Kalori Ayam Dan Bahagian Ayam
Kalori ayam berbeza-beza mengikut cara penyediaannya dan juga pada bahagian-bahagian ayam tersebut. Tiap-tiap bahagian mengandungi kalori yang berbeza.…

Ringkasan Ringkas
- Kalori dan nutrisi ayam berbeza-beza bergantung pada bahagian ayam dan cara penyediaannya.
- Satu ketul paha ayam mengandungi kira-kira 140 kalori, 14 gram protein dan 9 gram lemak.
- Ayam ialah sumber protein rendah lemak yang kaya dengan selenium, fosforus, vitamin B6 dan niasin.
- Membakar atau merebus ayam adalah cara penyediaan paling sihat berbanding menggoreng atau menggunakan mentega.
- Bahagian dada ayam paling sesuai untuk diet kerana kandungan proteinnya yang tinggi dapat membantu berasa kenyang lebih lama.
Kalori ayam berbeza-beza mengikut cara penyediaannya dan juga pada bahagian-bahagian ayam tersebut. Tiap-tiap bahagian mengandungi kalori yang berbeza. Justeru, cara menyediakan ayam itu memainkan peranan yang penting. Jika dimasak dengan cara yang betul maka akan baiklah untuk kesihatan sekaligus dapat membantu anda berdiet. Jom lihat kalori ayam bagi kandungan nutrisi ayam 1 ketul bahagian paha.

Imej via merdeka
- 140 kalori
- 14 gram protein
- 0 gram karbohidrat
- 9 gram lemak
- 3 gram lemak tepu
- 4 gram lemak tak jenuh tunggal
- 2 gram lemak tak tepu
- dan 275 miligram natrium
Kebaikan Makan Ayam Untuk Kesihatan
Tahukah anda, ayam adalah sumber protein rendah lemak yang memberikan tenaga. Bagi tubuh badan kita, ayam juga merupakan sumber selenium, fosforus, vitamin B6, dan niasin yang sangat baik berfungsi sebagai nutrien. Selain itu, ayam membantu pembentukan otot. Ia juga mengandungi protein yang tinggi serta membantu memaksimalkan pembentukan otot. Malah dapat meningkatkan metabolisma tubuh badan.

Imej via espaceagro
Cara Menyediakan Ayam Yang Baik Untuk Kesihatan
Cara anda memasak akan mempengaruhi kalori pada zat ayam. Membakar atau merebus ayam merupakan salah satu cara terbaik untuk menyediakan . Menggoreng dan penggunaan mentega atau minyak akan menambah lemak dan kalori yang banyak pada daging ayam. Penggunaan tepung pula akan meningkatkan karbohidrat.
Ayam Membantu Untuk Diet?
Antara protein terbanyak yang terkandung dalam daging ayam, adalah di bahagian dada. Ia sangat baik untuk anda yang sedang mengamalkan diet. Hal ini kerana, protein akan membuatkan anda merasa kenyang tanpa perlu makan banyak. Sekaligus mengurangi rasa mengidam terhadap makanan lain yang tidak sihat. Namun, pastikan ia disediakan dengan cara yang sihat. Jom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng.
Rujukan:
- Bahagian Pemakanan. Bahagian Pemakanan.pdf
- Kalori Ayam Goreng. https://kalorimakanan.com/kalori-ayam-goreng.
- Kalori Dan Pemakanan Bahagian Ayam. https://ms.julinse.com/fakta-calorie-dan-pemakanan-untuk-bahagian-ayam-yang-berbeza/