Tanggungjawab seorang ayah amat besar dan perlu dilaksanakan untuk membimbing keluarga. Bukan calang-calang orang yang boleh menjadi ayah dan ketua keluarga. Oleh sebab itu, sebelum mendirikan keluarga, seseorang lelaki itu perlu tahu pengetahuan asas dan agama yang teguh sebelum mendirikan sebuah keluarga.

Di mata anak-anak, ayah adalah hero mereka yang sentiasa ada semasa mereka susah dan memerlukan bantuan. Ayah yang selalu menjadi idaman anak-anak adalah ayah yang sekuat hero seperti ‘Superman’. Gelaran ‘Superman’ yang diberikan kepada seorang ayah adalah salah satu pujian yang diidam oleh semua ayah di seluruh dunia.

Apakah ciri-ciri seorang ayah ‘Superman’ yang menjadi idaman anak-anak dan isteri?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri-ciri ayah ‘Superman’ di mata keluarga dan anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Ciri-ciri ayah ‘Superman’ di mata keluarga dan anak-anak

ayah superman
Imej via Bidadari.my

Terdapat 2 ciri ayah ‘Superman’ yang ayah-ayah lain boleh contohi. Ciri-ciri seorang ayah ‘Superman’ adalah ayah yang ada AUTHORITY :

  • Kawalan emosinya hebat
  • Punyai self-control yang kuat
  • Nada suaranya tegas tetapi penyayang
  • Banyak mendengar daripada memarahi

Ayah yang dihormati dan disegai anak juga adalah ayah yang ada CREDIBILITY :

  • Dia cakap apa yang dia buat
  • Dia larang apa yang dia sendiri hindari
  • Dia elakkan berbohong pada anaknya sendiri
  • Dia utamakan keluarga dibandingkan kawan kawannya
  • Dia utamakan agamanya melebihi segala galanya

*Ayah yang baik adalah ayah yang ada masa untuk anak-anak dan mengajar mereka tentang ilmu dunia dan agama dengan betul. Oleh itu, sebagai seorang ayah, kita perlu bijak membahagikan masa antara kerja, keluarga dan kawan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.