Ramai ingin menjadi gembira dan bahagia. Ya, kegembiraan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kegembiraan dan kebahagian bukanlah sesuatu yang boleh diukur.Ianya melibatkan fikiran dan bukannya sesuatu yang nyata. Ianya adalah bergantung kepada pemikiran dan perspektif seseorang. Cara seseorang itu melihat kembiraan mungkin berbeza antara satu sama lain. Tiada konsep yang tetap untuk menakrifkan kegembiraan dan kebahagian.

Walau bagaimanapun terdapatnya persamaan antara orang gembiran dan bahagia. Kebanyakkan mereka mempunyai ciri pemikiran yang sama apabila dikaitkan dengan kebahagian. Apa kata anda bacanya dan fahaminya. Enam rahsia yang membuatkan orang gembira ini menjadi orang yang tersangat bahagia berbanding orang lain. Rahsia untuk bahagia.

Menjadi Bahagia

 

Rahsia 1 : Orang Yang Bahagia Tidak Bergantung Pada Perkara Lain

Rahsia kebahagian yang pertama adalah tidak bergantung kepada perkara lain. Mereka tahu bahawa kebendaan dan perkara-perkara lain bukanlah kunci kebahagian.Tidak kisah apa benda tersebut,kereta mewah, rumah besar dan lain-lain, semua perkara ini tidak dapat mengelabui mata mereka. Untuk gembira mereka tahu ianya adalah datang daripada pemikiran yang positif.

Mereka juga tidak terlalu bergantung dengan orang lain. Tetapi ini bukan bermakna mereka tidak percaya akan hubungan sesama insan. Mereka percaya bahawa pentingnya sokongan dan kasih sayang daripada orang lain, tetapi tidak terlalu bergantung tinggi kepada perkara tersebut.

 

Rahsia 2 : Mereka Sangat-Sangat Suka Diri Mereka

Orang yang lebih bahagia mempunyai keyakinan diri yang kuat. Mereka mempunyai asas cinta pada diri yang lebih baik. Mereka tidak terlalu terpengaruh dengan emosi negatif seperti, “aku tidak menarik,”, ” aku tidak pandai” dan lain-lain. Jikalau ada, mereka akan cepat-cepat menyingkirkannya. Berbanding dengan orang yang kurang gembira, mereka senang terpengaruh dengan emosi ini. Kesannya, mereka akan cuba membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Akibatnya mereka akan menjadi lebih negatif kerana perbandingan ini.

Orang gembira bertindak sebaliknya. Mereka tahu tidak adil untuk membanding diri mereka dengan orang lain. Hal ini kerana mereka adalah unik. Manakan sama untuk membandingkan epal hijau dan epal merah. Kedua-duanya adalah berlainan dari sudut rasa dan bau, walaupun hakikatnya adalah hampir sama.

Selain itu, mereka tahu dengan membuat pembandingan ‘remeh’ ini membuatkan mereka berada dalam emosi tidak stabil. Bagi orang yang bahagia, mereka tidak memerlukan pembandingan orang lain untuk menentukan kebahagian mereka.

 

Rahsia 3 : Sedar Ada Kalanya Musim Suram

Langit tidak selalu cerah. Itulah hakikat kehidupan. Orang yang lebih gembira dan bahagia sedar akan kenyataan ini. Mereka bukan sekadar sedar tetapi memberikan respon yang lebih baik berbanding orang yang tidak. Mereka tahu bahawa jika langit tidak cerah, apa yang dapat dibuat oleh mereka adalahsenyum dan terus mengambil atau mencari payung. Bukan sekadar mengharapkan mentari muncul semula dalam masa sekelip mata.

Berbeza dengan orang yang tidak gembira, mereka sedar hakikat ini. Tetapi mereka sebenarnya tidak benar-benar menghayati hakikat kehidupan ini.

 

Rahsia 4 : Tidak Menafikan dan Positif

Orang yang bahagia tidak menafikan apa yang mereka alami. Mereka mungkin sedih dan kecewa dengan sesuatu yang berlaku, tetapi apa yang penting adalah bagaimana mereka melihat selepas itu. Mereka jujur pada diri terhadap perkara yang berlaku. Mereka tidak lari daripada masalah. Mereka sedar perasaan yang sedar dialami ketika itu (sedih, kecewa) , tetapi mereka percaya ada hikmah yang dapat dipelajari. Mereka cuba meyakinkan diri bahawa pasti ada jalan di sebalik kegelapan tersebut. Cewah :-)

Yang penting, daripada cuba mencari kenapa masalah itu berlaku, mereka lebih gemar bertanya “Apa yang saya belajar daripada cabaran ini?”

 

Rahsia 5 : Lebih Mudah Memaafkan

Orang yang bahagia adalah mereka yang lebih mudah memaafkan kesilapan berbanding orang lain. Terjerat dengan sikap dendam, tidak memaafkan diri sendiri atau orang lain adalah merupakan antara perkara yang sangat berbahaya kepada diri. Perkara ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergerak kehadapan kerana adanya pengalaman menyakitkan dalam hati.

Orang yang bahagia juga seorang yang mempunyai emosi yang tidak sihat. Mereka juga marah dan mungkin berdendam atau tidak memaafkan diri atau orang lain. Cuma ‘kemaafan’ mereka itu hadir lebih cepat dalam diri berbanding orang lain. Mereka mudah memaafkan kesilapan sendiri dan orang lain. Perkara inilah menyebabkan mereka tidak terlalu membuang masa dengan perkara negatif.

 

Rahsia 6 : Melihat Kehadapan

Ciri terakhir orang yang gembira adalah mereka melihat kehadapan lebih banyak daripada ke belakang. Mereka bukanlah seorang yang lupa diri dan tidak sedar asal-usul, tetapi mereka seorang yang cepat bertindak berdasarkan respon terakhir. Mereka tidak membuang mesa mengenangkan nasib diri, tetapi lebih bertanya kepada diri, “Apa yang seterusnya?”

Analogi yang sama dapat diaplikasi dalam memandu. Apabila memandu, adakah biasanya anda melihat ke hadapan ataupun ke belakang? Tidak dinafikan anda perlu melihat ke belakang sekali-sekala, tetapi dengan memandang ke hadapan yang dapat membuatkan anda bergerak lebih jauh.

 

Semoga ciri ini dapat disemadikan dalam diri anda dalam menjadi orang yang bahagia dan gembira.

 

Kredit : Lifehack

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.