“Hmmm, tidak datang bulan”, fikir anda. “Adakah saya hamil?”

Sekarang mungkin masa terbaik untuk melakukan ujian kehamilan di rumah jika anda terlewat haid anda dan pada masa yang sama, anda aktif melakukan hubungan seks.

Ujian kehamilan memeriksa jumlah hormon yang dipanggil sebagai Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Kit yang berbeza menunjukkan hasil dengan cara yang berbeza. Jadi, baca dan ikutlah arahan dengan berhati-hati.

Ujian Kehamilan Positif

Hamil Minggu 5
Imej:Yourbabylibrary.com

Untuk kebanyakan wanita, hamil adalah sesuatu untuk diraikan. Untuk sesetengah wanita, ia boleh membawa kepada kejutan. Walaupun anda sudah merancang untuk mendapat bayi, berita anda hamil boleh membawa pelbagai emosi atau ketidaktentuan tentang apa yang akan berlaku pada masa depan.

Pengalaman kehamilan anda boleh dipengaruhi oleh perkata-perkara lain yang berlaku di dalam hidup anda seperti:

  • Adakah kehamilan anda dirancang
  • Adakah anda mempunyai pasangan
  • Berapa banyakkah bantuan yang anda jangkakan semasa membesarkan anak anda
  • Berapa lamakah masa yang diambil untuk anda hamil
  • Adakah anda pernah mengalami kehilangan kehamilan seperti keguguran atau kematian bayi semasa lahir pada masa lepas
  • Adakah anda pernah menerima bantuan perubatan seperti IVF
  • Adakah anda berada di dalam hubungan yang stabil
  • Adakah anda merasai tekanan daripada pasangan anda atau keluarga anda untuk hamil

 

Tanda-tanda Awal Kehamilan

Minggu ini anda mungkin akan mengalami beberapa tanda-tanda awal kehamilan, termasuklah:

  • Lebih letih berbanding kebiasaan
  • Hendak pergi ke tandas dengan lebih kerap terutamanya pada waktu malam
  • Loya atau muntah-muntah
  • Rasa nyeri pada buah dada

Setiap wanita berbeza dalam hal mabuk hamil. Sesetengah wanita tidak mengalaminya langsung, dan sesetengahnya pula mengalaminya sepanjang hari. Sedikit sahaja (kira-kira 1%) yang mengalami mabuk hamil yang amat teruk sehingga tidak boleh menyimpan makanan dan apa jua cecair. Ini dipanggil hyperemesis gravidarum.

Jika anda mengalami simptom-simptom yang amat teruk, jumpalah GP anda.

 

Bayi Anda Semasa Anda Hamil 5 Minggu

Mulai dari hari ini, bayi anda dipanggil sebagai embrio. Di dalam kantung amnion ini, dari kepala kepada ekornya, ia sepanjang 2.5mm pada hujung minggu ini. Otaknya, jantung dan tulang belakangnya sudah mulai terbentuk.

Penulis: Editor Bidadari.My

Mencari post-post menarik di Facebook atau artikel bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca Bidadari.My. Semoga info yang dikongsi bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.