Doa akhir tahun adalah doa yang dianjurkan dibaca oleh umat Islam untuk memohon keampunan atas dosa tahun yang lalu menghargai nikmat dan ujian, serta memperbaharui azam.

Manakala doa awal tahun pula bagi memohon kekuatan, petunjuk, dan perlindungan untuk tahun baru, serta segala keberkatan dalam semua aspek kehidupan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan himpunan doa akhir tahun dan awal tahun yang boleh diamalkan.

Tarikh awal Muharam mengikut kalender Islam

Menurut kalender/takwim JAKIM, tarikh awal Muharaam atau Maal Hijrah bagi tahun 1445H di Malaysia adalah pada 7 Julai 2024 (Ahad).

Tarikh Awal Muharram ini merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan di mana semua negeri akan bercuti pada hari ini.

Manakala akhir tahunnya pula adalah pada 6 Julai 2024 (Sabtu) iaitu 29 Zulhijjah.

Teks doa akhir tahun

doa akhir tahun


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ، وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جَرَاءَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ، فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا، وَمَا عَمِلْنَا مِمَّا تَرْضَاهُ، وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيمُ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، أَنْ تَتَقَبَّـلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ

Maksudnya: “Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya.

Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.”

Teks doa awal tahun


اَللّٰهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهٰذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ، وَالعَوْنَ عَلَى هٰذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam. Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaan Mu yang besar, kemurahan Mu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul.

Kami memohon kepada Mu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepada Mu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraan Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam. Amin.”

Bila boleh baca doa awal dan akhir tahun?

Doa awal tahun boleh dibaca pada  selepas masuk waktu Solat Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.

Manakala doa akhir tahun boleh dibaca pada petang diantara waktu selepas Solat Asar sehingga Waktu Maghrib pada 29 atau 30 Zulhijjah.

Doa awal Muharam hingga hari kesepuluh Muharram

Berikut adalah doa yang boleh dibaca ketika awal Muharam:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ قَدِيمٌ وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ وَسَنَةٌ جَدِيدَةٌ قَدْ أَقْبَلَتْ، نَسْئَـلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَنَسْتَـكْفِيهَا فَوَاتَهَا وَشُغْلَهَا فَارْزُقْنَا العِصْمَةَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ سَلَّطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّا بَصِيرًا بِعُيُوبِنَا وَمُطَّلِعًا عَلَى عَوْرَاتِـنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِينَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَشَمَائِلِنَا يَرَانَا هُوَ وَقِبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ نَرَاهُمْ، اَللَّهُمَّ آيِسْهُ مِنَّا كَمَا آيَسْـتَهُ مِنْ رَحْمَتِكَ وَقَـنِّطْهُ مِنَّا كَمَا قَـنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ وَبَاعِدْ بَيْـنَنَا وَبَيْـنَهُ كَمَا حُلْتَ بَيْـنَهُ وَبَيْنَ مَغْفِرَتِكَ، إِنَّكَ قَادِرٌ عَلَى ذَلِكَ وَأَنْتَ الفَعَّـالُ لِمَا تُرِيدُ. وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمَ

Amalan puasa sunat pada bulan Muharam

Puasa sunat yang sangat digalakkan dalam bulan Muharam adalah puasa hari asyura. Dari Ibnu Abbas: Dia berkata,

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW sangat bersemangat untuk berpuasa di suatu hari, kecuali di hari ini (hari Asyura) dan di bulan Ramadhan.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

elebihan berpuasa pada hari tersebut adalah dapat menghapuskan dosa tahun lalu. Ini berdasarkan hadis berikut:

Rasulullah SAW ditanya berkenaan berpuasa pada Hari Asyura, baginda mengatakan:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura. Lalu, baginda menjawab:

“Puasa Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Selain dari doa akhir tahun dan awal tahun ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan doa harian seperti:

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa akhir tahun dan awal tahun dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Doa Awal Tahun & Akhir Tahun. JAKIM
  2. Kelebihan & Amalan Di Bulan Muharram Selain Daripada Membaca Doa AKhir Serta Awal Tahun. Seismik

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.