Bila sebut perkataan fibroid, semua wanita akan berasa ngeri. Nak-nak pula fibroid semasa mengandung. Anda sedang mengandung? Risau kalau ada fibroid? Jom luangkan masa membaca info lengkap tentang fibroid semasa mengandung dibawah.
Fibroid ialah ketumbuhan daripada otot rahim. Saiz fibroid adalah dari sekecil 1mm sehingga sebesar bola sepak. Lazimnya fibroid tidak berbahaya, tidak kira berapa besar saiznya. Mempunyai fibroid tidak meningkatkan risiko anda mendapat kanser.
Jika saiznya sangat besar atau tumbuh di bahagian luar dinding rahim, kadang kala ia boleh menolak uterus ke tepi atau memaksanya tumbuh secara tidak normal. Ketumbuhan pada uterus juga boleh menekan pundi kencing atau usus.
Dalam kes-kes terpencil, fibroid yang terlalu besar mungkin menghalang pintu rahim. Dalam kes tersebut, wanita yang hamil mungkin perlu melahirkan melalui pembedahan caesarean.
Tidak diketahui dengan pasti apakah yang menyebabkan fibroid, tetapi perubahan tahap estrogen nampaknya memainan peranan dalam tumbesaran fibroid. Apabila tahap estrogen tinggi akibat kehamilan, kadar tumbesaran fibroid meningkat.
Secara normalnya fibroid semasa mengandung tidak merbahaya tetapi bergantung kepada di di mana kedudukannya dan adakah ianya membesar atau tidak.
Kebanyakan kes, fibroid tidak membesar semasa mengandung dan tidak mengakibatkan apa-apa komplikasi utama kepada kehamilan atau kelahiran bayi. Masalah biasa yang mungkin terjadi ialah sakit pada bahagian peranakan dan pendarahan ringan (spotting), tetapi tidak menyebabkan risiko tinggi kepada kandungan.
Pembesaran fibroid bergantung kepada paras estrogen di dalam badan. Walaupun secara puratanya kes fibroid ini jarang membesar semasa kehamilan, tetapi tetap ada sebilangan kecil yang mengalami pertambahan saiz fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan akibat pengaruh estrogen yang berada pada aras tertinggi semasa trimester pertama kehamilan. Fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.
Di antara simptom fibroid semasa mengandung ialah:
Jika anda mempunyai simptom-simptom yang diatas, doktor mungkin akan membuat imbasan ultrasound untuk mengenal pasti samada ianya fibroid, sista, tumor atau ketumbuhan lain. Jika fibroid itu tumbuh pada lapisan dalam rahim atau dalam ruang uterus, ia juga boleh dilihat menggunakan histeroskop, iaitu tiub yang dimasukkan melalui faraj dan serviks ke dalam uterus.
Ibu yang mengalami fibroid ketika mengandung disarankan untuk melakukan pemeriksaan ultrasound berkala dengan lebih kerap untuk memantau saiz fibroid dan memastikan pembesaran janin boleh berlaku dengan baik.
Pemeriksaan berkala dengan pakar perbidanan juga penting demi memastikan tiada apa-apa komplikasi atau kemungkinan keguguran, kesakitan dan kelahiran pramatang.
Ibu-ibu juga dicadangkan mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat sepanjang kehamilan, bukan sahaja untuk kandungan yang sihat tapi dalam langkah “melawan fibroid” juga.
Ya. Tetapi keguguran boleh berlaku kalau fibroid jenis submukosa yang membesar dalam rahim (yang tidak membesar terkecuali). Fibroid jenis ini akan menyebabkan lapisan endometrium semakin menipis dan menghalang bekalan darah yang secukupnya untuk pembesaran janin. Walaubagaimana pun cuma peratusan kecil yang mengalami fibroid jenis ini dan biasanya ia dapat dikesan oleh pakar. Sebab itu pentingnya pemeriksaan berkala dan kerap.
Keguguran boleh berlaku terutama bagi fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Ia menyebabkan lapisan endometrium dalam rahim menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut.
Selepas melahirkan bayi, rahim yang mempunyai fibroid akan mengalami masalah untuk mengecut. Ini boleh menyebabkan ‘tumpahan darah’ selepas bersalin.
Fibroid juga menrangsangkan pengecutan rahim (kontraksi)lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Fibroid boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi melintang atau songsang.
Sekiranya fibroid terletak bersebelahan dengan plasenta, ia mungkin boleh menjejaskan pengaliran darah kepada fetus, seperti yang dijelaskan oleh pakar. Selain itu, fibroid yang berkembang dari segi saiz meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang. Kehamilan itu juga berisiko untuk mengalami keguguran.
Sungguhpun kebanyakan kes fibroid tidak mengganggu kelahiran, namun ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Antaranya, ia boleh mengganggu laluan kelahiran serta posisi bayi dalam kandungan. Sekiranya fibroid menutup laluan kelahiran, atau bayi berada pada kedudukan songsang / melintang, maka pembedahan C-section perlu dilakukan.
Fibroid ketika hamil boleh menjadi punca rahim bermasalah untuk mengecut. Ia adalah salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Untuk mengelakkan ianya berlaku, suntikan ubat akan dipreskripsikan untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.
Kebanyakan fibroid semasa mengandung tidak perlu dirawat kecuali simptom-simptomnya menyebabkan masalah bagi anda. Doktor anda akan membuat saranan berdasarkan:
Fibroid tidak serius dan tidak mengganggu kesihatan ibu hamil, doktor hanya akan memantau kehamilan tersebut. Sekiranya perlu, doktor akan mempreskripsikan ubat tahan sakit. Pembedahan mengeluarkan fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Namun, jika ianya membahayakan kesihatan ibu hamil, ia akan dilakukan selepas melahirkan bayi.
Itulah dia info lengkap tentang fibroid. Semoga perkongsian kami pada hari ini bermanfaat buat anda.
Jemput juga baca artikel seperti punca mengandung luar rahim , kencing kotor semasa hamil dan punca kolestrol.