Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Kalori Nasi Lemak

Makanan yang tersenarai paling tinggi sebagai pilihan rakyat Malaysia untuk bersarapan pagi adalah nasi lemak. Ia juga merupakan makanan kegemaran ramai…

KesihatanDikemas kini 2 Oktober 2020oleh zulrina
Sebungkus nasi lemak tradisional dengan sambal, ikan bilis, telur rebus dan timun.

Ringkasan Ringkas

  • Nasi lemak lazimnya terdiri daripada nasi santan, sambal, ikan bilis goreng, telur rebus dan hirisan timun.
  • Purata kandungan kalori untuk satu set nasi lemak (200g) adalah sebanyak 340 kalori.
  • Kalori 340 boleh dibakar dengan berjalan selama 108 minit, berenang 32 minit atau jogging 45 minit.
  • Pakar pemakanan mengkategorikan nasi lemak sebagai makanan berkalori tinggi dan tinggi lemak.
  • Nasi lemak diiktiraf sebagai makanan segera dan tidak sesuai untuk dimakan setiap hari.

Makanan yang tersenarai paling tinggi sebagai pilihan rakyat Malaysia untuk bersarapan pagi adalah nasi lemak. Ia juga merupakan makanan kegemaran ramai masyarakat Malaysia. Dek kerana diminati, ada juga gerai-gerai yang menjual nasi lemak di waktu tengah hari dan malam. Nasi lemak juga bukan terkenal di Malaysia, malah di negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.  Selalunya, nasi lemak  disediakan dengan nasi yang dimasak dengan santan, kemudian disajikan dengan sambal, ikan bilis goreng, telur rebus dan hirisan timun. Namun, ia telah diinovasikan agar lebih meriah, ada yang makan dengan ayam goreng, sotong, udang dan lebih unik nasi lemak lobster. Adatnya, nasi lemak sering dihidangkan di atas daun pisang untuk menaikkan aroma wangiannya.

kalori nasi lemak

Imej via rotinrice

Kandungan Kalori Nasi Lemak

Jom kita lihat akan kadar kalori bagi sebungkus mengikut purata biasa penjual nasi lemak di Malaysia.

  • 1 set (200 g)
  • 1 senduk nasi lemak 
  • 1 sudu makan sambal ikan bilis 
  • 1/4 biji telur rebus 
  • 3 hiris timun

Total Kalori: 340 kalori

Cara Membakar 340 Kalori

  • Berjalan - 108 minit
  • Berenang - 32 minit
  • Jogging - 45 minit

kalori nasi lemak

Imej via sabahtourism

  Pakar pemakanan telah mengkategorikan nasi lemak sebagai makanan yang tidak begitu sesuai untuk dimakan setiap hari kerana tinggi kalori dan lemaknya. Ketika Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah menggariskan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi dan juga mudah serta siap dihidangkan. Jom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak.

Rujukan

https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d76354f8f2.pdf https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak https://kalorimakanan.com/kalori-nasi-lemak