Jom kita hafal doa selepas azan.

Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara pula diertikan sebagai pemberitahuan tentang masuknya waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

azan

Imej via amanahdaily

Asal-Usul Azan Berdasar Hadis

Lafaz azan yang kita baca sekarang ini diperoleh dari hadis.

Abdullah bin Zaid berkata, “Ketika cara memanggil kaum muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku melihat ada seseorang sedang menenteng (membawa) sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu.

Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepadaku saja. Orang tersebut malah bertanya, Untuk apa?” Aku menjawabnya, “Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum muslim untuk menunaikan solat.”

Orang itu berkata lagi, “Mahukah kau kuajari cara yang lebih baik?” Dan aku menjawab “Ya!” Lalu dia berkata lagi dan kali ini dengan suara yang amat lantang:

Allahu Akbar Allahu Akbar (2 kali)

Asyhadu alla ilaha illallah

Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah

Hayya ‘alash solah (2 kali)

Hayya ‘alal falah (2 kali)

Allahu Akbar Allahu Akbar

La ilaha illallah

Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Nabi Muhammad saw, dan menceritakan perihal mimpi itu kepadanya, kemudian Nabi Muhammad saw, berkata, “Itu mimpi yang sebetulnya nyata.

Berdirilah disamping Bilal dan ajarilah dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang.” Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal.”

Rupanya, mimpi serupa dialami pula oleh Umar dan dia juga menceritakannya kepada Nabi Muhammad saw. (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

5 Amalan Sunat Dilakukan Ketika Azan

baca azan

Imej via konfrontasi

Lima amalan ini telah disebutkan oleh Ibnul Qayyim seperti berikut:

#1 Mengucapkan seperti apa yang diucapkan oleh muadzin.

#2 Berselawat pada Nabi saw (Allahumma sholli ‘ala Muhammad atau membaca selawat ibrahimiyyah seperti yang dibaca sewaktu tahiyat akhir solat.

#3 Memohon pada Allah untuk Rasulullah saw wasilah dan keutamaan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis: Daripada Jabir bin ‘Abdillah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

(Maksudnya) Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan. Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.” (HR Bukhari)

#4 Membaca zikir selepas muazzin seleasi azan.

Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas ra, daripada Rasulullah saw, baginda bersabda: “Sesiapa yang menyebutkan bacaan tersebut apabila dia mendengar muazzin melaungkan azan:

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا

(Maksudnya) Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah. Dia Maha Esa dan tiada sekutu untukNya, dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Aku redha Allah sebagai tuhan, dan Muhammad sebagai utusan dan Islam sebagai agama. Maka diampuni dosanya.” (HR Muslim)

#5 Memanjatkan doa sesuai yang diinginkan. Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لَا يُرَدُّ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالْإِقَامَةِ

Maksudnya, “Doa yang tidak ditolak ialah doa antara azan dan iqamah.” (HR at-Tirmizi)

Amalan-amalan ini bersesuaian dengan hadis Nabi saw.

Dari Abdullah bin Amr, Rasulullah saw bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali.

Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.” (Riwayat Muslim)

Lafaz Doa Selepas Azan

Doa Lepas Azan

Imej via tambahcheeze

Hukum Menjawab Azan

Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan. Dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

Dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّنُ

Maksudnya: “Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muazzin”.

 

Bolehkah Kita Bercakap Ketika Azan?

bercakap

Imej via hassan1663

Bercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Namun begitu, jika percakapan kitab oleh mengganggu orang lain sehingga orang lain tidak dapat focus untuk menjawab azan yang dilaungkan oleh muazzin, maka lebih elok jika kita hentikan percakapan.

Ini kerana, perbuatan menjawab azan itu adalah lebih utama kerana ianya adalah amalan sunnah.

Di dalam al-Muwatha’, Imam Malik telah meriwayatkan sebuah athar daripada Tha’labah, beliau berkata:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَخُرُوجُ الْإِمَامِ يَقْطَعُ الصَّلَاةَ وَكَلَامُهُ يَقْطَعُ الْكَلَامَ

Maksudnya, “Mereka menunaikan solat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga Umar keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin.

Telah berkata Tha’labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan solat dan khutbah imam menghentikan percakapan.”

Berdasarkan athar di atas, jelas menunjukkan bahawa para sahabat ra bercakap ketika azan sedang dilaungkan. Walaupun kita dibenarkan untuk bercakap ketika azan, tetapi adalah lebih baik meninggalkannya melainkan apa yang diucapkan itu merupakan hal atau perkara yang penting.

Dan dalam masa yang sama ia tidak mengganggu orang lain itu menjawab apa yang dilaungkan oleh muazzin. Ini kerana menjawab azan adalah sunnah yang dituntut di dalam agama.

Kesimpulan

Setiap hari kita mendengar 5 kali azan berkumandang. Sebanyak itu jugalah kita berpeluang untuk mengamalkan sunnah untuk menjawab azan dan membaca doa selepas azan. Mudah-mudahan amalan kita ini diterima oleh Allah swt. Amin.

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Doa Selepas Azan Dan Amalan Ketika Azan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

Rujukan:

  1. The Patriot
  2. Alkahfi
  3. Mufti WP

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.