Semua orang pernah mengalami masalah perut buncit sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Namun masalah tersebut berpunca daripada tidak mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Oleh sebab itu, perut menjadi buncit dan agak sukar untuk mengempiskannya semula.
Tetapi lain pula kes wanita yang sudah berkahwin dan bekerjaya. Perut mereka akan menjadi buncit atas faktor-faktor yang tertentu. Wanita mempunyai 5 jenis perut buncit. Apakah jenis-jenisnya ?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai 5 jenis perut buncit yang dialami oleh wanita. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Selepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti anda hamil. Bahagian perut akan kendur, menggelebe dan juga tiada bentuk. Hal ini disebkan otot-otot terbahagi yang menyebabakan rahim dan perut anda melebar ikut perkembangan bayi.
Perkara ini dapat diatasi secara semulajadi dan memakan masa lima hingga tujuh bulan sebelum peut anda kembali seperti biasa.
Stress juga menyebabkan perut buncit. Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini. Buncit jenis ini hanya menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai ke bawah perut. Menurut Dr Marilyn Glnevile penulis Fat Around the Middle, penyebab masalah ini adalah seseorang itu berada dalam situasi stress.
Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.
Bentuk perut seperti ini adalah jenis yang menggelembung. Kebiasannya pada pagi hari perut kempis tapi mengembang selepas makan. Walaupun perut mereka membesar tapi berat badan tidak berubah. Sebab utamanya adalah angin. Ketika makanan yang dimakan menuju ke usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.
Masalah ini dapat diatasi dengan hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan.
Perut tiroid adalah disebabkan kalenjar berbentuk kupu – kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kalenjar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak.
Tanda-tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, metabolisma lambat, dan kaki sejuk. Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan.
Perut seperti ini dimiliki oleh orang yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dengan lemak yang berlebihan di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.
Perut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.
*Berikut adalah 5 jenis perut buncit yang dialami oleh wanita zaman sekarang. Masalah perut buncit boleh dielak jika rajin bersenam dan elakkan pemakanan yang minyak berlebihan. Perbanyakkan makan sayur-sayuran yang segar. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.