Makanan yang tersenarai paling tinggi sebagai pilihan rakyat Malaysia untuk bersarapan pagi adalah nasi lemak. Ia juga merupakan makanan kegemaran ramai masyarakat Malaysia. Dek kerana diminati, ada juga gerai-gerai yang menjual nasi lemak di waktu tengah hari dan malam. Nasi lemak juga bukan terkenal di Malaysia, malah di negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Indonesia. 

Selalunya, nasi lemak  disediakan dengan nasi yang dimasak dengan santan, kemudian disajikan dengan sambal, ikan bilis goreng, telur rebus dan hirisan timun. Namun, ia telah diinovasikan agar lebih meriah, ada yang makan dengan ayam goreng, sotong, udang dan lebih unik nasi lemak lobster. Adatnya, nasi lemak sering dihidangkan di atas daun pisang untuk menaikkan aroma wangiannya.

kalori nasi lemak

Imej via [rotinrice]

Kandungan Kalori Nasi Lemak

Jom kita lihat akan kadar kalori bagi sebungkus mengikut purata biasa penjual nasi lemak di Malaysia.

  • 1 set (200 g)
  • 1 senduk nasi lemak 
  • 1 sudu makan sambal ikan bilis 
  • 1/4 biji telur rebus 
  • 3 hiris timun

Total Kalori: 340 kalori

Cara Membakar 340 Kalori

  • Berjalan – 108 minit
  • Berenang – 32 minit
  • Jogging – 45 minit
kalori nasi lemak

Imej via [sabahtourism]

Pakar pemakanan telah mengkategorikan nasi lemak sebagai makanan yang tidak begitu sesuai untuk dimakan setiap hari kerana tinggi kalori dan lemaknya.

Ketika Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah menggariskan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi dan juga mudah serta siap dihidangkan.

Jom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak.

Rujukan

https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d76354f8f2.pdf

https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak

https://kalorimakanan.com/kalori-nasi-lemak

 

Penulis: zulrina

Avatar

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.