Sebelum menghadapi hari bersalin, pelbagai persediaan yang perlu dibuat untuk ibu hamil. Barang-barang bayi dan ibu semasa tinggal di hospital. Bagi ibu yang bekerja perlu memberitahu majikan untuk mendapatkan cuti bersalin. Suami juga perlu bersedia untuk menyambut kelahiran bayi dari segi mental dan fizikal.

Perkara yang paling ditakuti ibu hamil ketika bersalin adalah takut kene ‘gunting’ kerana lubang tidak cukup besar untuk keluarkan bayi. Apabila difikirkan, ia memang amat mengilukan dan boleh rasa sakitnya. Sakit bersalin tidak sama dengan sakit demam panas dan penyakit-penyakit lain. Hanya wanita yang terpilih sahaja yang dapat merasa sakit bersalin.

Jadi, bagaimanakah untuk elakkan kene ‘gunting’ semasa bersalin?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 langkah urutan perineum untuk elakkan kena ‘gunting semasa bersalin’. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

Urutan perineum

Pernah tak ibu- ibu dengar mengenai urutan perineum? Haa, inilah urutan yang dimaksudkan Ibu semenjak awal tadi. Jika ada yang belum tahu, meh Ibu cerita. Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakkan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.

Kebanyakkan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal.

Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.

9 langkah urutan perineum
Image via ibudoakan.com

Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu. 

Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.

9 langkah mudah urutan perineum

9 langkah urutan perineum
Image via ibudoakan.com

1. Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.

2. Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung.  Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.

3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda

4. Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.

5. Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung

6. Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.

7. Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.

8. Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.

9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.

*Urutan ini khas untuk wanita hamil bagi memudahkan proses bersalin nanti. Jika rasa ragu-ragu, boleh berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran untuk melakukan urutan perineum. Rasa takut dan gementar itu biasa, semua ibu yang hamil akan rasa perasaan tersebut.

Jadi, jangan malu-malu berjumpa dengan doktor dan bertanya kepada doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.