Kalori Telur Rebus
Telur rebus amat baik penggunaannya bagi mereka yang mengamalkan diet. Selalunya ia diambil pada waktu pagi atau tengahari bagi mereka yang menjaga dan…

Ringkasan Ringkas
- Satu biji telur rebus seberat 50 gram mengandungi 77 kalori, 6.3 gram protein, 5.3 gram lemak dan pelbagai vitamin.
- Kaedah memasak mempengaruhi kalori; menggoreng telur akan menambahkan jumlah kalori berbanding merebusnya.
- 77 kalori boleh dibakar dengan berenang 6 minit, jogging 9 minit, mengayuh basikal 12 minit atau berjalan kaki 21 minit.
- Kebaikan telur rebus termasuk meningkatkan metabolisma, berkhasiat serta baik untuk kesihatan otak dan mata.
- Amalan diet telur rebus menggalakkan pengambilan pada sarapan (2-3 biji) untuk mengurangkan karbohidrat.
Telur rebus amat baik penggunaannya bagi mereka yang mengamalkan diet. Selalunya ia diambil pada waktu pagi atau tengahari bagi mereka yang menjaga dan membina badan terutamanya lelaki yang sering bersukan. Dengan cara yang betul dan konsisten telur rebus dapat membantu menurunkan berat badan kita. Ia mengandungi nutrien, protein dan lemak sihat. Tahukah anda, kandungan sebiji telur rebus bersaiz seberat 50 gram. Jom lihat kalori telur rebus.

Imej via travel.kompas
- Kalori: 77
- Karbohidrat: 0.6 gram
- Jumlah lemak: 5.3 gram
- Lemak tepu: 1.6 gram
- Kolesterol: 212 mg
- Protein: 6.3 gram
- Vitamin A: 6% daripada Elaun Diet yang Disyorkan (RDA)
- Vitamin B2 (riboflavin): 15% daripada RDA
- Vitamin B12 (cobalamin): 9% daripada RDA
- Vitamin B5 (asid pantotenik): 7% daripada RDA
- Fosfor: 86 mg, atau 9% dari RDA
- Selenium: 15.4 mcg, atau 22% dari RDA
Pernyataan di atas hanya tertaluk jika telur itu direbus. Jika anda pilih untuk menggoreng, jumlah kalori pada telur akan berubah (bertambah).

Imej via food.detik
Cara Membakar 77 Kalori:
- Mengayuh basikal: 12 minit
- Berjalan kaki: 21 minit
- Jogging: 9 minit
- Berenang: 6 minit
Kebaikan Kandungan Telur Rebus:
- Berkhasiat
- Meningkatkan metabolisma
- Kaya dengan nutrisi
- Tinggi kolesterol tetapi tidak meningkatkan risiko penyakit jantung
- Baik untuk kesihatan otak dan mata
Cara Diet Dengan Telur Rebus
Telur rebus juga amat membantu untuk mengamalkan diet. Pastikan mengambil telur rebus ketika sarapan. Jangan mengambil porsi lebih dari dua atau tiga biji telur sehari. Waktu tengah hari adalah 2 biji. Malam pula sebiji. Pastinya ia diambil bersama protien yang lain. Tujuan memakan telur rebus adalah untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat selaras dengan kalori telur rebus tersebut. Jom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng.
Rujukan:
- Kalori Telur Rebus https://kalorimakanan.com/kalori-telur-rebus
- Nutrition Boiled Egg Nutrition. www.healthline.com/nutrition/boiled-egg-nutrition#nutrition
- Eggs Weight Loss Food www.healthline.com/nutrition/eggs-weight-loss-food