Datang je musim peperiksaan tu, memang bikin sakit kepala yang teramat sangat! Fuhhhhh! Ye lah, dengan pelbagai subjek yang hendak difahami dan dihafal, dengan tempoh masa yang tinggal mengikut susunan jadual peperiksaan.
Lagi teruk apabila perlu menyiapkan kerja latihan yang diberi oleh cikgu pada masa yang sama. Tidak hairanlah jika migraine menyerang gara-gara kepadatan aktiviti yang perlu dibuat dalam tempoh masa tertentu.
Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja? Bukan sahaja stres, migraine pun boleh menyerang mereka hasil tekanan dari majikan, rakan sekerja atau kertas kerja yang berlonggok. Begitu juga dengan suri rumah, harus ada masalah-masalah yang perlu ditangani, boleh juga mendatangkan migraine kepada mereka.
Jadi, mari kita lihat sebuah artikel yang ditulis oleh Dr. Ezairy M.Sallih (pakar ENT), yang menyentuh petua bagaimana hendak berhadapan dengan sakit kepala jika menyerang lagi.
Berikut adalah beberapa petua untuk melegakan sakit kepala:
Ini adalah rawatan sakit kepala yang berkesan untuk sakit kepala seperti migrain, dan dapat membantu meredakan sakit kepala. Duduklah di dalam bilik yang tenang dan gelap dengan mata anda ditutup dan cubalah berehat seketika. Jika perlu, tidur sebentar.
Menggosok dan mengurut-urut bahagian leher dan kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala. Ini sangat membantu untuk sesiapa sahaja. Dapatkan bantuan daripada rakan dan ahli keluarga,
Cuba letakkan pad suam atau kain hangat di leher anda untuk mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan otot dan sebagainya. Jika itu tidak membantu, anda boleh menggunakan pek ais jika ia membantu anda melegakan sakit kepala.
Luangkan masa untuk diri anda, bernafas dalam-dalam, dan cuba untuk membayangkan imej yang damai dan tenang. Pelbagai ’relaxation techniques’ boleh membantu pesakit yang mengalami masalah sakit kepala.
Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, cuba elakkan dari tekanan. Jauhkan diri dari persekitaran yang bising, pulang bekerja lebih awal sekiranya anda boleh, atau minta rakan atau ahli keluarga membantu mana yang boleh.
Apa yang anda masukkan ke dalam badan anda boleh memberi impak besar kepada sakit kepala anda. cuba hadkan kafein dan alkohol dan elakkan rokok. Jadual makan juga adalah penting, terutama bagi mereka yang mendapat sakit kepala dari gula darah rendah. Jangan lewatkan makan, terutamanya sarapan pagi.
.
PERHATIAN : Sekiranya masalah anda tidak berkurang selepas melakukan langkah di atas, terus berjumpa doktor. Tahu punca dan rawat sewajarnya. Jangan cuba-cuba dapatkan rawatan melalui produk dan suplemen tanpa nasihat doktor dan ahli farmasi. Bahaya untuk kesihatan.
.
*Sakit kepala lagi? Teruk atau tidak? Haaaa jangan lupa untuk cuba petua yang dikongsikan ya, jangan lupa juga share info nya!
*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.