Meluangkan masa bersama anak-anak dapat membantu kita untuk kenali anak-anak dengan lebih rapat. Sebagai contoh, membelikan hadiah untuk mereka, memberi kata-kata semangat, membantu mereka menyiapkan kerja sekolah dan bermain dengan mereka. Perkara-perkara ini dapat membantu mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan anak.

Sesetengah ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak sehingga setiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka, ibu bapa tidak ambil tahu. Ia boleh memberi kesan negatif terhadap anak-anak.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai hindari 5 perbuatan ini dilakukan kepada anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Hindari 5 perbuatan ini dilakukan kepada anak-anak

Imej via Bidadari.my

Terdapat 5 perbuatan yang perlu dihindari ibu bapa untuk dilakukan kepada anak-anak. Antaranya ialah :

1. Bagi anak bersendirian dengan gajet

Kita bukan tak percayakan anak kita tetapi kita tak percayakan kandungan internet yang ada di sekeliling kita.

2. Bagi semua benda yang anak minta

Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita kena didik dan ajar anak bezakan apa itu keperluan dan apa itu kehendak. Anak yang boleh terima bila kita tak tunaikan permintaan mereka, self-control mereka lebih baik.

3. Jangan amalkan bohong anak walau niat untuk mendidik

Akan sampai satu masa anak kita boleh hidu kebohongan kita. Daripada situ kita akan hilang respect mereka terhadap kita. Malah authority dan credibility kita sebagai mak ayah pun boleh pudar di mata anak anak kita.

4. Kita tak bagi anak luahkan emosi mereka langsung

” Eh, anak lelaki mana boleh menangis”” Jangan menangis! Diamlahhhh! Kalau tak diam, mak cubit! “- ini salah satu cara bagaimana kita tak bagi anak kita express emosi mereka tanpa sedar. Sampai masa anak kita akan jadi sangat pemendam dan itu akan sangat bahaya pada kesihatan emosi dan psikologi mereka.

5. Kita bagi anak bebas berkawan tanpa selidik siapa kawan kawan anak kita

Kita kena tahu, masa depan anak kita terletak pada siapa kawan kawan rapat mereka. Kawan kawan adalah Circle anak kita yang sifatnya sangat ‘Contagious dan Influential’ pada mindset dan attitude anak kita. Perangai, pegangan agama dan kelembutan hati dan diri anak kita banyak dipengaruhi oleh kawan kawannya. Walau kita dah didik anak kita sepenuh jiwa raga kita tetapi jika anak kita tersalah pilih kawan, memang habis rosak masa depan.

*Berikut adalah 5 perbuatan yang perlu dihindari ibu bapa daripada dilakukan kepada anak-anak mereka. Anak-anak kita akan mula sensitif apabila usia mereka di peringkat remaja. Jadi, ibu bapa perlu sentiasa ada bersama mereka dan ambil tahu tentang kawan-kawan mereka dengan manjadi kawan kepada anak-anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.