Mee goreng merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran bagi kita semua. Mee goreng juga amat terkenal di beberapa negara seperti Indonesia, Singapura dan juga negara kita, Malaysia. Mee goreng biasanya boleh didapati di restoran, warung dan gerai mamak di rata-rata negara yang menjadikannya sebagai salah satu makanan rutin.

Mee goreng diperbuat daripada rebusan mee kuning yang kemudiannya digoreng dengan udang, sotong, ayam, cili, telur, tomato dan juga bawang. Sememangnya terbukti bahawa mee goreng ini amat sedap di makan, namun pernahkah anda terfikir tentang kalori di dalam mee goreng tersebut? Jadi, jom kita ketahui tentang kandungan kalori mee goreng tersebut.

kalori mee goreng

Imej via [remaja]

Kalori Mee Goreng: 750

  • Lemak : 43 gram
  • Protein : 27 gram
  • Karbohidrat : 107 gram
  • Sodium : 707 miligram
  • Fiber : 7 gram
  • Gula : 11 gram
  • Potassium : 841 miligram
  • Kolestrol : 210 miligram

Penyataan di atas hanya tertakluk kepada saiz hidangan 290 gram sahaja. Sekiranya hidangan tersebut makin bertambah, maka kalorinya juga akan makin bertambah.

Cara Membakar 750 Kalori

  • Berbasikal : 1.9 jam
  • Berlari : 1.2 jam
  • Mengemas rumah : 4.6 jam
kalori mee goreng

Imej via [makanlena]

Keburukan Kerap Memakan Mee Goreng

  • Obesiti
  • Meningkatkan paras kolestrol dalam darah
  • Menaikkan tekanan darah
  • Kegagalan buah pinggang
  • Sakit jantung

Cara Memakan Mee Goreng Dengan Sihat

Bagi mengurangkan segala kalori yang terdapat pada mee goreng, disarankan membuang terlebih dahulu minyak pada mee tersebut dengan membasuhnya dan merebusnya terlebih dahulu. Kemudiannya, mengurangkan penggunaan garam, minyak dan gunakan ayam sebagai bahan gantian kepada udang, sotong dan daging. Penggunaan bahan perencah lain dan juga sos juga perlu diminimumkan.

Jom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak.

Rujukan

  1. Mee Goreng Oh Mee Goreng.  https://www.facebook.com/Stayfit.my/posts/mee-goreng-oh-mee-goreng-1-kalori-dalam-sepinggan-mee-gorengberdasarkan-data-dar/311852498924991/
  2. Malaysia Mee Goreng.  https://www.myfitnesspal.com/food/calories/mee-goreng-561057779
  3. Kalori Mee Goreng.  https://kalorimakanan.com/kalori-mee-goreng

 

Penulis: zulrina

Avatar

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.