur kaca cepat pecah

Tadi kita sudah memahami antara keburukan dapur gas kaca yang berisiko tinggi untuk membahayakan seisi keluarga.

Maka tidak hairanlah sesetengah orang mengelar dapur ini sebagai bom jangka kerana banyak kes yang terjadi, dapur kaca mereka tiba-tiba meletup tidak semena-mena.

Sebenarnya kita boleh praktikkan cara yang betul untuk elak dapur kaca cepat pecah dan kekal selamat semasa digunakan.

Terdapat beberapa tips mudah yang boleh anda buat. Antaranya adalah seperti:

1. Jangan lap dapur yang sedang panas

Jangan sesekali lap dapur ketika ianya masih panas. Biarkan dapur sejuk, barulah kita boleh mencucinya atau lap sehingga bersih.

2. Jangan memasak lebih dari kapasiti

Dapur kaca membawa nilai estetika yang tinggi kepada keseluruhan dapur. Banyak orang menggunakannya sebagai elemen yang menampakkan lagi dapur rumah cantik.

Justeru itu, amatlah tidak sesuai untuk kita masak sesuatu yang besar dan berat atas dapur ini. Ia tidak mampu untuk menyokong beban berat melebihi kapasiti yang ditetapkan.

3. Hadkan penggunaan

Hadkan penggunaan dapur gas kaca dalam tempoh masa yang pendek. Jika kita perlu masak atau rebus masakan yang lebih berat dan memerlukan masa yang lama untuk siap, digalakkan untuk kita menggunakan dapur mudah alih sahaja.

4. Kawal suhu

Elakkan dari menggunakan suhu yang maksimum setiap kali masak. Selain ia boleh mengurangkan risiko dapur pecah, kawal suhu secara berhemah juga mampu memberi penjimatan yang banyak.

5. Buka ruangan bawah dapur

Aliran udara yang baik penting bagi memastikan suhu panas ketika memasak dapat dialirkan dengan baik.

Cara ini serba sedikit dapat mengurangkan risiko dapur gas kaca pecah secara tiba-tiba.

6. Pemilihan jenama yang berkualiti

Jenama popular mungkin tidak memainkan peranan yang penting dalam pemilihan dapur gas kaca yang tepat.

Namun begitu, kualiti jenama memberi nilai tambah bagi menambah ketahan dapur bagi tempoh yang tertentu.

Selain dari keburukan dapur gas kaca ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan barang-barang di dapur seperti:

Sumber:

  1. Learn About Glass Top Gas Stove Disadvantages & Drawbacks. Mishry
  2. The Dangerous Mistake You Might Be Making With Your Stovetop. The Spruce
  3. Dapur Kaca Tak Tahan Lama? Ini Tip Elak Dapur Anda Dari Pecah Berderai. Rasa

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.