Apakah hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak dan bagaimana pula cara terbaik menguruskannya?

Bila tiba Hari Raya, kanak-kanak tentunya golongan yang sangat gembira kerana mereka tidak sabar untuk mengumpul duit raya dari orang yang lebih dewasa.

Dahsyatnya, kanak-kanak zaman sekarang kebanyakkannya mampu mengutip duit raya sehingga mencecah ratusan ringgit. Bila berlakunya situasi ini, ibu bapa perlu bijak dalam membantu anak menguruskan wang mereka dengan baik.

Mana mungkin dibiarkan anak boros semasa berbelanja atau menggunakan duit raya yang dimiliki itu untuk sesuatu yang tidak bermnafaat.

Justeru itu, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai hukum menggunakan duit raya anak dan tips cara pengurusan kewangan anak-anak yang terbaik.

Amalan pemberian duit raya ketika hari raya

duit raya anak

Amalam pemberian duit raya setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri sangat sinonim dikaitkan dengan masyarakat Islam di Malaysia ini tidak kira usia khususnya kanak-kanak.

Amalan ini dipercayai sebagai salah satu cara yang bagus untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam selain membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Ia memberi banyak manfaat kepada golongan yang memerlukan khususnya jika kita memgutamakan pemberian tersebut kepada golongan asnaf dalam kalangan kaum kerabat dan masyarakat luar juga.

Mengenai pemberian duit raya yang terbaik ianya perlulah diberikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah agar kebaikan tersebut mampu menjadikan amalan yang diberkati oleh Nya.

Hukum ibu bapa ambil duit raya anak

duit raya anak

Menurut Ustaz Azhar Idrus, konsep ibu bapa ambil duit raya dari anak adalah sama dengan berhutang. Yang mana ibu bapa wajib membayarnya semula apabila digunakan.

Ibu bapa tidak boleh menggunakan duit raya anak-anak dengan sesuka hati kecuali apabila dalam keadaan yang sangat memerlukan sahaja.

Jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.

Dalam kata lain, kewajipan untuk melunaskan hutang duit anak-anak tetap sama.

Tips urus duit raya anak dengan baik mengikut kata pakar

Ibu bapa yang masih runsing memikirkan duit raya tidak diuruskan dengan baik oleh anak, boleh mengikut tips urus duit yang kami senaraikan di bawah ini.

1. Asingkan duit anak

Jika ada seorang anak sahaja mungkin tidak menjadi masalah untuk kita mengenal pasti duit raya mereka.

Namun biasanya yang menjadi masalah adalah bila mana kita mempunyai 2, 3 atau lebih jumlah anak-anak di rumah. Ibu bapa perlu asingkan setiap duit anak untuk mengelakkannya dari bercampur agar tidak keliru.

Pastikan setiap anak juga mendapatkan jumlah duit raya yang sama agar adil kepada semua.

2. Simpan duit anak dalam bank / tabung khas bagi pelaburan

Kalau boleh, lepas habis raya sahaja cepat-cepat ajak anak untuk pergi simpan duit dalam bank atau tabung khas pelaburan agar tidak terguna kepada sesuatu yang tidak berfaedah.

Hari ini, terdapat banyak pilihan tabung khas pelaburan yang bermanfaat untuk menyimpan. Contohnya seperti Tabung Haji yang terkenal dengan jumlah dividen yang tinggi dan menjimatkan.

3. Daftar akaun ASB Remaja

Selain itu, ibu bapa juga boleh simpan duit raya anak di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Semua orang pasti tahu akan kebaikan tabung simpanan ini yang memberikan diagihkan sebanyak 6.75% bersama bonus sebanyak 0.50%.

Bukan itu sahaja, Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut memperkenalkan skim amanah saham tertentu semenjak anak berusia 6 bulan lagi. Memang sangat mudah dan menguntungkan.

4. Daftar akaun SSPN-i

Bagi ibu bapa yang berminat untuk menyimpan dana pendidikan anak-anak sejak kecil, mungkin akaun SPPN-i adalah pilihan yang bagus untuk dicuba.

Kita tidak tahu sejauh mana pinjaman pendidikan di masa hadapan boleh menyediakan kemudahan kepada anak-anak. Justeru itu membuat persiapan yang rapi terlebih dahulu adalah sangat digalakkan.

5. Didik anak menjadi orang yang berjimat cermat

Pepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan menabung dan berjimat cermat sangat penting diberikan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil lagi.

Ditambah cabaran ekonomi sara hidup yang semakin tinggi dan tiada kesudahan ini, ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak untuk belajar dalam menguruskan perbelanjaan mereka dari kecil lagi agar tidak menjadi seseorang yang boros.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai duit raya anak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan dan panduan bersama.

Selain dari panduan simpan duit raya anak-anak ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kewangan seperti:

Sumber:

  1. Al-Kafi #1171: Hukum Ibu Bapa Menggunakan Harta Anak-Anak. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Financial Alternatives to Duit Raya. Ringgit Plus
  3. How ‘Duit Raya’ Makes Your Toddler Money-Smart. Alfa and Friend

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.