Jenama santan kotak yang menjadi pilihan suri rumah. Suri rumah mesti pening banyak makanan yang perlu gunakan santan. Kalau duduk dekat kampung, boleh dapat santan yang masih segar, tapi kalau dekat kawasan bandar, tidak banyak kedai yang jual santan fresh. Disebabkan hal ini, ramai yang mula menggunakan santan kotak untuk masakan yang memerlukan santan.
Terdapat banyak jenama santan yang mula dkiperkenalkan dan juga menjadi kegemaran ramai orang. Senarai di bawah menunjukkan antara jenama santan kotak yang dapat anda gunakan dan mempunyai ciri-ciri masing-masing.
Kara merupakan antara jenama santan yang terkenal disebabkan kepekatan santannya. Santan ini sering dicari apabila mahu memasak rendang. Lagi-lagi bila dah tiba waktu raya puasa. Lebih menarik lagi, disebabkan santannya yang pekat, anda boleh campurkan dengan air dan jumlah santan lebih banyak dari jenama santan yang lain.
Harga santan ini ialah RM 2.85 untuk kotak 200ml. Bagaimanapun, santan ini terdapat dalam beberapa pek yang mempunyai jumlah yang berbeza. Antaranya ialah 65 ml, 500ml dan 1 liter. Sekiranya anda sukakan santan yang cair, anda boleh menyukat jumlah air dengan menggunakan kotak santan yang sama. Memang berbaloi kalau beli!
Kalau santan KARA tadi terkenal kerana kepekatannya, santan jenama ini pula dikenali disebabkan rasa santannya yang berlemak. Jika anda sukakan rasa santan yang kaya dengan lemak, brand ini mungkin menjadi pilihan hati anda.
Rasa santan ini sama dengan rasa santan sebenar. Disebabkan itu, jenama santan kotak ini menjadi pilihan ramai orang. Harga untuk 1 santan kotak ini adalah RM 3.29 untuk kotak 200 ml.
Jenama ini pernah dikenali disebabkan iklan televisyennya. Jika anda ingin buat kuih, santan ini mungkin sesuai untuk digunakan. Teksturnya yang tidak pekat dan tidak cair menjadikannya sesuai untuk mereka yang mahu membuat kuih yang perlu menggunakan santan.
Harga untuk 1 kotak yang berkuantiti 200ml ialah RM 3.49. Santan ini juga merupakan santan yang rendah kalori. Anda yang cuba untuk turunkan berat badan mungkin akan memilih santan ini sebagai bahan masakan anda.
Jenama santan kotak ini sering digunakan sebagai penambah rasa untuk masakan kari, sup dan pencuci mulut. Harganya yang murah juga menjadi pilihan ramai orang terutamanya mereka yang bujang.
Jenama ini juga merupakan produk SPM dan buatan Malaysia. Santan ini boleh didapati dalam 2 saiz iaitu 200ml dan 1000ml. Harga untuk sekotak santan yang berkuantiti 200ml adalah sebanyak RM 3.49.
Jenama santan kotak S&P ini juga merupakan salah satu jenama santan kotak yang dikenali ramai. Selain untuk masakan harian, santan ini sesuai untuk mereka yang suka menghasilkan dessert. Santan yang dikeluarkan sejak 1983 ini adalah santan yang mempunyai rasa 100% sama dengan santan semula jadi.
Santan ini sesuai jika anda mahu membuat kek, pengat mahupun kari. Harga untuk sekotak santan yang berkuantiti 200ml ialah RM 3.20.
Siapa yang tak kenal dengan jenama ADABI ini. Bukan sahaja rempah-rempahnya yang sedapd an berbaloi untuk dibeli, malah kini terdapat santan atas jenamanya. Santan kotak ini diproses segar dengan kualiti sesuai bagi mereka yang ingin menggunakannya untuk masakan kari, nasi lemak dan pelbagai manisan.
Harga untuk sekotak santan yang berkuantiti 200ml adalah RM 4.10. Anda perlu goncang sebelum gunakannya dan sekiranya anda ingin menyimpan baki santan, anda boleh memasukkannya ke dalam bekas tertutup dan memasukkannya ke dalam peti sejuk. Diingatkan juga, anda perlu habis menggunakannya dalam tempoh 3 hari selepas dibuka.
Santan segar yang pekat dan berlemak ini merupakan salah satu jenama santan kotak yang menjadi pilihan ramai. Kandungan bahannya yang tidak mempunyai pewarna dan penambah rasa yang lain menyebabkan santan ini disukai para suri rumah.
Rasa santan ini juga seakan santan asli dan mudah untuk digunakan. Anda juga boleh menyimpan santan ini lebih lama dari jenama santan kotak yang lain. Harga santan ini juga sangat berpatutan iaitu RM 3.30 untuk yang berkuantiti 200ml.
Jenama santan yang satu ini merupakan santan segar yang diekstrak dari kelapa asli tanpa bahan pengawet. Menariknya lagi, santan ini bebas kolestrol dan sesuai untuk digunakan untuk masakan harian mahupun cendol, kuih-muih, bubur dan banyak lagi manisan. Harga santan ini adalah RM 2.20 untuk kotak yang berkuantiti 200ml.
Santa jenama baru ini sama dengan santan kotak yang lain tetapi mempunyai banyak kebaikan yang lain seperti bebas gluten, bebas kolestrol, bebas lemak trans serta bahan pengawet dan pewarna tiruan.
Warna santannya yang seperti warna susu menjadikan santan ini sebagai santan jenama kotak yang semakin naik dalam kalangan suri rumah. Menariknya lagi, jenama santan ini disediakan dalam 2 bentuk iaitu serbuk dan cecair. Harga bagi sekotak santan yang berkuantiti 200ml ialah RM 2.23.
Jenama yang terekenal dengan minyak masaknya yang berkualiti, kini menyediakan produk santan kelapa atas jenama SAJI. Jenama santan kotak ini tidak lagi diragui dengan rasa santan sebenar yang berlemak dan sesuai digunakan untuk semua jenis masakan.
Aroma santan yang segar serta bebas dari bahan pengawet dan penambah perisa cuup untuk menjadikannya antara jenama santan kotak yang diminati ramai. Harga sekotak santan adalah RM 2.99.
Banyak masakan di Malaysia yang memasukkan santan ke dalam masakan mereka. Tidak kiralah sama ada Melayu, India mahupun Cina. Hal ini kerana dengan memasukkan santan, masakan akan menjadi lebih sedap dan kaya dengan rasa berkrim. Harga santan yang tidak terlalu mahal juga menjadikannya pilihan para suri rumah.
Tidak dinafikan untuk mendapatkan santan yang segar pada masa kini sangat susah menyebabkan banyak syarikat mula menghasilkan santan kotak jenama mereka sendiri. Penggunaan santan kotak juga dapat menjimatkan masa yang diluangkan oleh para suri rumah ketika mahu menyediakan makanan. Mungkin ini menjadi salah satu sebab jenama santan kotak mula naik dan dibeli oleh orang ramai.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:
Rujukan: