Jenama probiotik yang bagus pastinya menjadi pilihan mereka yang mempunyai masalah sistem imun lemah. Probiotik merupakan sejenis suplemen yang membantu untuk sistem pencernaan. Suplimen ini juga merupakan bakteria baik yang digunakan untuk manfaat kesihatan. Probiotik terdapat dalam pelbagai bentuk pil.
Terdapat banyak manfaat menggunakan probiotik yang baik untuk badan. Antara manfaat yang utama ialah dapat meningkatkan sistem imun. Penggunaan probiotik yang utama ialah dapat mengimbangkan bakteria baik dan bakteria jahat. Hal ini penting untuk memastikan kesihatan usus dan sistem imun yang sempurna.
Penggunaan probiotik juga dapat memberikan kesan imun dengan mengaktifkan sel yang dapat mencegah penyakit. Hal ini seterusnya dapat menghalang berlakunya penyakit usus radang. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa probiotik meningkatkan badan dari terkena penyakit disebabkan oleh sistem imun badan yang lemah.
Jika anda mempunyai sistem badan yang lemah, anda boleh mengambil probiotik bagi meningkatkan sistem imun seterusnya menjadikan badan lebih sihat. Senarai di bawah menunjukkan jenama probiotik yang bagus untuk anda cuba.
Ketidakseimbangan microflora di mana bakteria jahat lebih banyak dari bakteria baik menyebabkan seseorang itu lebih mudah dijangkiti. Probiotik ini mempunyai 18 jenis bakteria yang bagus untuk penghadaman sistem imunisasi badan.
Selain itu, probiotik ini juga mempunyai banyak kebaikan seperti perut kembung, keletihan selepas makan, cirit-birit dan sembelit. Probiotik ini juga perlu diambil satu atau dua biji kapsul selepas makan dan anda juga disarankan untuk mengambilnya pada waktu pagi. Jenama probiotik ini juga telah mendapat pengiktirafan dari KKM. Jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan jenama probiotik ini.
Jika anda mencari makanan tambahan, probiotik Blackmores Probiotics+ Daily Health ini pastinya menjadi pilihan anda. Jenama ini mengandungi lebih daripada 30 bilion jenis bakteria baik yang elok untuk badan. Probiotik ini juga membantu untuk memulihkan pencernaan yang dapat mengekalkan kesihatan usus.
Blackmores juga merupakan probiotik yang dapat melegakan ketidakselesaan akibat masalah penghadaman. Selain itu, probiotik ini juga dapat mengekalkan lapisan mukosa yang terdapat pada sistem pencernaan agar kekal sihat. Jika anda menggunakan probiotik ini secara berterusan, ia dapat menyokong kesihatan badan anda.
Jenis probiotik ini tidak perlu disimpan di tempat yang sejuk. Probiotik ini sesuai untuk orang dewasa. Probiotik ini juga datang dalam bentuk kapsul yang membuatkan ia lebih mudah dimakan.
GKB Kids Probiotic + Vitamin C merupakan jenama probiotik yang bagus untuk kanak-kanak. Sama seperti probiotik Blackmores, probiotik ini juga berfungsi untuk memberikan kesihatan pada usus. Jenis probiotik ini bukan sahaja dapat meningkatkan aktiviti sel pembunuhan semula jadi, mahal dapat memberikan kesihatan yang lebih baik kepada anak-anak anda.
Jenis probiotik yang terdapat dalam produk ini ialah Lactobacillus Paracasei. Berlainan dengan probiotik yang dikhususkan untuk orang dewasa, probiotik ini direka dengan rasa yang sangat sedap. Hal ini pastinya menjadikan pengambilan probiotik lebih mudah. Produk ini juga merupakan antara produk probiotik yang disyorkan oleh ahli farmasi.
Lacto 5 merupakan probiotik yang mempunyai 10 billion bakteria hidup yang baik untuk usus anda. Jenama probiotik ini sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Kesemua senarai bakteria yang terkandung dalam kapsul ini sangat bagus untuk penjagaan usus yang sihat. Lebih menarik lagi probiotik ini juga dapat merawat cirit-birit, sakit perut, kembung perut dan sembelit. Produk ini juga bebas allergen.
Produk ini tidak perlu di simpan di dalam peti sejuk serta dikonsumi selepas makan iaitu sebanyak 1 kapsul. Anda tidak perlu risau kerana produk ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM.
Jenama probiotik ini berfungsi untuk mengimbangkan bakteria yang sihat di dalam usus. Produk ini juga membantu dalam merawat jangkitan gastrik usus dan cirit-birit. Selain itu, probiotik jenis ini juga merangsang tindak balas imun bagi memastikan badan lebih tahan dari terkena penyakit.
Selain itu, Jenama ini juga telah dikaji oleh dua jenis saintis Boston. Hal ini adalah untuk membantu kesihatan usus manusia agar lebih sihat. LactoGG Probiotic sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jenama ini juga sering dijadikan suggestion para dokter di hospital kerana sesuai untuk kegunaan sesisi keluarga.
Kalau bercakap mengenai kesihatan, usus merupakan antara organ yang penting. Hal ini kerana kesemua makanan akan melalui saluran ini untuk dipecahkan kepada mikro-mikro tertentu. Produk USANA ini membantu membawa keseimbangan pada perut anda dan membantu mengekalkan usus yang sihat.
Jenama ini tersenarai di antara jenama probiotik yang bagus untuk kesihatan anda. Probiotik ini juga mengandungi 12 billion bakteria yang terbukti baik dan berkesan secara klinikal. Probiotik ini membekalkan peningkatan baik ke dalam usus dan memastikan sistem berjalan dengan lancar.
Antara kebaikan mengambil probiotik ini ialah dapat menggalakkan penghadaman yang baik serta membantu penyerapan nutrien yang lebih baik. Selain itu, probiotik ini mengatur sistem pencernaa serta menyokong imun yang sihat. Produk ini berbentuk serbuk yang boleh dicampurkan dengan air sejuk mahupun makanan.
Walaupun rasa serbuk probiotik ini manis, serbuk ini bebas dari kandungan gula, gluten dan bebas tenusu. Probiotik ini juga menggunakan sistem penghantaran canggih yang menjamin produk akan kekal berkesan sekurang-kurangnya 18 bulan apabila disimpan pada suhu bilik. Probiotik ini juga mudah didapati, jadi anda boleh membeli di mana-mana sahaja.
Jenama probiotik ini telah disahkan secara klinikal dapat menyokong fungsi sistem imun yang sihat. Antara kebaikan dan fungsi probiotik jenama ini ialah dapat membantu mengekalkan integriti lapisan usus dan menyokong motilitas usus yang betul.
NowFoods Probiotic-10 25 billion termasuk dalam senarai jenis probiotik yang bagus untuk anda. Anda bukan sahaja dapat memastikan kesihatan usus anda, tetapi anda juga dapat bermula dengan pengalaman hidup sihat.
Produk ini juga bebas susu, soya dan gluten yang sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan. Jadi, secara tak langsung, produk ini sememangnya sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan tertentu. Produk probiotik ini hanya boleh didapati di iHerb dan disyorkan antarabangsa
Sekiranya anda mencari probiotik yang murah tetapi membantu memberikan sistem penghadaman yang baik, probiotik jenama 21st Century Probiotics mungkin menjadi pilihan anda. Probiotik ini juga boleh didapati dalam kapsul sayuran bagi memudahkan perut menghadam kapsul.
Kapsul ini juga mengandungi 4 jenis bakteria baik yang berbeza. Kandungan yang terdapat dalam kapsul ini juga dapat membantu proses penghadaman dengan mencerna laktosa dan protein. Probiotik ini juga dapat membersihkan saluran usus dan menggalakkan usus untuk bekerja secara normal.
Lebih penting lagi, Produk ini dapat menghalang dari terkena masalah penyakit gastrik. Kapsul ini dikonsumi selepas makan.
Jenama probiotik yang bagus lain ialah Atomy Probiotics 10+. Tidak dinafikan probiotik dalam bentuk serbuk membuatkan anda lebih mudah untuk mengambilnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, probiotik jenis serbuk boleh dicampurkan kedalam air atau menuangkannya terus ke dalam mulut.
Disamping itu, kelebihan yang terdapat dalam probiotik ini juga adalah dapat menjadikan kulit lebih sihat. Mengambil antibiotik juga dapat mengurangkan selesema kerana sistem imun yang telah dipertingkatkan.
Produk berjenama ini juga mengandungi 3 billion probiotik dengan 13 jenis bakteria dengan fungsi yang berbeza. Bagi orang dewasa, probiotik ini perlu diambil sebanyak 1 paket manakala untuk kanak-kanak, hanya perlu mengambil sebanyak 1 per 4 paket dan remaja adalah sebanyak 1 per 2 peket.
Jika anda mencari jenama probiotik yang sesuai untuk dikonsumsi oleh pelbagai peringkat umur, probiotik MegaFood Megaflora pastinya menjadi pilihan anda. Probiotik ini bukan sahaja dapat membantu sistem pencernaan menjadi lebih baik, namun menjimatkan kos anda untuk membeli probiotik yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Selain itu, probiotik ini mempunyai campuran 14 jenis probiotik unik dengan 20 billion bakteria aktif yang baik untuk usus anda. Anda juga tidak perlu risau dengan bahan kandungan yang digunakan. Hal ini kerana probiotik ini menggunakan bahan yang berasaskan tumbuhan.
Probiotik ini juga disarankan untuk disimpan ke dalam peti sejuk. Anda juga boleh mengambil probiotik ini sekali sehari bersama dengan makanan mahupun minuman. Bilangan kapsul juga sangat banyak iaitu sebanyak 90 kapsul. Jadi anda boleh menggunakannya dengan lama. Memang berbaloi!
Pengambilan probiotik secara berterusan pastinya dapat memberikan kesan yang positif terhadap tubuh badan. Probiotik pada asasnya adalah bakteria baik yang ditugaskan untuk mengimbangi jumlah bakteria jahat yang terdapat di dalam badan kita. Sekiranya anda mempunyai masalah cirit-birit, perut kembung dan masalah perut yang lain, pengambilan probiotik dapat membantu anda.
Senarai di atas merupakan antara jenama probiotik yang bagus untuk anda cuba. Walaupun kesihatan badan sangat penting, 80 peratus dari kesihatan bermula dari usus yang baik. Penggunaan probiotik secara berterus dapat membantu badan anda lebih sihat.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:
Rujukan: