Gantung bingkai gambar di dinding mungkin boleh menjadi aktiviti yang membosankan dan sedikit merumitkan lebih-lebih lagi jika ini kali pertama anda melakukannya.
Tapi jangan risau, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tips dan trik terbaik untuk bantu anda gantung bingkai gambar tanpa merosakkan dinding.
Hukum gantung bingkai gambar atau fotografi di dinding rumah atau disusun sebagai perhiasan di rumah mahupun pejabat adalah dibenarkan dalam Islam.
Namun begitu, tujuan menggantungkan gambar itu perlulah jelas dan tidak melanggar syariat Islam.
Ia mestilah bertujuan sebagai perhiasan dirumah sebagai tanda kenang-kenangan dan bukannya sebagai penyembahan dan mengagungkan makhluk.
Terdapat beberapa cara susunan atur gambar di dinding yang boleh anda lakukan. Antaranya seperti yang berikut:
1. Spiral
Letakkan satu bingkai yang bersaiz besar di tengah-tengah. Lalu kemudian, aturkan pula bingkai kecil yang selebihnya sehingga membentuk susunan melingkar atau mengelilinginya.
Pastikan jarak susunan antara bingkai adalah sama.
2. Reflection
Letakkan bingkai gambar pelbagai saiz secara sederet. Kemudian ulang teknik yang sama pada bahagian bawahnya pula.
3. Centered
Letakkan satu atau dua bingkai yang bersaiz sama di titik tengah dinding. Kemudian, aturkan bingkai lain di kiri dan kanannya.
4. Outer Align
Pilih satu bingkai gambar yang besar, seterusnya atur bingkai gambar yang lebih kecil di setiap penjuru.
5. Staircase
Susunan bingkai gambar staircase biasanya sesuai diletakkan di bahagian tangga.
Untuk menyusunnya, anda boleh susun atur gambar secara bertingkat seperti tangga dalam keadaan menaik walau apa jua saiznya.
6. Nine square
Susun atur nine square adalah yang paling mudah. Anda hanya perlu susun sembilan bingkai gambar dengan saiz yang sama dalam bentuk segi empat.
Anda pasti tidak mahu merosakkan dinding semata-mata ingin menggantungkan bingkai gambar di rumah.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan tanpa menggunakan paku atau tebuk lubang.
1. Menggunakan glue pads
Pertama, menggunakan glue pads. Banyak dijual di pasaran glue pads dengan pelbagai jenama seperti Stabilo, Faber Castell, UHU, 3M dan sebagainya.
Jenama UHU Patafix sangat disarankan untuk anda gantung bingkai gambar kerana ia mempunyai material yang kuat bagi menampung beban frame tersebut.
Jika anda tidak mahu menggunakannya lagi, ia juga mudah dibuang dan dibersihkan semula.
2. Damage free hang
Damage free hang adalah salah satu solusi terbaik untuk gantung bingkai gambar dengan mudah dan bersih.
Ada pelbagai bentuk dan jenis strips yang dijual di pasaran untuk anda dapatkan. Contohnya jenama Command yang dikeluarkan oleh syarikat 3M.
Ia mampu menampung beban sehingga 7.5kg dan anda boleh memilih sendiri saiz strips yang bersesuaian dengan beban bingkai gambar yang akan di lekat pada dinding.
3. Menggunakan adhesive hook
Adhesive hook atau penyangkut dinding menjadi pilihan anda yang mahukan pelekat mudah dan murah.
Namun berhati-hati kerana ramai yang keliru untuk mencari adhesive hook yang berkualiti. Takut nanti baru gantung tuala dapur sekejap tiba-tiba jatuh sebab tidak tahan.
Dari penelitian kami, adhesive hook yang menggunakan gam dan perlu dipanaskan terlebih dahulu adalah lebih baik.
4. Menggunakan decorative tape
Decorative tape seperti washi tape dan duct tape bercorak juga sesuai untuk anda lekatkan bersama kepingan gambar memori anda di dinding.
Kalau guna cara ini, anda tidak perlukan bingkai gambar yang mahal pun.
Namun begitu, duct tape sedikit sukar untuk dibersihkan kerana kemampuannya yang betul-betul kuat dan ia dikategorikan sebagai gam kalis air.
Kalau anda mahu yang lebih mudah dibersihkan, anda boleh gunakan washi tape.
5. Susun di rak atau meja
Selain itu, jika anda tiada tukul atau paku anda boleh juga menggantungkan gambar berbingkai dengan hanya rak atau meja.
Sandarkan sahaja gambar ini ke dinding dan secara berjajar dan bertingkat.
Sesetengah orang mungkin menganggap remeh, hiasan rumah seperti menggantung gambar.
Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa gantung gambar dalam rumah boleh memberi manfaat kepada seisi keluarga.
1. Mencipta persekitaran yang positif
Apabila anda menggantung gambar yang anda suka, anda sedang mencipta persekitaran yang positif dan menaikkan semangat di ruang tersebut.
Melihat seni boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood serta kesihatan mental anda.
Dengan gaya hidup yang sibuk, pulang ke rumah di ruang yang dihias dengan baik memang terasa menyenangkan.
2. Menambah personaliti diri
Cara anda menghias adalah cerminan gaya dan personaliti anda yang unik. Gunakan ruang dinding anda untuk mengabadikan kenangan dan minat anda.
Sama ada karya tunggal atau koleksi foto pilihan yang disusun semuanya boleh menjadi hiasan dinding untuk berkongsi siapa diri anda yang sebenarnya.
3. Mengajar diri untuk bersabar
Untuk mewujudkan ruang yang selesa dan menarik untuk dinikmati oleh semua orang, ia memerlukan kesabaran selain kreativiti.
Hal ini kerana, untuk menghias rumah sehingga cantik tidak boleh terialisasi dalam waktu yang singkat.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tips gantung bingkai gambar ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Selain dari tips gantung bingkai gambar ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan dekorasi rumah seperti:
Sumber: