Roti adalah makanan tidak asing lagi pada waktu sarapan pagi. Ia juga sering dimakan untuk penurunan berat badan. Karbohidrat yang terdapat di dalam kandungan roti juga amat bagus untuk tubuh badan dan menjadi sebahagian daripada kumpulan dalam piramid makanan yang sihat.
Jika pengambilannya secara berlebihan, ia boleh meningkatkan kalori dalam badan. Sekeping roti juga dapat menambahkan karbohidrat dan kalori dengan cepat di dalam badan jika tidak berhati-hati. Baiklah, jom kita lihat kalori roti.
Bagi anda yang ingin mengamalkan diet dengan roti, anda haruslah memilih roti yang skala Indeks Glisemiknya (GI) adalah sangat rendah. Jadi, semakin tinggi nilai indeks glasemik, semakin banyaklah tahap gula yang terkandung. Roti yang sememangnya sesuai untuk diet adalah skala GI 46, yang sememangnya kaya dengan serat dan sumber vitamin.
Jom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak.