Selalu kita makan bubur pulut hitam, pernah atau tidak terfikir dari mana ia datang dan bagaimana ia terhasil? Bagi yang tidak tahu, jom. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda serba sedikit tentang jenis beras pulut hitam yang ada dijual di pasaran dan khasiatnya pada kesihatan.

Apa itu beras pulut hitam?

Beras pulut hitam atau nama saintifiknya (Oryza spp L) berasal dari sejenis padi pulut yang banyak ditanam di Malaysia. Ia dinamakan beras hitam oleh kerana warnanya yang hitam pekat apabila mentah.

Warna hitam ini disebabkan oleh kepekatan pigmen anthocyanin yang ‎terkandung di dalamnya.

Masyarakat tempatan menggunakan pulut hitam untuk dijadikan sajian unik seperti bubur pulut hitam, kuih muih berasaskan pulut hitam dan makanan kesihatan.

Padi pulut umumnya mempunyai dua jenis iaitu pulut hitam dan pulut putih. Menariknya ia bebas gluten dan tidak manis. Apabila dipanggang kering, rasa lembut dan pedas akan mula bertambah menyengat di lidah.

Inilah aspek yang memberi perbezaan ketara antara jenis beras pulut hitam dan beras pulut putih.

Kandungan nutrisi beras pulut hitam

Bagi setiap 1/4 cawan (45 grams) beras pulut hitam, ia mengandungi nutrisi seperti di bawah ini:

  • Kalori: 1.5 grams
  • Lemak: 4 grams
  • Karbohidrat: 34 grams
  • Fiber: 1 grams
  • Iron: 6% dari setiap Daily Value

Jenis beras pulut hitam di pasaran

Umumnya terdapat tiga jenis beras pulut hitam yang ada di pasaran. Berikut adalah huraian bagi setiap jenis yang ada.

1. Beras pulut hitam Thai

Beras pulut hitam adalah beras pulut panjang yang banyak ditemukan di kebanyakkan negara Asia Tenggara.

Bagi makanan tradisional atau juadah pencuci mulut seperti bubur, memang beras ini sangat sesuai digunakan dan menjadi pilihan ramai.

2. Beras Japonica hitam

Beras Japonica hitam adalah campuran beras Japonica hitam dan beras merah sederhana. Ia bagus untuk membuat salad nasi. Selain daripada itu, ia juga merupakan makanan ruji dalam diet pemakanan orang Jepun.

Bentuknya pendek dan hampir bulat. Apabila dimasak, nasinya akan berderai tetapi tekturnya lembut dan sedikit melekit jika handak dibandingkan dengan beras yang lain.

3. Beras hitam Cina

Beras hitam Cina ditanam di negara China dan banyak dimakan sebagai bubur. Jenis beras hitam ini tidak melekat seperti beras hitam yang lain.

Menurut kepercayaan masyarakat mereka, mereka percaya akan khasiatnya yang berupaya mengubati berbagai jenis penyakit, dan amat baik untuk ‎kesihatan ginjal, perut dan hati.

Nama lain bagi beras ini adalah “beras terlarang”. Kedengaran agak pelik tetapi uniknya nama ini diambil sewaktu pemerintahan Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing di China dulu, dimana beras ini hanya ‎milik maharaja.

Rakyat biasa tidak boleh memakan beras ini atau jika tertangkap mereka akan dihukum mati.

Perbezaan beras hitam dan beras perang

Beras HitamBeras Perang
Mempunyai rasa nutty dan tanah yang kuat dan masa memasak yang lebih lama.Mempunyai tekstur kenyal dan rasa kekacang (nutty) serta masa memasak yang lebih lama.
Mempunyai indeks glisemik rendahMempunyai indeks glisemik sederhana
Mengandungi lebih banyak antioksidan daripada beri tetapi kurang gula dan lebih banyak serat.Kaya dengan nutrien, penuh dengan magnesium, tiamina, zat besi, dan zink.

Khasiat beras pulut hitam dalam kehidupan

Khasiat pada beras pulut hitam menjadikan ia pilihan yang digemari oleh ramai orang. Masyarakat Cina zaman dulu malah turut mengakui khasiat yang ada padanya.

Antara khasiat yang sering dikaitkan dengan beras pulut hitam adalah seperti:

  • Lebih tinggi protein berbanding beras perang
  • Sarat dengan serat dan zat besi serta rendah lemak
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dari semua jenis beras
  • Meningkatkan kesihatan jantung dan boleh mencegah kanser
  • Bebas gluten
  • Menggalakkan kesihatan mata yang baik

Selain dari info mengenai jenis beras pulut hitam ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain seperti:

Rujukan:

  1. Black Rice (Black Sticky Rice). Rasa Malaysia
  2. Black Rice. Nurago
  3. 11 Surprising Benefits and Uses of Black Rice. Healthline

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.