Kalori Nasi Putih
Pernahkah anda mendengar tips diet mudah hanya dengan meninggalkan nasi? Adakah ia membantu ataupun ia merupakan diet tidak seimbang? Sebenarnya, ya. Ia…

Ringkasan Ringkas
- Satu cawan beras yang dimasak (158g) mengandungi 205 kalori.
- Antara cara membakar 205 kalori adalah berjalan selama 55 minit atau berlari 20 minit.
- Menggantikan nasi putih dengan karbohidrat kompleks seperti oatmeal dan beras merah dapat membantu diet.
- Mengurangkan nasi putih dapat menurunkan berat badan serta risiko sindrom metabolik.
- Karbohidrat sederhana seperti roti dan pasta juga perlu dielakkan kerana kalorinya hampir sama dengan nasi.
Pernahkah anda mendengar tips diet mudah hanya dengan meninggalkan nasi? Adakah ia membantu ataupun ia merupakan diet tidak seimbang? Sebenarnya, ya. Ia sangat membantu. Hal ini kerana kebiasaannya satu nasi mempunyai berat sejumlah 187 gram. Sekiranya anda hanya makan dan tidur, jika anda tidak bersenam cukup 10 kali, makan berat anda akan naik 1 kg. Namun susah untuk meninggalkan nafsu makan nasi kerana makanan asasi negara kita merupakan beras dan gandum. Tambahan pula, terdapat pelbagai lauk pauk yang memikat selera citarasa kita seperti sambal belacan, ikan keli, ayam bakar dan lain-lain lagi. Justeru, bagaimana cara untuk menghapuskan kalori nasi putih dalam tubuh badan kita! Kandungan bagi satu cawan beras yang dimasak bersamaan 158 g. Ia mengandungi kalori sebanyak 205.

Imej via hiloved
- Kalori: 205
- Jumlah Lemak: 0.4 gram
- Lemak Tepu: 0.1 gram
- Lemak tak jenuh ganda: 0.1 gram
- Lemak tak jenuh tunggal: 0.1 gram
- Kolesterol: 0 mg milligrams
- Natrium: 1.6 mg miligram
- Kalium: 55 mg miligram
- Jumlah Karbohidrat: 45 gram
- Serat Makanan: 0.6 gram
- Gula: 0.1 gram
- Protein: 4.3 gram
- Kalsium: 1.2%
- Besi: 11%
Cara Membakar 205 Kalori:
- Berjalan (3mph) -55 minit
- Berlari (6mph) -20 minit
- Berbasikal (10mph)- 28 minit
Cara Diet Dengan Nasi Putih
Ketika anda meninggalkan makan nasi, anda harus perbanyakkan mengambil karbohidrat kompleks seperti oatmeal, beras merah dan beras cokelat yang lebih bernutrisi. Selain itu, anda juga perlu meninggalkan jenis karbohidrat sederhana selain nasi seperti roti dan pasta. Ini kerana kalori roti hampir sama seperti nasi.

Imej via klikdokter
Manfaat Diet Nasi Putih
Kalori nasi putih agak berat dimana tidak sesuai dimakan dalam kadar yang banyak sekiranya anda ingin mengamalkan diet. Sama ada skip nasi atau ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja tiada masalah. Manfaat diet nasi putih adalah ia dapat menurunkan berat badan dengan mudah dan baik bagi pesakit jantung. Selain itu, tidak mengambil kalori nasi putih juga dapat menurunkan risiko sindrom metabolik anda. Sindrom metabolik adalah faktor yang boleh membahayakan kepada keadaan kesihatan anda, seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan strok. Mulai sekarang, anda boleh buat keputusan untuk ambil berapa banyak jumlah nasi yang anda perlukan. Jom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng.
Rujukan:
- Kalori Makanan. https://kalorimakanan.com/kalori-nasi
- Cooked white rice. https://www.nutritionix.com/food/cooked-white-rice
- Turunkan berat badan dengan diet nasi. https://www.sehatq.com/artikel/turunkan-berat-badan-dengan-diet-nasi